71 Joe Luna

16.9K 464 37
                                    

Luna baru selesai memakai baju kurung moden berwarna putih suci.Selesai sahaja mandi,natanya menangkap sepasang baju kurung terdampar elok di atas katil miliknya itu.Pasti Joe yang hantar.

Hatinya sedikit lega apabila memikirkan lelaki itu bakal bertanggungjawab atas perbuatannya itu.Namun,dia juga risau andai Joe lebih agresif menyakitinya.

Wajahnya hanya ditepek bedak baby johnson saja.Bibirnya dicalit sedikit lipbalm.

Make upnya ada bersama tapi dia tidak terasa mahu bersolek.Biarla simple.

Pintu dikuak dari kuar membuatkan Luna tercengang.

Wajah salah seorang anak buah Riyaz terpampang di muka pintu,Luke.Lelaki itu berbeza dengan anak buah Riyaz dan Joe yang lain.

Senyuman manis sentiasa menghiasi bibirnya.Lelaki itu hanya memakai baju melayu hitam bersama seluar jeans hitam.

"Dah?"soalnya lembut.

Luna mengangguk perlahan sebelum bangun.Dia berjalan menuju ke pintu sebelum membuntuti langkah Luke ke bawah.

Matanya memerhati sekeliling.Hampir 6 bulan dia dikurung disini tidak pernah dilihat keadaan rumah ini.Cantik.Tempat kurungan apa macam ni?Mewah semacam aje.

Kelibat Luna yang sedang menuruni tangga itu diperhati oleh Joe dengan hati yang berdebar debar.

Cantik gadis itu memakai pakaian yang disediakan bersama wajah yang semulajadi tanpa perlu menjadi badut lagi.

Tok kadi sudah sampai.Riyaz pula setia di sisinya.Wajah bosnya nampak tegang.

'Gaduh dengan bini ke bang?Tu laa yang kau pergi culik dia apasal?'omel Joe dalam hati.

"Dah pengantin ada.Boleh kita mulakan?"soal tok kadi memulakan bicara.

Beberapa orang anan buah Riyaz juga turut serta untuk menjadi saksi.Yang lain hanya berjaga di luar dan sekeliling rumah.

Selesai semuanya,tok kadi mulakan tugasnya menikahi pasangan muda itu.

"Johan Bin Hassan"

"Saya"

"Saya nikahkan kamu dengan Luna Rihanna binti Abdullah berwalikan hakim dengan mas kahwinnya Rm100 tunai"

"Saya terima nikahnya Luna Rihanna bt Abdullah dengan mas kahwin yang disebut tunai"dalam gugup dia masih lancar menuturkan lafaz nikah itu.

"Sah?"

"Sah"jawab Riyaz dan anak buahnya serentak.

"Alhamdulillah.Bismillahirahmanirahim....."









Mak Esah meletakkan dulang makanan yang berisi sepinggan nasi kosong berserta ayam tomyam dan sayur campur.Buah epal juga turut menjadi pilihan buat bakal ibu itu.Air pula jus oren.

Anak kunci dimasuk ke dalam tombol pintu itu sebelum pintu dibuka dengan perlahan.

Sempat Mak Esah menjenguk ke dalam.Sekujur tubuh sedang meringkuk di atas lantai bersebelahan katil

Langkahnya diatur masuk ke dalam bilik majikan itu.

"Ya Allah Puan kenapa Puan tidur atas lantai ni?"ujar Mak Esah sedikit cemas.

Dulang makanan di letak di atas meja kecil yang tersedia berhampiran.

Mak Esah melutut di sebelah Humaira.Tangan tuanya menyentuh bahu gadis itu.

Bahang panas dari tubuh Humaira dapat dirasakan oleh tubuh tuanya.

Lantas tangannya menekap ke dahi sang gadis.

"Ya Allah.Puan demam ni.Puan bangun Puan..Bangun"makin kalut orang tua itu dibuatnya.

Humaira terpisat pisat membuka matanya.

"Kenapa Mak Esah?"soalnya lemah.Sungguh dia tak larat.Penat yang dia rasa teruk sangat.

"Puan demam ni.Meh baring atas.Nanti Mak Esah pergi ambik ubat lepas tu call Tuan"ujarmak Esah.Tangannya cuba menampung tubuh Humaira yang sedang bangun.

Kepalanya berdenyut hebat.Sakit yang dia rasa bagaikan ada batu yang sedang menghempap kepalanya.Dan juga mencucuk seperti jarum yang sedang menusuk masuk berkali kali.

Mak Esah menarik selimut hingga ke paras pinggang Humaira.

"Se..sejuk"tangannya cuba menarik selimut agar menutup seluruh tubuhnya namun dihalang Mak Esah.

"Tak boleh selimut semua Puan.Nanti haba terperap kat dalam"

"Puan tunggu sekejap.Mak esah keluar ambil ubat ye"

Terkocoh kocoh wanita tua itu keluar dari bilik tidur majikannya.

Telefon bimbitnya dicapai sebelum mendail nombor Riyaz.

Beberapa ketika panggilan berjawab

"Tuann..Puan demam"terus dia memberitahu khabar kepada Riyaz.

"Teruk ke Mak Esah?Bagi dia makan dulu ubat.Saya dah otw balik ni"

"Baik laa tuan"segera dia menamatkan panggilan sebelum pergi ke dapur.

Ubat panadol dicapainya sebelum mencapai segelas air suam.

Besen kosong juga dia ambik bersama tuala kecil lalu terus menapak ke bilik yang menempatkan Humaira.






Kekeringan idea.HAHAHAHA.

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now