55 ketabahan

14.4K 463 85
                                        

"Kakak,betul ke ni tak nak ikut umie abah balik rumah?"soal umi buat sekelian kalinya.

Sejak semalam Riyaz keluar selepas pergaduhan itu,langsung tidak nampak bayangnya.Kecewa dengan sikap menantunya.Kahwin tak sampai setahun dah buat perangai.

Humaira menarik senyuman bagi menenangkan umi dan abahnya.

"Betul umi,umi dengan abah hantar Humaira dekat rumah kitaorang je."

"Hmm.Ye laa..kamu jaga diri baik baik sayang.Kalau ada apa apa terus call umi atau abah."sudah sedia maklum dengan sikap anaknya ini.

Kurang gemar bercerita masalah.Tapi sebagai ibu dia perlu memberi peringatan.

"Dah?"terjengul wajah abah dari pintu wad.

Dato Faris yang menguruskan segalanya,kos bayaran hospital tu bukan murah.

Humaira mengangguk sebelum berjalan seiring dengan uminya.

Dato Faris pula mengangkat beg pakaiannya.Dalam hatinya dia sedih melihat nasib anak perempuan mereka,suami lebih percaya dekat orang luar.Susah lah.





"Terima kasih umie,abah sebab hantar Humaira"ucapnya.Senyuman dihulurkan buat insan terpenting itu.Biar pun wajahnya masih pucat.Dia perlu kuatkan semangat.Biar lah Riyaz tenangkan diri dulu.Yang penting anaknya kini.

"Ye laa.Kamu jaga diri baik baik.Jangan biarkan hati kamu tersiksa nanti kesian dekat cucu umi ni"ujar Umi sambil mengusap lembut perut Humaira.

Abah hanya diam.Dia masih menanti kepulangan menantunya,namun hampir sejam dia bertandang di sini tiada tanda tanda lelaki itu itu mahu pulang.

Usai meminta diri untuk pulang.Humaira berlalu masuk ke dalam rumah.Suaminya belun pulang.Jam di dinding dikerlingnya.Sudah pukul 6.50petang.Waktu pejabat sudah lama habis.

Dia cuba menenangkan hatinya.
Mungkin Riyaz sibuk kot.

Selangkah dia menapak kedengaran enjin kereta dari luar rumah.Dia pasti itu Riyaz.Segera dia berpusing untuk menyambut kepulangan suaminya.

Riyaz berjalan masuk seperti tiada kelibat Humaira.Tidak seperti selalu.Dia akan tersenyum sambil menerpa kearah isterinya serta mencium dahi gadis itu.Namun kini hanya jelingan yang diberi.

Terasa.Sangat terasa tapi Humaira cekalkan hatinya.Dia tersenyum walaupun tawar.

"Abang baru balik?"soalnya untuk menutup resah.

Tidak dijawab oleh Riyaz.Dia berjalan menuju ke tangga tanpa mempedulikan isterinya itu.

Humaira mengetap kuat bibirnya.Tak dia tak boleh menangis.Dia kuat.Dia kuat demi anak mereka.

Kaki diatur kearah dapur untuk memasak.Biar lah Riyaz penat tu.

"Baby,baby jangan terasa tau.Daddy penat tu.Nanti kita makan sama sama okay?"tangannya mengusap perutnya.Masih terlalu awal untuk dia mengalah.Dia perlu memperbetulkan keadaan ini.Ya dia perlu.

Tangannya lincah melakukan kerja.Dia nak masak Tomyam.Makanan kegemaran mereka.Pasti Riyaz suka.

Usai mengerjakan solat,Riyaz turun ke bawah.Dari tadi Humaira tak naik atas.Masak lah tu.Dapur dikerling sebelum dia melangkah kearah itu.

Hunaira yang sedang membelakanginya itu diperhati sebelum dia menuju ke peti ais.

Humaira berpusing apabila terdengar bunyi.Tersenyum dia memandang Riyaz.

"Abang nak makan ke?Humaira ada masakkan Tomyam.Makanan kegemaran kita"ujarnya sedikit ceria.

Namun,dibalas dengan renungan tajam.

"Kau?masak?Entah apa yang engkau makan nak bunuh anak aku..sekarang apa pula kau masukkan nak bunuh aku."ujarnya sinis

Tersentak Humaira.

"Ta..tak abang.Humaira tak..buat macam tu"
Air mata mula mengalir perlahan di pipinya.

Riyaz memalingkan wajahnya ke arah lain.Dia sakit apabila melihat gadis itu menangis.Tapi ego tu melangit tinggi.

"Kau takyah nangis.Aku bukan nak tengok drama kat sini"ujarnya tegang.

"Apa..apa salah Humaira abang?sampai sekelip mata abang benci Humaira?Humaira dah jelaskan Humaira tak salah.Luna tu yang order makanan waktu Humaira sampai.Humaira takkan nak makan benda yang haram.Apa susah sangat abang nak faham?Humaira takkan tergamak bunuh anak Humaira sendiri?Senang aje abang percaya dengan Luna?Sedangkan Humaira ni isteri abang.Mana janji abang untuk sayangkan Humaira?Cintakan Humaira?Mana abang mana?Kepercayaan abang pada Humaira boleh hilang dalam sekelip mata je kan?Abang lebih percayakan orang luar daripada isteri abang sendiri.Abang kalau abang dah tak sayangkan saya,abang boleh lepaskan saya,biar saya cari kebahagiaan saya sendiri"luahnya sambil menangis.

Dia penat.Kalau begini lah dia boleh tewas awal.

"Kau?Memang aku cintakan kau.Sayangkan kau.tapi tak bermakna aku boleh biarkan apa yang kau buat kat anak aku.Kau dengar sini.Aku takkan ceraikan kau.Lepaskan kau dekat mana mana jantab sekalipun.Malah dalam mimpi sekalipun.Cuma.."

"Cuma aku akan layan kau tak seperti seorang isteri lepas ni"ujarnya lalu terus melangkah naik ke dalam biliknya meninggalkan Humaira yang sedang menangis itu.

Sungguh dia tidak kuat melihat air mata isterinya itu.









Amacam?ramai yg geram.Sehh aku pon geramm tauu.

Okay hahahha guys yg mna dm tu ak xleh balas..ad masalah kt mesenger watpad ni.Apa apa pon comment je..nak ak buat cam mana nti ak pikir😆jgn risau ak xbalas comment tp ak baca tauuu😙

Mr PSIKO(C✔)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang