82 bridal style

13.6K 427 33
                                    

"MEH laa sini abang bawak bear tu.Sayang tak sihat lagi tu"Riyaz masih cuba mengambil patung tersebut dari pelukan isterinya.Mana nak jalan lagi nak bawak benda alah tu lagi.

"Tak payah laa.Saya boleh bawak"tolaknya lagi.

Riyaz mendengus kasar sebelum memanggil anak buahnya yang sedang berjaga di luar.

Segera anak buahnya bernama Mike itu datang menghampiri bosnya.

"Ye boss?"

"Kau angkat patung besar gedabak tu bawak depan bilik aku"arahnya.

Mike mengangguk kecil sebelum mengambil patung beruang tersebut dari pelukan bini bosnya.

Humaira mendengus kasar sebelum melangkah naik ke atas.Mike yang sudah berlari anak naik ke atas itu sudah menghilangkan diri membawa masuk benda besar seperti yang diarahkan.Manakala Humaira masih terkedek kedek mendaki anak tangga.Riyaz senyum senget mengikuti langkah perlahan isterinya dari belakang.

Separuh anak tangga didakinya,kelibat Mike menuruni anak tangga disapa retina matanya.

"Boss,saya keluar berjaga kat luar dulu ye"pamit Mike.Riyaz mengangguk tegas.

Hilang sahaja kelibat Mike keluar dari rumah,badan Humaira segera dicempungnya.

Menjerit kecil Humaira dengan tingkah laku suaminya itu.

"Abang,lepaskan Humaira laa..Lepas..nanti jatuh"dia risau sebenarnya,dia tengah berbadan dua.Makin berat.Risau jika Riyaz hilang keseimbangan nanti mereka....arghhh jangan fikir negatif Humaira.

Riyaz malah menarik senyum sinis.Dia membetulkan badan Humaira di dalam cempungannya itu.Kakinya melangkah perlahan mendaki anak tangga.
Humaira mula meronta minta diturunkan.

"Kalau sayang tak meronta,abang yakin 200% kita takkan jatuh punya.Tapi kalau sayang degil meronta macam ni mungkin kita terjatuh kembali kat bawah tu.Dan sadisnya kita bertiga akan masuk hospital"jawabnya selamba.

Humaira berhenti dari meronta.Dia mengetap bibirnya geram.Nak lawan tak berani.Akhirnya dia akur.Berdiam diri dari meronta.Wajahnya memerah menahan rasa.

Riyaz ni memang sengaja tau.Sengaja ambik kesempatan dalam kesempitan.

Padahal dia boleh aje berjalan sendiri.Sambil bersenam.Maklumlaa dia perlu berjalan aktif sikit baru mudah proses melahirkan baby,kan?

"Dah sampai.Turunkan saya"tutur Humaira sebaik sahaja mereka sampai di hadapan bilik mereka.

"Nope"sahut Riyaz lalu terus melangkah masuk ke dalam bilik.

"Saya nak teddy bear tu"jawab Humaira lagi.

Riyaz tersengih sahaja.Alasan!

"Lepas ni ambik laa.Sekarang ni sayang ambik abang aje"kata Riyaz sambil menutup pintu.Terjerit Humaira dibuatnya.




Luna menuruni anak tangga untuk ke dapur.Nak masak.Joe belum pulang.Katanya ada hal.Dah lewat petang pun masih ada hal ke?

Walaupun dia tak berapa tahu tentang selok belok kedudukan dapur,tapi dia boleh agak.

Kakinya diatir melangkah ke dapur.Hmm boleh tahan eh dapir dia.Kemas aje.

Nak masak apa ni?

Peti ais dibukanya.Mamat ni tak masak ke?Banyak je bahan mentah rumah ni.Kata bujang.Ke dah kahwin?

"Aku suruh Luke beli pagi tadi.Sebab tu banyak.Jangan risau kau isteri aku yang pertama dan terakhir"ujar Joe bersama lingkaran tangannya pada badan Luna dari belakang.

Terkejut bukan main Luna dibuatnya.Tetiba aje.Dah laa nak senja.

"A..awak balik bila..kenapa tak dengar enjin kereta?"soalnya.Dia cuba merungkaikan pelukan Joe namun makin ketat Joe memeluk dia.Haih laa.

"Baru aje.Kau tu yang tak sedar"jawab Joe.Dia merehatkan dagunya pada bahu kiri Luna.

Luna mengemam kuat bibirnya.Aduh laa.Kat dapur ni jugak kau nak menggatal ye.

"Awak...saya nak masak ni.Lepas laa"pinta Luna.Dia cuba merungkaikan pelukan Joe.

"Masak je laa.Aku tak kacau kau pun"jawab Joe tenang.Dia memejamkan matanya.

Luna mengeluh kecil.Dia mengambil ayam dan sotong lalu bergerak ke sinki air untuk dicuci.

Joe yang masih memeluknya erat turut bergerak ke sinki bersama.Dalam diam dia tersenyum.

"Hailaa dapat peluk isteri ni kan best.Ni asyik peluk babi haram aje"ujar Joe.

Luna berhenti dari melakukan kerjanya.Dia mengerutkan keningnya.

"Bab?haram?"soal Luna.

Joe ketawa.Dia membuka matanya.Pelukan masih belum dirungkaikan.

"Tak ada laa..maksud aku sebelum ni aku dah sentuh perempuan lain yang haram.Sekarang ni dengan halal ni asyik nak bersentuh aje"jawab Joe.

Luna menggulingkan bebola matanya.Lauk mentah itu kembali dicucinya.Dia mengabaikan Joe yang makin agresif di belakangnya.Menempel macam taknak lepas.

"Bukan selama ni awak selalu gatal nak sentuh orang ke?"ejek Luna.

Joe hanya mencebikkan bibirnya.

"Hmm kau ni.Tak sweet langsung.Dah laa.Aku nak naik atas mandi."ujar Joe sambil melepaskan pelukan.

Terasa disindir dengan bini sendiri.

Luna ketawa mengejek.

"Marah laa tu."perlahan namun masih dapat didengari oleh Joe.

Joe mengecilkan matanya.

"Siap kau"ugutnya sebelum terus berlalu pergi.

Luna menjongketkan bahunya sebelum menyambung aktiviti yang banyak tergendala sebab Joe sebentar tadi.

"Aku rasa nak cari awek jugak laa weii,nak kahwin.Aku tengok bos bos kita tu happy aje ada bini.Hmm"ujar Luke kepada kawannya,Mikael.

Mikael yabg sedang khusyuk bermain mobile legend itu hanya mengerutkan dahinya.

"Dah tu kahwin laa.Tak ada sapa halang.Cuma ada ke orang nak kau yang muka macam tapai basi ni?"jawab Mikael yang langsung tidak memandang rakan sekerjanya.

"Tapai basi kau kata aku?Aku bunuh jugak kau ni kang"Luke mengacah acah nak tumbuk muka kawannya namun Mikael buat bodoh.Permainan telefon pintar masih diteruskan.

Baginya,Luke tak adalaa hodoh.Kacak aje.Sekacak kacak Luke,kacak lagi Mikael.HOHOHO.

"Dah laa kau.Diam.Aku nak main game."ujar Mikael lalu menyumbat earphone ke dua belah telingannya.Menghalang dari mendengar omelan Luke yang tah pape tu.

Orang nak main game.Dia sibuk nak kacau.






PENDEK KE?HOHOHO TAU..TP TAK ADA IDEA..KEKURANGAN SESANGAT NI.TP TGK KORANG SPORTING JADI SEMANGAT NAK UPDATE.

SEMALAM LUPA NAK TANYA.

MACAM MANA KORANG JUMPA CITER NI EH?

CER COMMENTS SIKIT SORANG..


Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now