56 bukan sengaja

14.3K 452 94
                                    

Sudah sebulan berlalu,Fiyaz masih bersikap dingin dengan Humaira.Malahan perangainya juga sudah berubah.Tiada lembut2 sepeeti dulu,bercakap pun tengking aje.Tak kira depan keluarga mereka sekalipun.Riyaz juga kerap pulang lewat malam sehingga tertidur isterinya itu.Sekalipun Riyaz pulang awal,pasti dia akan keluar semula.

Pernah sekali tu Humaira bertanya dengan siapa Riyaz mahu keluar,namu hanya cacian yang diberikan.Malah,tangannya juga naik memukul Humaira.

"Abang,Humaira nak keluar sekejap nanti.Nak pergi beli barang dapur.Boleh abang temankan?"perlahan Humaira memberitahu niatnya kepada suaminya yang bermuka beku itu.

"Aku busy kau faham tak?kalau kau nak pergi,kau pergi sorang.Aku banyak benda lagi nak buat selain daripada melayan kau"

Tersentak Humaira mendengar tengkingan suaminya.

Selesai mengenakan tie di leher dia menonong keluar dari bilik tidur mereka.Humaira tidak dihiraukan.

Humaira berjalan di shopping complex itu bersendirian.Dia sebenarnya tak tahu nak beli apa.Niat dia nak keluar pun sebab dah lama tak keluar.Harapkan suami?tak pernah ajak dia keluar sejak pergaduhan itu sebulan yang lalu.

Mata Humaira tertancap pada kedai barangan baby.Kakinya diatur keaeah kedai tersebut.

Pakaian baby dipilihnya sehelai dia yang menarik perhatian dia.Cukuplah.Bukannya dia nak beranak dah pun.Masih terlalu awal lagi.Dia beli sekadar untuk disimpan.

Selesai membuat pembayaran,Humaira menuju ke cafe starbuck.Tekaknya haus.

Selesai mengambil minuman dan membuat pembayaran,Humaira mengambil tempat di meja sudut cafe itu.

Sedang dia menikmati minumannya,perhatian dia dialih oleh sepasang 'kekasih' yang sedang bergelak tawa memasuki cafe itu.

Rentak seribu hatinya.

Riyaz bersama Luna.

Berjalan seiringan sambil bertepuk tampar.

Tadi dia kata dia busy?Penat nak layan aku?tapi boleh pulak layan badun makeup tebal tu?

Sampai hati awak,Riyaz.

Humaira bingkas bangun dari duduknya menuju ke tandas.

Langsung tidak dipedulikan orang sekeliling.

Hatinya cukup terguris dengan layanan Riyaz.
Kenapa suaminya berubah?Sebab tak percayakan dia?Tapi kenapa mudah sangat Riyaz percayakan orang lain?

Penat menangis,Humaira membasuh muka,nasib baik tak comot,dia hanya mengenakan make up yang natural sahaja.

Lain laa si badut kat luar tu.

Humaira melangkah ke luar dari tandas.Aishh nasib baik takada orang.

Dia berjalan melintasi meja yang diduduki Riyaz bersama badut tu.

Humaira hanya mengerling Riyaz sebelum berlalu pergi.

Tersentak Riyaz memandang isterinya.Humaira kat sini?


Humaira hanya menyediakan makan malam seperti biasa.Lagi 20minit nak pukul 10 malam.Kelibat Riyaz masih tidak kelihatan.Naik putus asa dia dengan kelakuan Riyaz.Namun demi anak,dia tetap bertahan.

Humaira menyimpan makanan itu di peti sejuk sebelum berlalu naik ke bilik tidur mereka.Sukahati laa Riyaz nak pulang ke taknak pulang ke.

Dah penat sangat berharap.

Tak ada guna nam terangkan kalau dah banyak kali pun hanya hinaan yang dilemparkan.

Selesai membersihkan diri Humaira mengambil tempat di katil.Doa dibaca sebelum matanya tertutup.

Riyaz pulang ke rumah sewaktu jam menginjak ke angka 2.35pagi.Mengantuk.Tapi dia perlu tahan.

Perlahan lahan pintu terkuak dari luar.Dia taknak mengejutkan Humaira.

Selesai membersihkan diri ala kadar,dia berjalan menuju ke aeah katil menempatkan si isteri yang sedang lena itu.

Sesungguhnya dia sangat merindui isterinya ini.Sudah sebulan dia mengabaikan isterinya.

Sebulan ni jugak hilang segala kasih sayang yang Humaira tunjukkan.Sebenarnya dia hanya tidur di pejabat sehingga lewat malam.Bukannya berfoya foya bersama perempuan lain.

Perlahan dia naik ke atas katil sebelum membaringkan tubuhnya di sebelah isterinya yang sedang membelakanginya.

Tangannya melingkar ke pinggang isterinya sebelum menarik tubuh itu rapat ke dadanya.

Humaira yang sedang enak dibuai mimpi terjaga,namun Riyaz cepat cepat menenangkannya.

"Abang.."

"Syyhh.Tidur sayang"ucapnya seraya mengucup lembut rambut isterinya.

Humaira yang masih mamai itu tersenyum senang.Kalau ianya mimpi sekalipun dia berharap takkan tamat begitu sahaja.Biar laa terus kekal dia berada dalam mimpi itu.

Kerana dia rindukan sentuhan suaminya.

Kasih sayang suaminya.

Namun,segalanya seperti bermimpi.



TAMAT.



Guyss..yg ni xtamat lagi tauuuu
😆😆😆😆😂😆😂😂😂😂😂😂😂😂😆😂😆😂😆😂😆😂😂😆😂😆😉😆😂😆😂😆😂😂😆😂😆😂😆
Haa haa haa haa.Aku tak tau nak buat apa😂so guys korang nk ak tamatkan awal ke?ke nak byk bab lgi?Boleh request ye nanti ak pertimbangkan.

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now