44 detik itu

16K 453 12
                                    

Riyaz memandang Humaira yang sedang enak beradu.Hampir jam 5 lebih dia memandu.Lenguh badannya.Humaira sudah melentok sejak sejam kereta bergerak meninggalkan Kuala Lumpur.

"Sayang..bangun sayang.Kita dah sampai ni"Riyaz menepuk lembut pipi Humaira.

Tiada respon.

Riyaz menggosok pipi milik Humaira.

Masih tiada respon.

Riaknya sudah berubah nakal.
Tangan naik mencubit pipinya.Tersentak Humaira.
Terus terjaga dari lenannya.

"Sakit laa abang."mulutnya sudah tercebik sendu.

Riyaz tergelak kuat.Air mata isterinya sudah hampir tumpah.

"Abang nak kejutkan sayang aje.Kita dah sampai.Takkan nak honeymoon dalam kete aje.Sekurang kurangnya masuk hotel ni dulu"pujuknya.

"Ye pun takyah laa nak cubit pipi Humaira.Abang ingat tak sakit ke"segera Humaira melangkah keluar dari kereta.Merajuk.

Riyaz tersenyum melihat telatah isterinya.Makin lama makin sayang.Teringat kembali waktu pertama kali bertemu Humaira.

Flashback

Riyaz kini berada di SMK Putrajaya Presint 2.Dia seorang ahli taekwando yang sudah menceburi pertubuhan itu semasa kecil lagi.Jadi jurulatihnya mengarahkan dia agar pergi melakukan demo taekwando di sekolah tersebut.

Sepanjang demo tersebut dilakukan.Dapat dilihat seorang budak perempuan berbaju biru pengawas sekolah asyik memandangnya.Sedangkan masih ada rakan rakannya yang lain.Memang laa dia sahaja yang paling kacak.Tapi takkan laa sampai taknak beralih tengok orang lain.

Matanya juga masih tertumpu pada anak gadis tersebut.Habis demo tersebut dilakukan,Riyaz meminta diri untuk ke tandas.Sebelum keluar sempat dia menilik dirinya didalam cermin.

Serta merta ingatannya tertumpu pada anak gadis itu.Comel jugak.Mungkin form 1@2.Dia menggelengkan kepalanya.Apasal?takkan budak pun kau nak sapu Riyaz?Dia melangkah keluar dari tandas.

Matanya tertancap pada gadis itu yang sedang berbual dengan 2 orang rakannya.Sempat dia berdehem sebelum meneruskan langkahnya.

Humaira yang tersedar lelaki itu keluar dari tandas segera menahan.

"Errr awak..ehh abang..emm"langkah Riyaz terhenti.Dia memalingkan wajahnya menghadap gadis kenit itu.

Keningnya diangkat bertanya kenapa.Tangannya disilang ke dada.

"Err abang.Saya Humaira Qistina.Nama abang ni siapa?"soalnya sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.Riyaz mengerutkan keningnya.

Sebentar cuma dia menarik senyum sinis.

Dia berpusing bersedia meninggalkan gadis itu.Terpingga pingga Humaira.

"Ehh abang.Apa nama abang?"soalnya lagi.Tanpa sebarang kata lelaki itu mahu meninggalkannya?memang taklah.

"Kenapa sibuk kau nak tahu nama aku?Mind own your bussiness budak.Sedar diri kau tu budak sekolah lagi.Takyah nak mengorat aku sangat"Riyaz berjalan laju meninggalkan Humaira.Humaira mencebik.

Sampai hati cakap macam tu kat aku.Takpa.Humaira mendengus kecil sebelum mengajak kawan kawannya berlalu.

Riyaz menyepak sedikit batu kecil itu.Rambutnya dikuak kasar.

"Apasal aku bodoh sangat boleh cakap macam tu dekat dia?Aku tak sengaja"

Entah apa yang membuatkan dia bercakap begitu sehingga melukakan gadis tersebut.Buat pertama kalinya.Mungkin gadis itu terlalu berani berdepan dengannya.

"Humaira Qistina"serunya perlahan.

Maka bermula laa dari hari itu dia mencari identiti gadia bernama Humaira Qistina.

7tahun perkara itu berlalu.Sewaktu Humaira berada ditingkatan 3.Dari jauh dia memerhati Humaira.Sehinggalah pada hari pertama kali mereka bersua.Humaira tidak mengenalinya.

Ketukan bertalu talu pada cermin tingkap mematikan lamunan Riyaz.Humaira sedang menahan rasa.Apa yang Riyaz menungkan.Dari tadi dia mengetuk cermin.

Riyaz mematikan enjin kereta terlebih dahulu sebelum keluar dari perut kereta.

"Apa abang buat lama sangat?Humaira dari tadi ketuk cermin ni."Humaira mula bercekak pinggang.Dah laa panas.Dia boleh pulak duk termenung dalam kete.

"Sayang ni garang laa.Buat abang jadi nak aum aje"Dia meraih turun tangan Humaira yang sedang bercekak itu.Lengan Humaira ditarik melingkar ke lengannya.
Humaira akur.

Kaki mereka berdua melangkah masuk kedalam hotel mewah itu.

"Sayang duduk sana.Abang nak check in"arah Riyaz

"No.Humaira ikut abang.Kejap aje kan?"melihatkan ada beberapa orang pekerja wanita membuatkan hatinya dijentik sesuatu rasa yang tidak enak.Dah laa asyik pandang aje Riyaz.Lepastu boleh pulak selamba senyum tengok laki aku.Aih ada yang makan tapak kasut ni.

Riyaz tergelak kecil melihat kerutan Humaira.Dapat dia lihat Humaira sedang cemburu.Dia mendekatkan mulutnya ke tepi telinga isterinya.

"Are you jealous sayang?"

Terkebil kebil Humaira sebelum menggeleng.Aku cemburu?ke?
Mukannya berubah tona.

"Mengaku laa.Sayang jealous kan?"Riyaz makin giat mengusik Humaira.

Humaira memutarkan bebola matanya.

"Dah laa..pergi cepat.Humaira mengantuk"dia menarik Riyaz mendekati kaunter.

Riyaz tergelak besar.Macam macam.Cemburu taknak mengaku!


Hahahahah aku pun taktau apa yang membuatkan aku update harini😂btw happy reading ye guyss

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now