Selesai menunaikan solat Subuh,Humaira turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan buat suaminya.
Hal semalam?dia masih terfikir adakah benar?atau sekadar mimpi?
Derapan kaki seseorang membuatkan dia berpaling.Riyaz.
Wajah suaminya tampak lain.Tiada riak.Tapi tidak beku dan juga dingin seperti selalu.
"Abang nak breakfast ke?Belum siap lagi ni."
"Hmm.Aku..aku kena gerak awal.Ada hal."terus dia berlalu pergi meninggalkan Humaira.
Humaira terpinga pinga.Sah semalam hanyalah mimpi.Mimpi sebab dia terlampau rindukan Riyaz agaknya.Dia mengeluh perlahan.Air mata cuba sedaya upaya ditahannya.
Riyaz memberhentikan keretanya di tepi jalan.Masih terlalu awal dia keluar dari rumah.Keadaan jalan raya masih lenggang.Jam ditilik.6.40pagi.
Biasanya 7.30 pagi baru dia keluar.Entah kenapa hari ini dia keluar awal.Tiada meeting penting pun.Malah hanya orang gila meeting masa ni.Dia menarik nafas dalam.
Betul ke apa yang dia buat dekat isterinya itu?Betul ke Humaira sengaja makan mushroom yang dimasak dengan racun arak?Kenapa bulat2 dia menerima pengakuan Luna berbanding isterinya?.
Nombor telefon seseorang di dailnya.
Tut tut...
Panggilannya berjawab..
"Aku nak kau siasat tentang....."
Humaira bingung,mampukah dia bertahan lagi?Riyaz langsung tak nampak kewujudan dia sebagai isteri.Atau dia perlu mengalah?Telefon bimbit ditilik buat sekelian kalinya.
Gambar Luna bersama Riyaz di restoren makan.Mereka beswafoto.Riyaz tampak gembira sekali.Jelas wajahnya bahagia.
Gambar itu dihantar sendiri oleh Luna bagi membakar hati Humaira.
Kalau betul Riyaz lebih mempercayai Luna,dia sanggup...
Sanggup melepaskan Riyaz ke sisi Luna.
"Humaira sayangkan abang,tapi Humaira tak sanggup lagi hidup macam ni.Humaira akan tinggalkan abang,Humaira janji Humaira takkan ganggu abang dengan Luna lagi lepasni"
Riyaz mengetap kuat giginya sehingga dapat dilihat dengan jelas rahangnya bergerak gerak.
Maklumat yang disampaikan oleh Zack terlalu membakar hatinya.
Luna punca pendarahan isterinya sebulan yang lalu.Restoren tempat Luna dan Humaira makan sah sah restoren halal.Racun arak itu milik Luna yang dibeli oleh seorang lelaki luar negara.
Luna yang merancang segalanya.Dan dia bodoh sebab tak percaya apa yang isterinya cakap.
"Argghhhh aku bodoh.Kenapa aku tak nampak semua ni dari awal hah?Kenapa aku bodoh pergi percaya betina babi tu cakap.Kenapa aku tak percayakan isteri aku sendiri?"jeritnya sehabis kuat.Air mata jantannya mengalir tidak dihiraukan.
Terlintas kembali detik2 Humaira menangis tersedu sedan sambil meceritakan hal sebenar namun dia bodoh.Bodoh untuk menilai semuanya.
Riyaz menjenguk Humaira yang sedang tidur pulas itu.Dia menarik senyuman kecil sebelum kaki melangkah kearah tempat isterinya lena.Perlahan dia melabuhkan punggungnya disisi isterinya.
Tangannya naik mengusap sekitar muka Humaira.Masih awal,baru pukul 9.15malam.Tapi Humaira sudah tidur.
Humaira yang sudah dibuai lena terjaga.Terpisat pisat dia memandang Riyaz.Bingkas dia bangun dari baringan sebelum melangkah turun dari katil.
Namun pegangan di tangannya membantutkan pergerakannya.Riyaz menarik Humaira kembali.
Humaira cuba meleraikan tangannya namun apalah sangat kudrat dia sebagai wanita.
"Sayang.."panggil Riyaz membuatkan Humaira tersentak.
Panggilan tu yang dia rindukan.Tapi semuanya sudah tinggal kenangan.Dia akan pergi dari hidup lelaki ini,kelak.
Mengingatkan hal itu,air mata mengalir perlahan di pipinya."Sayang..don't cry.Abang mintak maaf"ucapnya sambil mngucup lembut tangan Humaira.
Humaira merentap tangannya dari pegangan itu.Matanya mencerlung ke arah Riyaz.
Pipinya memerah akibat menangis tidak dihiraukan."Sayang,please dengar dulu apa abang nak cakap.Abang.."
"Masih tak cukup cukup ke awak siksa saya Riyaz?Masih tak cukup?Awak lukakan hati saya ni macam boleh ditukar beli lain.Saya tahu saya tak setanding Luna.Tapi.."
"Sayang.."
"Saya belum habis cakap lagi.Selama sebulan ni saya asyik makan hati dengan perangai awak.Saya masih mampu sabar.Tapi hari ini saya mengaku Saya angkat bendera putih.Saya kalah nak bertahan dengan awak lagi Riyaz.Awak boleh sakiti tubuh badan saya.Awak boleh pukul saya sesuka hati yang awak nak.Tapi hati ni."sambil menepuk dadanya berulang kali tanda kesakitan yang amat sebelum dia mencengkam perlahan.Matanya memandang Riyaz yang sudah mengalirkan air mata itu.Dia tidak peduli.Biar lah malam ni menjadi malam luahan hatinya.
"Hati ni sakit Riyaz.Sakit sangat bila awak lebih percaya kat orang luar berbanding isteri awak sendiri.Awak tuduh saya sengaja nak bunuh anak kita.Awak ingat saya ni kejam sangat ke?Dulu janji awak nak sentiasa ada disisi saya,percayakan saya.Semuanya hanya janji yang tak boleh ditepati."Humaira berhenti sejenak sebelum kembali bersuara.
"Saya ada perasaan Riyaz.Saya ada hati.Ya saya boleh sabar dengan layanan awak terhadap saya.Tapi awak melampau.Awak tak adil.Awak langsung taknak tahu kebenaran disebalik semua ni.Awak hanya tahu sebelahkan kawan baik awak aje.Bukan saya tak tahu Riyaz.Dia sukakan awak.Dari pandangan matanya saya tahu dia sayangkan awak.Kenapa awak pilih saya kalau hati awak ada dekat dia?Awak sengaja nak siksa saya ke Aidan Riyaz?"semakin perlahan suaranya.
Dia letih dengan dunia yang Riyaz ciptakan.
"Sayang.Abang minta maaf sebab lukakan hati sayang.Abang janji lepas ni abang takkan sesekali sakiti hati sayang lagi.Abang bersumpah"Dia bangun melutut dihadapan Humaira.Kaki wanita itu dipeluk erat.Air matanya berjujuran tidak dihiraukan.
Humaira mengetap kuat bibirya.Sungguh dia tidak sanggup.Tapi hatinya sudah terlampau sakit.
"Abang janji sayang.Abang takkan biarkan sayang tersakiti lagi"
DAH DAH LAA TU...INGAT NAK BAGI LAGI SEDIH..TAPI MALAS😂DAH AKU NI KAN TERGELAK SORANG2 TAU BACA COMMENTS KORANG..HAHAHAH LAWAK BEB LAWAK🙆TQ SUDI BACA..TERUSKAN COMMENTS..AKU NAK SAMBUNG GELAK NI🙈🙉
YOU ARE READING
Mr PSIKO(C✔)
Romance"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...