40 tenang

16.5K 530 15
                                        

Angin menampar lembut wajah Humaira yang sedang duduk di atas tempat duduk dibawah pohon besar yang menghadap ke arah sawah.Kehijauan yang menenangkan.

Riyaz sedang tidur.Jadi Humaira turun untuk mengambil udara segar.Sudah lama dia tidak merasai udara kampung yang segar.

Humaira tersenyum gembira melihat kehijauan yang terbentang luas itu.Kepalanya didonggak memandang keatas.Kelihatan burung terbang bebas.Dia juga mahukan seperti itu.

Bebas untuk segalanya.Bukan terikat.Dia tidak mengatakan dia terikat sepenuhnya cuma kahwin muda mesti banyak halangan menanti.Dia baru 21tahun.Banyak lagi yang perlu diterokai.

Tanpa Humaira sedar,Riyaz sudah menapak mendekatinya.Sampai sahaja dihadapan Humaira,Riyaz berpeluk tubuh.Jauh benar isterinya mengelamun.Jari dipetik untuk menyedarkan Humaira.

Dua tiga kali dipetik,Humaira tersentak.Hampir jatuh telefon yang berada di pegangannya kalau Riyaz tidak menyambut.

"Sejak kahwin ni,abang tengok sayang asyik termenung aje.Apa masalah sayang?"lembut Riyaz bertanya.Faktor cuaca mungkin.

"Mana ada.Humaira cuma memikirkan masa yang akan datang"balasnya

"Masa akan datang?maksudnya?"

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan

"Takada apa.Just biasa biasa"enggan mengulas lebih lanjut.Dia bimbang Riyaz bakal naik hantu.

Riyaz mencebik sedikit sebelum mengangguk.

"Tenang kan?"soalnya kepada Humaira.Riyaz mengambil tempat disebelah Humaira.Tangannya dilingkarkan pada pinggang ramping isterinya itu.

"Abang..kita kat kampung.Nanti tokwan nampak"

"Its okay.Kita dah halal.Tokwan mesti faham punya.Lagipun kita kan baru lagii..."Mata dikenyitkan buat Humaira.Terpaku gadis itu dibuatnya.Eh bukan gadis daa.Mengingatkan itu Riyaz tersenyum nakal.

"Hah senyum macam tu fikir apa.Kuning aje tahu"marahnya pada Riyaz.

Riyaz menjongketkan keningnya.

"Asal kuning?biru laa.Blue"

Humaira memutarkan bebola matanya.

"Apa apa aje laa encik Aidan Riyaz."Humaira mengalah.

Kelihatan Tokwan membawa sedulang air dan makanan.

"Eh tokwan susahkan aje.Nanti kalau kitaorang nak.Kitaorang pergi ambik sendiri kat dapur"Humaira membanth Tokwan membawa dulang tersebut ke atas pangkin.

"Apa hang ni Humaira.Takdak susah apa noh untuk hangpa berdua.Tokwan takdan nak masak lagi.Sebab tu tokwan buat kuih ni dulu.Tokwan tahu hangpa lapar.Satgi tokwan nak masak tomyam.Ni Riyaz hang suka makan apa?"

"Sama macam Humaira tokwan.Tomyam"ujarnya sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Haih baguih noh.senang kerja aku.Takapa hangpa tunggu sat.Ni humaira hang taksah duk geletis nak tolong tokwan.Hang duk sini jaga laki hang.Layan dia makan.Masa ni gadis kampung kuar cari kumbang.Laki hang ni segak bukan main."Tanpa mendengar sebarang kata tokwan terus berlalu pergi.

Riyaz tersenyum gembira.

"Dengar tu sayang?kalau taknak kumbang halal kesayangan sayang ni kena kebas dekat gadis alor setar ni.sila jaga leklok"

Humaira mengecilkan matanya memandang Riyaz yang sedang menyuapkan cucur udang kedalam mulutnya sebelum mengunyah laju.Makan macam setahun tak makan.





Guyss asal macam takada sambutan dah cam dulu dulu lagi?ke dah tak okay citer ni?👉👈

Mr PSIKO(C✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang