75 berdamai(2)

14.4K 424 32
                                    

"LUNA"panggilnya membuatkan Luna mendongakkan kepalanya memandang Humaira.

Gadis yang pernah lari dari suami akibat perbuatan jahanamnya.

Riyaz mendekati Humaira sebelum disua ais krim itu kepada isterinya.

Humaira menyambutnya sambil menghulurkan senyuman buat suaminya sebagai tanda terima kasih.

"Dah kenapa ni?sayang duduk dulu.Makan aiskrim baru kita bincang ye.Ni Joe kau pergi beli sana aiskrim buat bini kau"arahnya.

Joe menjongketkan keningnya pada Luna.Luna hanya diam.

Tidak tahu bagaimana mahu memberi tindak balas.

"Kau pergi aje.Takyah nak acah sweet tanya bagai"Riyaz menyampuk lagi.

Joe hanya menarik senyun sinis sebelum berlalu pergi.

Hilang macho aku sebab beli aiskrim budak.

"Luna,kau duduk laa.Takkan nak jadi bodyguard tak berbayar pulak.Tapi jangan lari pulak"ujar Riyaz selamba.Luna hanya menundukkan kepalannya.Sling begnya dipegang erat.

Humaira menepuk perlahan lengan suaminya memberi amaran.Malah Riyaz berlagak selamba.Dia membetulkan sisi awning shawl Humaira.

Seketika kemudian Joe datang dengan membawa sebekas aiskrim berperisa coklat.Lantas dihulur buat isterinya.

"Nah"

Luna mengelengkan kepalanya tanda menolak.

Joe menggulingkan bebola matanya.

Tangannya tetap menghulur aiskrim itu pada Luna.

"Jangan degil.Aku beli untuk kau.Ambikk"ujarnya sedikit tegas.

Dikerling bosnya yang sedang sibuk kacau Humaira itu.Mendengar puan bosnya tanda tak suka.Malah makin giat Riyaz mengusiknya.Aiskrim yang berada di tangan Humaira digigitnya.

Timbul satu rasa di hati Joe.Aku pun nak juga.

Luna menyambutnya perlahan.Sedikit mengigil tanganmya.

"Jom pergi duduk sana jap.Japgi kita datang bincang dengan diorang kat sini"ujarnya sambil menunjuk ke arah sebuah bangku kosong yang berada tidak jauh dari bosnya.

Luna akur.

Usai melabuhkan punggungnya di sebelah Joe,Luna mula menyuapkan aiskrim itu ke dalam mulut.

Joe memerhatikan lagak isterinya.

Lama dia merenung wajah Luna dari sisi tanpa disedari Luna telah pun perasan dengan renungan itu.
Tak selesa dibuatnya.

"Ehem"sengaja Luna berdehem perlahan bagi mengalihkan perhatian suaminya.

Tenung orang macam nak tembus aje.Aku campak dalam sungai kang.

Joe tersedar akan khilafnya segera menegakkan badannya.

Dia menyandarkan badannya pada kerusi batu itu.Tangannya didepangkan ke kiri dan kanan.

Luna terkedu.Tapi cepat cepat dia menghabiskan aiskrimnya yang sememangnya banyak lagi berbaki.

"Sedap sangat ke?"soal Joe dingin

Luna berpaling ke arah Joe sebelum menggangguk kecil.Wajahnya dipalingkan semula kearah hadapan.

Matanya tertancal pada sekumpulan keluarga yang sedang beriadah.

Ada seorang lelaki yang mungkin bapa.Dan seorang wanita mungkin ibu.Seorang bayi perempuan yang cukup montel.Dan seorang budak lelaki berumur lingkungan 5 tahun.Mungkin satu keluarga.

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now