93 Abang Ayyan

11.5K 408 35
                                    

"RAYYAN,stay here.Please look after them okay?"soal Riyaz.

Rayyan tidak menjawab malah turun dari riba daddynya lalu duduk di bawah bersama si kembar.Tersengih sengih dua budak itu memandang abang Ayyannya turun mendekatu mereka walaupun berjarak.

Wajah Rayyan yang sewaktu kecil manis dan sentiasa senyum kini sudah berubah dingin.

Kecik kecik dah pandai nak jadi mamat beku.

Pun begitu masih ramai yang meminati anak lelaki kepada pasangan Riyaz dan Humaira itu.Mereka keluar sahaja berjalan jalan pasti ramai yang ingin mengambil gambar.

Untung kecik kecik dah ramai peminat.

Tapi masalah sekarang ni budak kembar ni tak habis habis tau.Dah laa semalam merengek taknak tidur.Meluat Rayyan.Kesian aunty dan uncle kena berjaga.

"Babababa"kata Lara sambil menepuk tangannya.Lana sibuk mengusyar wajah budak hensem itu.

Rayyan meletakkan jarinya ke mulut Lara tanda menyuruh diam.

"Shut your mouth kids"pesannya membuatkan kembar itu galak ketawa.

Rayyan menjeling.

Apa ingat aku main main ke.

"Bababababa"dengan semangat Lana bercakap dengan abang Ayyannya.Siap dengan menepuk nepuk paha Rayyan.

Rayyan mula menyampah.

Menyesal aku setuju dengan daddy.

Kedengaran gelak tawa dari ruangan makan yang berdekatan dari tempat mereka bertiga duduk.

Lana mula mengesot naik ke atas riba abang Ayyan.

Rayyan menahannya.Nak dukung tak boleh.Dia bangun dari duduknya sebelum berjalan menghampiri mummynya.

"My"panggilnya.Humaira menunduk.

"Ya sayang?nak makan?"

Rayyan mengeleng.

"That's twins are pervert"adunya.

Mereka yang ada di situ ketawa mendengar aduan Rayyan.Joe bangun dari makannya sebelum dibawa langkah ke ruang anaknya terletak.

Digendong Lara dan Lana sebelum dibawa kembali ke ruang makan.

Kerusi yang sememangnya tersedia untuk Rayyan sewaktu kecil diambil sebelum diletakkan Lana ke atas kerusi itu.Lara dia hanya diletakkan diatas ribanya sahaj.

Si kecil itu menepuk nepuk meja makan didepannya apabila melihat abang Ayyannya.

"Bababababa"mulut itu berceloteh walaupun tak difahami.

Lara marahkan abang Ayyan sebab tinggalkan dia di ruang tamu bersama kembarnya.

Rayyan menjauhkan dirinya.Dia segera ke ruang tamu kembali mengambil bukunya sebelum ditatap buat sekelian kalinya.Buku itu digambarkan pelbagai jenis haiwan yang menarik minatnya.Mulutnya membaca tulisan itu walaupun langsung dia tidak fahami.Tangannya menunjuk nunjuk tulisan itu sendirian.

"Budak kembar ni suka sangat kacau abang Ayyan dia tu.Sebab tu Rayyan menyampah tu"ujar Luna sambil tergelak kecil.

Joe dan Riyaz mengangguk.Humaira pula menyambung gelak Luna.

"Biaslaa budak kecil"jawabnya.

"Handsome sangat anak aku tu Joe sebab tu anak anak kau geram tu"balas Riyaz pula sambil tersenyum bangga.

"Perasan kau ni bos"

Gelak orang dewasa itu bergema lagi.Rayyan mencebik.

Tak faham betul dia dengan orang tuanya itu.Asyik gelak aje.Tak ada kerja ke.

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now