"ADUH,aduh mommy,sakit laaa"suaranya mengaduh dalam wad persendirian itu tidak dipedulikan oleh Puan Sri Ina.
"Padan muka kamu,memandai nak prank bagai.Tengok sekarang apa yang jadi.Nasib baik tak jadi benda teruk dekat Humaira"telinga anak tunggalnya yang ditarik sedari akhirnya dilepaskan jua.
Riyaz mengosok telinganya yang pedih akibat mummynya.
Semua yang berada disitu tersenyum sahaja melihat telatah itu.
Humaira ditempatkan di Hospital Besar Putrajaya.Wad VVIP.
"Halah mummy,Riyaz tak tahu pulak jadi macam ni.Ingat nak sweet.Rupanya hmm pahit hempedu,my"jawabnya selamba.Matanya melirik ke arah isterinya yang diam menyandar di katil itu.Tiada sepatah kata pun sejak isterinya sedar dari pengsan.
"Lain kali jangan nak memandai Aidan Riyaz ye.Jangan dibuat main dengan perasaan ibu mengandung.Ni baru darah rendah.Kalau yang lain macam mana?Otak ada guna.Jangan nak simpan kat lutut tu"sambung mummynya.
Sungguh tidak puas hati dengan tingkah anaknya,semalam dia mendapat panggilan dari Riyaz katanya Humaira pengsan sebelum dia membuka cerita tentang rancangan tak masuk akalnya.
"Ye laa.Lain kali Riyaz tak buat lagi"janjinya acuh tak acuh.Hatinya berderam seriau.Isterinya merajuk ke?Mampus laa kali ni.
"Hmm.kami mintak diri dulu laa.Jaga baik baik Humaira jangan nak buat hal lagi.Kalau tak siap kamu"amaran mummynya membuatkan dia tersengih.
Umi dan Abah Humaira juga turut meminta diri.
Sempat mengucapkan ucapan buat Humaira Qistina.
"Selamat Hari Lahir anak Umi.Umi doakan kakak sentiasa diberi keberkatan hidup.Umi mintak maaf sempat lupa tarikh lahir ni.Nanti kamu sihat kita buat majlis doa selamat sikit ye.Tarikh birthday kamu pun macam nak hampir aje dengan cucu umi ni"ucap Umi sambil mengusap perut memboyot anak perempuannya.
Humaira memeluk uminya sambil air mata mengalir turun dari pipinya.
"Terima kasih umi sebab lahirkan Humaira.Abah pun.Terima kasih sebab sudi jaga Humaira dari kecil sampai sekarang"
Abahnya mengangguk tenang.
Mummy dan Daddy Riyaz turut mengucapkan ucapan selamat buat menantu mereka sebelum meninggalkan anak dan menantu mereka sendirian.
Riyaz mendekati Humaira yang sudah mula membaringkan dirinya.
"Sayang..."meleret dia memanggil Humaira.Namun diendahkan.
Humaira memejamkan matanya.Masih awal.Dia boleh keluar petang nanti.Ni baru pukul 10 pagi.
"Sayang,abang tahu abang salah sebab buat macam tu.Sumpah abang cuma nak buat sayang happy aje.Forgive me sayang"dia mula menyentuh lengan isterinya.Namun Humaira masih mendiamkan dirinya.
"Sayang..abang tahu sayang tak tidur.Please tengok apa abang nak cakap ni"ucapnya lagi.
Humaira mengemam bibirnya.Dia mula membuka matanya.Riyaz tersengih melihat dia.Namun,dia menayangkan muka dingin.
"Sayang.Alololo marah ke ni?Abang mintak maaf laa.Happy birthday sayang"dia menarik tangan isterinya sebelum dikecup bertalu.
"Terima kasih"ucap Humaira sebelum memejamkan matanya semula.
Riyaz tercengang cengang.Terima kasih aje?
Haih tak boleh jadi ni.Dah merajuk pulak dah.
Dia memandang Humaira yang sudah memejamkan matanya itu.
"Sayang.Abang nak keluar kejap ye.Sayang tidur dulu ye.Nanti abang datang balik"ujarnya sebelum bangun.Sempat dia mencium dahi licin Humaira sebelum melangkah keluar.
Pintu ditutup oleh Riyaz membuatkan Humaira bangun.
"Macam tu je?"soalnya Humaira tidak puas hati.
"Awak"panggil Luna kepada Joe yang sedang bermain telefon bimbit itu.
Joe hanya menggumam.Dia tidak memandang wajah Luna malah lebih memberi fokus terhadap telefonnya.
Luna menjuihkan sedikit bibirnya.Orang nak cakap pandang laa.
Lama menanti bicara isterinya yang tergantung membuatkan Joe berhenti dari menatap telefon.
Luna yang berdiam diri itu dipndang sebelum menutup telefon bimbitnya lalu diletakkan ke tepi.
"Ada apa?"soalnya kepada Luna.
Luna tersentak.Dia mengetap kuat bibirnya.
Perlu ke dia menyuarakan apa yang bermain di fikirannya?
"I'm waiting Luna"Joe menyilangkan tangannya ke dada.
Luna menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.
"Okay,saya cakap ni awak jangan marah saya ye"pintanya.
Joe mengangkat keningnya.
"Cakaplaa."
"Sampai bila saya kena duduk sini?Mak..maksud saya tak boleh keluar pergi mana mana?"takut takut dia berbicara.
Sedar akan pandangan tajam suaminya,dia menundukkan kepalanya memandang cadar tilamnya.
Joe mengeluh kecil.
"Kau nak pergi mana?"soalnya dingin.
"Ke mana yang biasa saya pergi.Kerja ke.Rum..rumah saya..kereta saya dan barang saya?"
"Look,aku mampu tanggung kau dan anak anak kita nanti.Tak perlu susah nak cari duit.Harta kau ada aje kat rumah kau.Nanti aku suruh orang aku pergi angkut semua sekali bawak masuk sini.Termasuk kereta kau.Cuma..."dia mengangtungkan ayatnya membuatkan Luna terdongak memandangnya yang sedang tersenyum nakal.
Kenapa?ada laa tu benda yang miang dia nak-getus Luna.
"Cuma rumah kau aje yang aku tak boleh nak angkut sama"sambungnya sambil terkekeh.
Luna mengecilkan matanya sebelum menghulurkan tangannya kepada perut Joe sebelum mengetipnya.
Joe makin giat ketawa.
"Eh stop..sakit laa.Berani dah kau sekarang ni.Tak takut dengan aku dah ke?"soalnya sambil tersengih memandang wajah cemberut isterinya.
"Tak"jawab Luna selamba.Wajahnya dipalingkan kearah lain.
"Are you sure sayang?"soal Joe nakal.
Luna mengetap bibirnya.Sayang?
Jantungnya sudah berdegup laju.Joe panggil aku sayang?
Joe mula mendekati Luna yang duduk di atas sofa bilik itu.
Lantas Luna bangun namun Joe sempat menahannya.
Dia menolak tubuh kecil itu jatuh semula ke atas sofa.Terbaring.
Luna mula cuak.
"Joe..apa awak nak..buat ni?"Dia menahan dada Joe yang sedang menghempap badannya.
"Aku nak anak.Kau tak nak ke?"soalnya menggoda.
Luna menelan kesat air liurnya.Dia memalingkan wajahnya ke tepi.Mengelakkan matanya beretentang dengan Joe.
Joe tersenyum sinis.Jari telunjuknya mengangkat dagu Luna.
"Do you want it too sayang?"soalnya lagi.
Luna mengangguk perlahan.Dia malu.
Joe tergelak melihat wajah malu isterinya.
"Then,we will make it now"ujarnya selamba.
Luna hanya memejamkan matanya apabila bibir Joe mula bertautan dengan bibirnya.
OKAY TAK ADA IDEA..BAHAHAHA..TERUSKAN COMMENTS GUYS..NAK GELAK BACA COMMENTS KORANG CHAPTER LEPAS..SEMUA KECAM RIYAZ YE😆😆😆
YOU ARE READING
Mr PSIKO(C✔)
Romance"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...