"IYA SAYANG,DAH MANDI YA"
Riyaz baru selesai memandikan puterinya.
Humaira tersenyum melihat suaminya yang kelihatan sangat seksi itu.Eh?
"Kita pakai baju ye sayang ye."dengan pengalaman menimang anak sulungnya dua tahun yang lalu membuatkan Riyaz dan Humaira sedikit pun tak kekok mengendalikan bayi.
"Abang,Rayyan macam mana?Takkan nak duduk dengan umi je?"soal Humaira.
Sebenarnya dia takut anak sulungnya terabai.Dari Riyaz kemalangan anaknya duduk dengan Joe.Sehinggalah Humaira berpantang ini.
Risau anaknya yang sulung itu rasa terhindar dari ibu bapanya sendiri walaupun Rayyan duduk dengan Uminya.
"Tengah hari nanti abang bawa balik si debab tu.Sekarang ni kita uruskan si conet ni dulu."Raisya Hazirah menguap kecil.Matanya sepet membuka seketika sebelum ditutup kembali.
Kenyang laa tu.Sebelum mandi tadi dah hisap susu badan Mummynya.
"Abang tak sabar nak bawak anak anak kita pergi bercuti.Selama Rayyan dilahirkan sehingga dah masuk usia 2 tahun pun abang tak bawak lagi anak abang ke luar negara.Ni dah keluar sorang lagi."kata Riyaz.
Humaira hanya mendengar.Benar,dia tidak ada pengalaman lagi bercuti sambil membawa anak bersama.
"Takpa nanti sayang habis pantang kita ke luar negara ya?"soal Riyaz.Sedikit sebanyak membuatkan isterinya berasa teruja.Matanya membulat bersinar.
"Betul ke bang?"soalnya kembali.
Riyaz mengangguk sambil tersenyum.
Selesai memakaikan anak mereka pakaian Raisya ditidurkan kembali.
"Abang nak call umi.Nak bagitahu abang nak pergi ambik si debab kita tu"kata Riyaz.Telefon bimbit di atas meja solek dicapainya sebelum melangkah kembali ke atas katil.
Deringan sekali tidak berjawab.Didail lagi nombor umi.
Kali ni bersambut.Riyaz membuat pembesar suara.Humaira turut dengar.
"Assalamualaikum umi"
"Waalaikumusalam,ye Riyaz.Ada apa?"
"Rayyan ada,mi?Riyaz ingat nak ambik dia laa tengah hari nanti."
Umi berjeda seketika.
"Ada je ni haa.Kenapa awal sangat nak ambik?Tak harap dekat umi ke?"umi seperti berjauhan hati.
"Eh tak umi.Humaira yang suruh Riyaz ambik.Rindu katanya."kata Riyaz.
Humaira membulatkan matanya.
Memang betul dia rindukan anaknya tapi tak perlulaa bagitahu Umi.
Umi ketawa kecil.
"Ye laa.Umi gurau je.Nanti umi suruh Uwais hantarkan.Umi nak hantarkan tapi ada tetamu yang nak datang harini.Tak dapat datang rumah kamu"
"Tak paa umi.Nanti Riyaz pergi ambik dekat rumah umi tengah hari nanti"bantah Riyaz.
"Kalau kamu datang sini.Humaira macam mana?Takkan tinggal sorang?"
"Takpaa,mi.Riyaz suruh Joe dengan Luna datang kejap"kata Riyaz.
Selesai memutuskan talian,Humaira memandang pelik kearah suaminya.
"Joe dengan Luna nak datang ke bang?"soalnya.Keningnya berkerut.
Riyaz mengeleng.
"Taknak kot.Tapi kena datang"balas Riyaz selamba.
Humaira yang pada mulanya tak faham itu mula faham.
"Abang ni.Kesian diorang.Manakan nak bawa si kembar kehulu ke hilir"tidak puas hati sungguh dengan suaminya itu.Nak mengarah laa tu.
"Abang bayar sayang gaji diorang."Riyaz tahu apa yang ada dibenak isterinya.
"Hello Joe"sapa Riyaz.Mata memandang tepat kearah anak perempuan mereka.
Humaira tersentak.Bila masa dia call Joe?
"Aku nak kau datang rumah aku pukul 10 pagi nanti.Aku nak keluar ambik Rayyan kat rumah umi.Takda orang jaga bini aku ni.Kau bawak laa Luna sekali"kata Riyaz.Humaira yang memandangnya pelik langsung tidak dihiraukan.
Hampir meletus tawanya melihat wajah cemberut isterinya sipi sipi.Walaupun matanya tunak memandang Raisya yang terlena itu,namun sipi matanya masih dapat menangkap wajah isterinya di sisi.
"Haa okay laa.Jangan lupa datang pulak"kata Riyaz sebelum memutuskan talian.
"Pukul 10pagi abang?Bukan tengah hari ke?"soal Humaira bingung.
Namun Riyaz mengenyitkan matanya.
"Biar diorang datang awal."balas Riyaz nakal.
"Ada laa tu nak pedajal Joe tu"sindir Humaira.
Riyaz gelak.Jahat aje bunyinya.
"Bagusnya mummy ni.Bijak tahu apa yang daddy nak buat"kata Riyaz kepada Raisya yang tidur itu.
Humaira hanya mengelengkan kepalanya.
"Sayang nak makan apa?Abang masakkan?"soal Riyaz.
Humaira memandangnya tidak percaya.
"Abang nak masak?"
Hampir 4tahun mereka berkahwin takpernah suaminya masak.Kalau setakat masuk dapur nak kacau dia tu memang banyak laa.
"Asal?Tak percaya abang pandai masak?Ni Aidan Riyaz laa sayang.Apa je abang tak pandai buat?"soalnya kembali bersama sebelah kening diangkat tinggi.
Humaira hampir ketawa tapi ditahannya.
"Humaira makan aje apa yang patut Humaira makan"memang benar dia tak cerewet langsung tentang makanan.Semuanya ditelan masuk aje.Cuma badannya aje maintain tak gemuk.
Lepas bersalinkan Rayyan,badannya kembali kepada bentuk asal.Walaupun ada laa sedikit lebih tu.Tapi tetap kecik molek seperti dulu.
"Okay.Kalau macam tu abang bakar ikan aje laa ye.Simple"putus Riyaz.
Humaira angguk.
"Dah pukul 9.30 ni.Abang nak masak kejap lepastu mandi baru pergi ambik Rayyan"kata Riyaz sambil bangun dari duduknya.
"Kalau sayang nak apa apa,call abang aje.Abang bawa phone ke dapur ya.Senang.Tak perlu sayang susah susah nak pergi panggil atau laung.Just call.Abang akan datang secepat kilat"pesannya sambil tersenyum nakal.Badannya menghilang disebalik pintu.
Humaira menarik senyum bahagia.Suaminya tak pernah lelah membuatkan dia tersenyum.
Pipi anaknya diusap kasih.
"Untung Raisya dengan abang Ayyan dapat daddy macam tu."katanya perlahan.Hanya untuk anaknya sahaja.
Cediyhhh rasa nak tamatkan ni..macam mana ni???3 chapter to go lagi.
Kalau buat story sal Rayyan agak2 dpt sambutan cam ni tak?
P/s:sebenarnya tgh fikir mcm mana nak buat ending..biasanya bab epilog tu buat sikit je kan?ke panjang?
YOU ARE READING
Mr PSIKO(C✔)
Storie d'amore"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...