"ABANG,bangun laa"kejutnya lagi.
Namun makin kuat Riyaz memeluk bantal peluk itu.
"Abang bangun laa sahur.Nanti tak sempat pulak.Humaira dah siapkan dah tu"bahu suaminya ditepuk tepuk namun Riyaz menepis.
Dia betul betul tak larat nak bangun.Mengantuk!
"Abang nak bangun sendiri ke Humaira yang bangunkan abang?"ugutnya.
Riyaz akhirnya akur.Perlahan dia membuka kelopak matanya dengan kuyu.Mengantuk sangat.
Tapi kalau dia biarkan Humaira yang bangunkan memang banjir laa tempat tidur.Dah kena dah semalam.
"Bangun cepat laa.Kang Imsyak pulak"gesanya lagi.
Riyaz menguap luas.
Humaira membulatkan matanya.
"Tutup mulut tu.Apa abang ni"marahnya.
Tak senonoh betul.
Riyaz tersengih.
"Raisya mana?"soalnya.
Semalam Raisya menangis taknak tidur bilik sendiri.Terpaksalaa dia angkut budak debab tu tidur sekali.
"Dah masuk bilik dia dah.Bukan abang tak tahu anak dara abang tu tidur dia nak monopoli satu katil.Taknak kongsi"
Raisya suka tidur menelentang dengan kaki dan tangannya mendepang kiri dan kanan.
Dah macam baby boy pulak.Tapi tu laa perangai anak dara Riyaz.Berlainan dengan anak lelakinya yang tidur suka memeluk.Tak kira bantal ke buku ke botol susu ke.Dia suka peluk aja sampai tertidur.Dah besar ni pun peluk aje kerja dia.
Behave!Macam mummy dia.
"Sayang turun dulu.Abang nak cuci muka jap"ujarnya serak basah.
Humaira angguk.
"Jangan sambung tidur balik sudah"pesannya sebelum bergerak keluar.
Riyaz senyum sendiri.Macam tahu tahu aje.
Selesai menunaikan solat subuh,Humaira menyalami tangan suaminya lalu dikucup hormat tangan itu.Kemudian Riyaz mencium lama dahi Humaira.
Tangan milik isterinya ditarik lalu digenggam erat.
"Esok dah raya.Lepas berbuka nanti kita bertolak rumah mummy ya?Tak sempat kalau nak berbuka kat sana.Nanti siang kita pergi beli baju raya anak anak dengan baju sayang sekali"kata Riyaz.
Humaira angguk setuju.Rayyan sudah berumur 10 tahun manakala Raisya berumur 7 tahun.Tahun ni giliran beraya di Melaka rumah keluarga Riyaz.
Mummynya sudah berpindah ke Melaka sejak kematian daddy Riyaz tiga tahun yang lalu akibat serangan jantung.
"Abang masuk kerja pukul berapa?"soalnya sambil melucutkan telekung dari badannya.
"Hmm cuti je laa.Esok kan dah nak raya kot.Takkan nak kerja lagi"balas Riyaz,tangannya menolong Humaira melipat sejadah.
Humaira hanya angguk.Dia suri rumah sepenuh masa.Tak kerja apa apa.Lagipun dia lebih selesa duduk di rumah jaga anak anaknya berbanding keluar bekerja.Rasanya dia tidak perlu kot nak kerja memandangkan Riyaz sudah lebih dari cukup menafkahi dirinya dan anak anak mereka.
Riyaz sendiri suruh Humaira menjaga anak anak dirumah tanpa perlu menghantar mereka di pusat asuhan.
"Nanti suruh anak anak siap.Kita keluar shopping hari ni"putus Riyaz.
Humaira angguk sebelum senyum.Budak Raisya tu pasti gembira.Setiap kali keluar membeli belah orang perempuan mana yang tak suka.Walaupun sekadar jalan jalan dan tengok tengok sahaja tanpa membeli apa apa.Tak gitu?
![](https://img.wattpad.com/cover/205521063-288-k265205.jpg)
YOU ARE READING
Mr PSIKO(C✔)
Romance"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...