"SAMPAI PUN"kata Riyaz setelah Joe datang bersama Luna.Tidak dilupakan juga anak kembar mereka.
"Mana Humaira dengan baby?"soal Luna.Lana sedang tidur dalam dukungannya.Lara membulatkan matanya bermain air liur.
"Ada dalam bilik tetamu tu"jawab Riyaz.Jam dikerlingnya.
Awal lagi.10.30pagi.
"Bos kata nak ambil Rayyan?"tanya Joe.
Riyaz buat tak tahu.Dia berjalan menuju ke bilik yang menempatkan Humaira dengan Raisya.
"Sayang,diorang dah sampai"kata Riyaz.Dia mengambil Raisya lalu diribanya.
"Letak Lana dekat sini"kata Humaira setelah menyedari budak kecil itu tidur.Mereka tahu membezakan si kembar itu kerana Lara mempunyai dagu yang terbelah manakala Lana mempunyai dagu yang timbul.
Luna meletakkan Lana ke atas tilam di jauh sedikit di sebelah Humaira.
Lara yang berada dalam dukungan Joe meronta minta diturunkan.Pelik melihat makhluk yang lebih kecil dari dia dan si kembar di atas riba Uncle Riyaz.
Joe meletakkan anaknya secara meniarap.
Lara yang sudah pandai merangkak itu bergerak ke arah Riyaz.Ditilik wajah bulat Raisya sebelum ditepuknya perlahan tangan kecilnya.
"Babababababa"ujarnya ceria.
Humaira tersenyum.
Riyaz mengangkat sedikit Raisya ke atas.
"Adik Raisya"kata Riyaz.
"Bababababa"balasnya kembali.
"Dah bagi nama ke?"soal Luna.
Humaira angguk.
"Raisya Hazirah binti Aidan Riyaz"jawab Humaira.
"Cantik nama.Secantik orangnya"puji Luna.
Diakui anak sahabat baiknya mempunyai wajah yang sangat sempurna.Sama ada Rayyan mahupun Raisya yang baru berusia 2 hari itu.
"Bos,kata nak ambik Rayyan"tanya Joe sekali lagi.Pelik.Dah sampai tapi boleh pulak rileks rileks duduk sini.
"Lambat lagi.Tengah hari karang"balas Riyaz selamba.
Joe memandang bosnya tak percaya.
"Habistu?Aku bawa kereta bukan main laju bahayakan anak bini aku bos.Aduhla kau ni bos"rungut Joe.
"Aku bayar gaji kau laa.Eleh banyak songeh"marah Riyaz.
"Nah sayang.Abang nak keluar kejap jumpa kawan.Lepastu abang balik bawak Rayyan terus"kata Riyaz.Dia menghulurkan anaknya kepada Humaira.Humaira segera menyambutnya.
"Habistu aku nak buat apa kat sini bos?"soal Joe tak puas hati.
"Kau ikut aku.Luna jaga Humaira dengan anak anak"arahnya selamba.
Luna angguk.Sememangnya dia gemar meluangkan masa bersama Humaira.Ada saja cerita nak bualkan.
"Abang pergi dulu sayang"dikucup lembut dahi Humaira sebelum dikucup pipi anaknya.
Tidak dihiraukan pandangan tidak puas hati Joe.
"Abang pergi dulu.Jaga anak anak"pesan Joe.
Mereka berdua melangkah keluar dari bilik itu.
"Maaf laa Riyaz buat macam ni.Kesian kat awak"kata Humaira serba salah.
"Tak apa.Boleh kita berbual"balas Luna sambil tersenyum.Lana masih tidur.Lara pula sudah kuyu matanya.
YOU ARE READING
Mr PSIKO(C✔)
Romance"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...