25 nakal

21K 533 34
                                    

"Aku terima nikahnya Humaira Qistina binti Faris dengan mas kahwinnya 10 ribu ringgit tunai"lancar pengantin lelaki bersuara melafaz akad.

"Sah?"soal tok kadi kepada beberapa orang saksi

"Sahh!!"

"Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Ilahi"

Riyaz tersenyum bangga.Dengan sekali lafaz Humaira menjadi miliknya buat selama lamanya.Sah untuk dia membawa gadis itu bersamanya.

Tangan ditadah untuk membaca doa.Panjang lebar doa yang dibacakan bagi memberkati pasangan muda ini.Usai doa diaminkan,Riyaz bangun sebelum mengatur langkah menuju ke arah pengantin perempuan yang bersimpuh itu.

"Tu diaa...laki hang dah datang.Segak nohhh"ujar Sara dengan teruja.Humaira menunduk malu.Berdebar sakan jantungnya kini.

Riyaz duduk melutut di hadapan isterinya.
"Assalamualaikum wahai bidadari syurga ku"ucapan salam diberi buat pertama kalinya bergelae sebagai seorang suami.

Salam dijawab perlahan oleh gadis itu.Dia masih menunduk malu.Tambahan lagi apabila dia terdengar usikan nakal beberapa orang tetamu yang hadir.

Riyaz mengangkat naik sedikit dagu isterinya.Wajahnya yang putih bersih hanya disolek nipis menampakkan begitu natural.Cantik.Pipinya memerah asli.Bulu matanya melentik panjang.Bentuk muka yang ayu dan menggoda ini selalu mengganggu lena malam Riyaz.

Riyaz merenung ke dalam anak mata isterinya itu.Humaira turut membalas.Mira mencuit bahu kakaknya sebelum tergelak kecil.Makin bertambah merah wajah Humaira dibuatnya.Kantoi.Nak bermesra depan orang ramai.

Acara pembatalan air sembayang berjalan lancar.Lensa kamera berkelip kelip menangkap momen indah pasangan anak orang ternama di Malaysia.

Riyaz menarik Humaira merapatinya lebih dekat lagi. Namun Humaira enggan.Dia menggeleng laju.

"Cukup dekat dah ni encik Riyaz.Nak dekat mana lagi?"bengang dia dari tadi dia dipaksa mendekati suaminya itu.Ishh gatal punya mamat ni.

"Rapat sampai tak boleh pisah"bisik Riyaz tepat ke telinga Humaira.

"Gatal"komennya seraya menolak sedikit tangan Riyaz yang sedari tadi melingkat di pinggangnya.Macam laa dia nak lari jauh dari sini kalau Riyaz tak peluk macam tu.Dia sudah naik segan.

"Tunggu nanti malam ni.Aku akan jadi gatal yang kau tak pernah sangka sayang"bisiknya lagi.

Gulpp!!air liur ditelan kesat.Matilanak!!!

Riyaz menahan senyum melihat wajah memerah milik isterinya.Geramnya.Lambatnya nak malam.Jam tangan ditilik sekilas.Huhh baru pukul 2petang.

"Encik saya nak jumpa sepupu saya kat sana kejap."tunjuk Humaira ke arah satu sudut.Riyaz memandang kearah yang dinyatakan.Seketika dia tersenyum penuh makna.

"Jom"belum sempat Humaira berkata apa dia menarik gadis itu mengikutinya.

"Hai cousin."sapanya kepada lelaki yang memakai baju melayu biru laut itu.

Shahizam mengangkat mukanya apabila ada orang menegurnya.Dia menahan perasaan.Manakan tidak.Sepupunya ini sudah lama dia cop dalam dia tiba tiba dirampas orang.Lambat dia bertindak sehingga Riyaz mencantas nya.

"Sayang,abang penat laa"rengeknya sambil mengetatkan lagi pelukan.

Humaira tersenyum kekok.

"Err..Humaira,abang balik dulu.Tahniah atas perkahwinan ini"ujar Shahizam lalu menghulur tangan kepada Riyaz.Riyaz menyambutnya lalu dipeluk ala kadar belakang badan Shahizam.
"Aku tak kira kau sepupu dia ke apa ke.Jangan sesekali dekati dia.Setakat polis cabuk macam kau aku boleh lenyapkan je"Riyaz menepuk nepuk bahu Shahizam.

Tanpa sepatah kata lagi,Shahizam segera mengangkat kaki berlalu pergi.

Riyaz tersenyum sinis.
Humaira bingung.Apa hal peluk lama?

"Sayang...."meleret semacam Riyaz memanggilnya.

Humaira mendongak wajahnya memandang Riyaz.

"Lamanya nak malam kan.hmm"

"Err..umi panggil laa.Saya nak ke sana kejap"terus menonong Humaira meninggalkan Riyaz yang sudah cemberut.

'Nanti kau sayang.Kau lari laa selagi boleh lari.Malam ni aku ikat kau atas katil.Aummm!!!'monolog Riyaz sendirian












Aihhh diorang dah kawin.Author bila nak kawin erkk..Hahaha..Author skip tu buat kawin terus laa..sebab lepas kawin banyak dugaan.So author nak diorang tempuhi dugaan tu.Hahahah..

Tak syabar lerrr tu tunggu malam tu..aip aip..No no no..Tak mau gitu..hhahahaha..






Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now