"Abang Riyaz,abang Riyaz taknak bawak kakak pergi honeymoon ke?"
Uhuk!uhuk!uhuk!.
Laju tangan Riyaz mencapai jus oren dihadapannya sebelum diberikan kepada Humaira.Humaira yang terbatuk batuk itu terus saja menyambut lalu meneguk rakus.Batuknya masih bersisa.Habis merah mukanya akibat batuk itu.Matanya turut sama berair dan merah.
Amira menayangkan muka tak bersalahnya sambil tersenyum menampakkan giginya.Abah dan umi menggelengkan perlahan kepalanya.Budak ni suka hati aje soalan dia.
"Sayang okay tak?"soalnya kepada Humaira.Humaira hanya menggangguk kecil.Dia menundukkan wajahnya.Malu.
"Amira,abang tak boleh bawak kakak Humaira lagi.Sebab sekarang ni musim luruh"selamba badak dia menjawab.Humaira membulatkan matanya.
Abang long dan kaklong sudah bantai gelak.Lawaknya kiasan adik ipar mereka ni.
"Abang Riyaz nak bawak kakak pergi mana?"aihh dik kau dah 18tahun tau.Blur je apa ni.
"Bendera Jep.."
"Umi.Abah.Humaira nak balik rumah Tokwan nanti"sengaja Humaira memotong percakapan suaminya itu.Takkan nak bagitau satu dunia yang dia tengah period.
Riyaz ditepi sudah membuat muka."Haa elok lah tu.Bila nak pergi?"soal abah.
"Esok kot.Boleh abang?"Riyaz memandang Humaira tidak puas hati.Berbincang pun tidak.Tup tup ajak balik kampung.Eh eh eh.
"Abang?boleh kan?sementara Humaira takda kelas ni"pujuknya
Riyaz hanya menggangguk kecil.Siap kau Humaira.Takda sebut pun pasal Tokwan apa ni tetiba aje nak balik.Eh kejap isterinya ada tokwan ke?habis tu kenapa masa majlis kahwin tak ada?
Humaira tersenyum lalu menyambung makan.Suasana dimeja makan menjadi seperti biasa.Abang long yang mengambil alih berbual dengan Riyaz.Kak long sibuk memangku anaknya.Amira dan umi sedari tadi asyik bertanya itu dan ini kepada abah.Hanya Humaira sahaja diam.
Riyaz yang berbual dengan abang long sesekali mengerling ke arah isterinya itu.Humaira mengeluh sebelum bangun.Dia sudah selesai.Takkan nak tunggu lagi.
"Eh nak pergi mana sayang?"soal Riyaz
"Dah siap.Takkan nak tunggu lagi"jawabnya sebelum berlalu.
"Kenapa tak bagitau kau ada tokwan?dan kenapa aku tak pernah kenal pun tokwan?"soalnya sambil mengambil tempat di katil.
Humaira yang sedang mengenakan pin pada selendangnya berpaling ke arah Riyaz.
"Tokwan tak pernah datang sini.Dia tinggal kat Kedah."Humaira kembali ke arah cermin untuk membetulkan selendangnya.
"Habistu takkan masa kita kahwin dia tak datang"pelik Riyaz bertanya.Cucu sendiri kahwin tak nak tengok ke?
"Tokwan tu tak boleh nak tinggalkan kampung dia.Sebab tu saya nak ajak abang balik sana esok"
"Oo.Eh kejap kau tak bincang apa pun kan dengan aku?tup tup ajak balik sana"
"Dah abang tak tanya"
"Kau ni."
"Apa?"
"Tak ada apa.Dah siap belum?"soalnya sambil bangun membetulkan t shirt pagodanya.
"Dah.Jom"Humaira bangun sebelum berpusing menghadap Riyaz.
"Kau dah habis ke period?"tanpa bertapis dia bertanya.Riyaz sudah tidak tahan.Isterinya ini selalu mengganggu imannya.
"Errr"
"Dah ke belum?"Riyaz menjongketkan sebelah keningnya.
Perlahan Humaira mengganggukkan kepalanya.Riyaz menarik senyun penuh makna.Gotcha!
"Dah jom"tangkas dia menarik tangan Humaira menuju ke....katil.
"Eh eh abang.Apa abang ni?"Humaira menarik tangannya kembali.Namun pegangan Riyaz terlampau kuat.
"Aku nak rasmikan apa yang patut semasa malam pertama laa."ujarnya nakal.
"Eh abang.Kita kan nak keluar.Jom laa nanti lambat"
"Hmm.Sekejap aje"
"Takdanya.Dah jom laa..Nanti lambat"Humaira memegang tangannya Riyaz.
Riyaz mendecit halus sebelum melangkah kearah pintu.
"Balik nanti aku tuntut"bisiknya perlahan.Macam laa ada orang lain.
Humaira menarik nafas lega.Biarlaa untuk seketika waktu.
Weh weh korang rindu sape sebenarnya ni Riyaz ke Humaira?
YOU ARE READING
Mr PSIKO(C✔)
Romans"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...