46 mood

13.5K 410 15
                                    

"Sayang..."

"Ya?"Humaira memandang suaminya yang sedang menatap skrin telefon.Hanya mulutnya berbicara.Matanya tidak.

"Come to me"arahnya.Perlahan Humaira melangkah kearah Riyaz yang sedang bersandar pada kepala katil.

"Abang?"Humaira memanggil Riyaz yang langsung tidak memandangnya.

Riyaz dengar tapi buat tak tahu.
"Abang??"masih statik Riyaz.

Humaira mendengus.
Dia mula bangun untuk meninggalkan Riyaz.
Namun,lengannya dipegang kejap oleh Riyaz.

Humaira memejamkan matanya seketika.Dia penat.Entah kenapa sejak pulang dari honeymoon mereka badannya menjadi kurang selesa.Asyik penat.Tidur terlebih pun masih rasa mengantuk.

"Nak pergi mana?"Tunak matanya memandang Humaira.
Humaira diam.Dia malas melayan Riyaz sebenarnya.Ada saja akal suaminya hendak mengusiknya.Tapi malam ni dia betul betul penat.
Tangannya cuba meleraikan pegangan Riyaz pada lengannya.Namun tak berjaya.

Humaira memandang Riyaz meminta agar Riyaz melepaskan.Tapi Riyaz buat tak faham.

"Abang tanya,sayang nak pergi mana?"soalnya lagi.

"Bawah"ujarnya perlahan.

"Buat apa nak pergi bawah?bukan ada apa pun."Riyaz menarik Humaira duduk disebelahnya.Humaira akur.

"Sayang?sayang marah kat abang ke?"

Humaira mengelengkan kepalanya.

"Habistu kenapa sejak balik dari honeymoon kita sayang kurang mesra dengan abang?tak manja dengan abang?"soalnya lembut.Dia tidak mahu isterinya terasa.Humaira diam.

"Sayang bagitau apa salah abang kat sayang.Abang tak boleh hidup macam ni dengan sayang.Kita suami isteri sepatutnya saling berkongsi apa yang sayang rasa."ujarnya lagi.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Humaira menunduk.Sedar akan kesalahan dirinya.Dia tidak sepatutnya layan Riyaz seperti itu.Riyaz tu suaminya.Jadi dia berhak mendapat layanan yang baik.Bukan seperti itu.Dia isteri yang derhaka.Air matanya mengalir turun.

"Hey hey.What's wrong sayang?abang tak marah sayang.Abang tanya sayang je.Please jangan nangis sayang.You'll hurt me"Riyaz menarik Humaira ke dalam dakapannya.Belakang tubuh Humaira diusap perlahan.

"Humaira minta maaf abang.Humaira berdosa dengan abang.Humaira tak sepatutnya buat abang macam tu"tersedu sedan dia menangis sambil menuturkan kata kata.Entahlaa moodnya juga kurang stabil.Dia cepat terasa kini jika ada yang menyentuh perasaan.Dia benci perasaan ini.Cengeng.

"Dah dah.Abang minta maaf okay?jangan nangis dah.Tak comel"Riyaz menyapu lembut air mata isterinya.

Humaira cuba mengukirkan senyuman walaupun kecil.Tetiba dia ketawa kecil.Lucu bila mengingatkan dirinya yang cengeng.Hal macam tu pun nak nangis.

"Asal sayang gelak?"berkerut dahi sang suami.

Humaira mengeleng perlahan.Dia tersenyum kecil lagi.

"Humaira rasa macam lawak aje.Benda macam ni pun nak nangis"
Ketawa kecil muncul lagi dari mulut comelnya.Riyaz juga turut ketawa.Lucu dengan lagak isterinya.

Dia menarik Humaira sebelum mencium dahi gadis itu dengan cermat.

Sebenarnya ada perkara lain yang dia hendak tanya tapi tanya hat tu pun isterinya menangis.Tah tanya yang satu tu boleh meraung bilik ni banjir dengan air mata sang isterinya!






Eh eh hahahahah amacam?ada yang rindu Riyaz dan Humaira tak??Sorry buat yang tunggu citer ni.Busy ni dak SPM ni😆

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now