84 senyum

14.6K 460 58
                                    

USAI urusan pengebumian jenazah abah Humaira,Riyaz yang baru pulang dari kubur segera mencari kelibat isterinya.

Kelihatan umi sedang berbual dengan beberapa orang tetamu yang hadir.

Mommy dan daddyny sudah pulang sejak pulang dari kubur terus pulang.

Riyaz menghampiri umi.

"Umi"tegurnya.

Datin Alia berpaling menghadap menantunya.

Mukanya yang sembab bersama mata merah menandakan dia menangis.

"Ye Riyaz?"soal umi serak.

"Humaira mana?"

"Umi pun tak tahu.Sejak dia balik tadi umi tak nampak dia pun"jawab umi.

Riyaz meminta diri untuk mencari isterinya.Dia mula melangkah masuk ke dalam rumah.Habis segala tempat dan ruang dia terokai bermula dari dapur sehingga ke ruang bilik tidur tingkat atas.Namun tiada.

Tiba tiba dia teringatkan akan taman mini di belakang rumah mertuanya.Segera dia keluar dari rumah tersebut.Kakinya menapak ke arah itu.Pasti Humaira di situ.

Benar telahannya,Humaira sedang bersandar si atas gazebo itu.Isterinya nampak tenang.

"Sayang?"tegurnya sambil punggung dilabuhkan di sebelah Humaira.

Humaira hanya tersenyum tenang.Riyaz perhati saja wajah tenang isterinya.

Sebentar tadi dia bergegas pulang dari pejabat,Humaira telah pulang ke sini tanpa menunggunya.Bagaimana isterinya memandu kereta dengan perut memboyot begitu.

Semasa pengebumian arwah bapa mertuanya langsung tiada air mata yang keluar dari tubir mata isterinya.Dia risau.Risau dengan riak tenang Humaira.

Risau jika isterinya hanya berpura pura tenang itu.

"Sayang.Sayang buat apa dekat sini?"soalnya sejurus hanya melihat Humaira berdiam diri.

"Tak ada apa.Humaira saja datang sini.Rindu dulu dulu.Dulu..abah selalu pujuk Humaira kat sini kalau Humaira merajuk dengan abang Uwais ke dengan umi ke.Humaira datang menyorok dekat sini.Abah yang datang cari dan pujuk Humaira"jelas Humaira dengan tenang.

Walaupun Riyaz dapat menangkap dengan jelas ungkapan penuh sebak yang sedang tertahan tahan itu.

"Humaira..."

"Humaira okay.Abang dah makan belum?Humaira masak kejap eh.Kita tidur sini je malam ni.Boleh tak?"tanyanya dengan senyuman di bibir manisnya.

"Kalau abang banyak kerja,abang balik je rumah kita dulu.Tapi Humaira nak bermalam dekat sini.Lagipun esok abang kerja kan?"soalnya lagi namun belum sempat Riyaz menjawab Humaira  bangun meninggalkan suaminya di situ.

Riyaz mengetap bibirnya kuat.Tangannya mengepal membentuk penumbuk.

Dia tidak sanggup melihat Humaira sedih.

"Sayang kena kuat"








"RIYAZ dah makan belum?kalau belum umi suruh bik ainon hidangkan"ujar umi semasa terserempak dengan menantunya yang sedang menaiki tangga.

Kelibat Humaira tiada.Selepas solat isyak sebentar tadi,Humaira menghilangkan diri.Nak ditanya umi segan.

"Tak pelaa umi.Riyaz dah kenyang"jawabnya sambil tersenyum manis.

Wajah Datin Alya masih sembab.Mungkin akibat banyak menangis kut.

"Riyaz naik dulu ye umi."pamitnya.Umi hanya mengangguk perlahan.Kaki diatur ke ruang tamu.Mencari kelibat anak bongsunya.Sebagai ibu dia perlu kuat menghadapi semua ini.

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now