MEREKA berlima sedang menjamu selera tengah hari pada waktu itu.Si Riyaz masih menyakat ceconet itu.Adakala dia mencubit lengan berketul anaknya itu.Meraung dibuatnya.
Humaira akhirnya menukar tempat dengan Joe.Membawa anaknya jauh dari Riyaz.
Riyaz sudah memuncung tak puas hati
"Sayang.Meh sini laa.Kenapa lari sana.Ish"omelnya tak puas hati.Dia menjeling Joe yang sudah tersengih seperti kerang busuk itu.
"Bos ni suka kacau anak laa.Kesian dia"balas Joe.
Riyaz menjelingnya tajam
"Anak aku.Suka hati laa"
Humaira hanya tergelak bersama Luna.
Riyaz ni kan ada saja.
"Assalamualaikum semua"tegur satu suara.
Serentak mereka berpaling.
Iqbal bersama dengan seorang gadis bertudung labuh.
"Waalaikumusalam"jawab Riyaz mendatar.Joe hanya menjawab dalam hati.Begitu juga Luna.
Humaira terkaku.Iqbal?
"Tak sangka jumpa korang kat sini.Aisyah,kenalkan ni kawan saya.Em korang ni isteri saya,Aisyah"Iqbal memperkenalkannya meskipun tiada yang tanya.Hohoho
Riyaz beriak dingin.Ye ke isteri?Jangan jangan nak amik bini aku.
Humaira tersedar.Apa Iqbal kata?Isteri?
"Ouh.Bila kawin?"tanya Riyaz acuh tak acuh.
"Dah masuk sebulan"jawab Iqbal tenang.
"Ni kad jemputan kenduri ye.Nanti korang datang laa"Iqbal menyuakan sekeping kad kepada Riyaz dan sekeping kad kepada Joe.Mereka mengambilnya sebelum ditilik sekilas.
"Okaylaa.Kami pergi dulu.Nanti datang ye."Iqbal segere meminta diri setelah menyedari dirinya bagai menganggu kontrasi mereka semua.Sempat dikerling bayi dalam dakapan Humaira.
Pasti itu anak mereka.
Riyaz menyedari pandangan itu segera berdehem kuat.
Iqbal menarik senyum kecil sebelum berlalu bersama isterinya.Meskipun dia mencintai Humaira itu dulu.Kini dia sudah beristeri.Jodohnya dengan Siti Nurul Aisyah dan bukannya dengan Humaira Qistina itu.
"Okay bos,terima kasih belanja hari ni.Semoga murah rezeki bos sekeluarga"ucap Joe kepada Riyaz.
Riyaz hanya mengangguk.Dia memandang Humaira yang sedari diam sahaja.Ajak shopping tu taknak.Ajak makan tu tak nak.Ajak main tu tak nak.Diam je sejak jumpa Iqbal tadi.
Ke isterinya masih simpan perasaan dekat mamat tu.
Tak boleh jadi ni.
Selesai menidurkan Rayyan,Humaira bangun lalu keluar dari bilik anaknya.Dia bergerak menuju ke bilik tidurnya.
Riyaz yang masih tekun menghadap laptop itu dipandang sekilas.
Sejak pulang dari Mall tadi Humaira berubah menjadi pendiam.Bukan Riyaz tak perasan hal itu.
"Sayang?"panggilnya kepada Humaira.
"Ye?"sahutnya.
"Sayang kenapa?"
"Kenapa apa?"berkerut dahinya
"Kenapa diam aje sejak jumpa dengan Iqbal tadi?"
Humaira tersentak.
"Maksud abang?"soalnya bingung.
Riyaz ketawa sinis.
"Seriously sayang?You ask me?Why don't you ask yourself.Frust ke Iqbal dah kahwin?"tuduh Riyaz.Matanya mencerlung kepada Humaira.
"Apa yang abang merepek ni.Humaira.."
"Merepek apa bendanya.Dari tadi awak diam tak bercakap macam selalu dengan abang.Perangai awak tu berubah sejak kita jumpa dengan Iqbal tadi kan.Awak masih ada hati dengan dia ke"cantas Riyaz laju.
Humaira menggelengkan kepalanya.
"Ya Allah apa abang merepek ni.Saya cuma cintakan abang sorang saja.Sekelumit pun saya tak ada perasaan dekat Iqbal.Tolonglaa"nafi Humaira.
Dia bukannya ada hati dengan Iqbal cuma dia sangsi dengan kawannya seorang itu.Tiba tiba berkahwin.
"Habis tu kenapa diam aje?"Riyaz bertanya acuh tak acuh.
"Humaira diam sebab Humaira tak tahu nak cakap apa.Abang,tolong laa jangan cemburu macam ni"
"Abang bukan cemburu.Tapi abang nak pertahankan hak abang.Abang taknak abang digelar dayus sebab biarkan isteri abang bermain kayu tiga kat belakang abang."Riyaz mula merapati Humaira.Dia menekapkan dahinya ke dahi Humaira.
"Dalam hati ni,hanya ada Aidan Riyaz sahaja buat selamanya,abang jangan risau lagi dengan cinta Humaira terhadap suami Humaira sorang ni.Meskipun abang dah tak cintakan Humaira lagi kelak.Humaira takkan pernah cari ganti lain.Hanya ajal akan memisahkan cinta kita berdua di dunia.Tapi Humaira selalu berdoa moga moga cinta Humaira buat abang sentiasa bersemai di akhirat jua"luah Humaira bernada sayu.
Riyaz turut tersentuh.
"Abang cintakan sayang lebih dari segalanya.Sayangkan sayang dengan anak kita lebih dari nyawa dan diri abang sendiri.Abang takkan lupakan cinta kita walaupun sesaat.Tolong jangan tinggalkan abang lagi.Abang boleh mati tanpa sayang di sisi abang.Kalau pun sayang nak cari pengganti lain.Tolong cari pengganti tu lepas abang dikambus dengan tanah"
"No abang.Jangan cakap pasal kematian.Humaira dah tak sanggup hilang sesiapa lagi dalam hidup Humaira.Kalau pun semua nak tinggalkan Humaira.Biarkan Humaira yang pergi dulu.Baru hati ni tak sesakit sangat ditinggalkan"balas Humaira
Riyaz segera menarik Humaira kedalam dakapannya.Air mata yang mengalir perlahan pada pipi mulus isterinya diseka berkali kali.Riyaz mengucup kedua belah mata Humaira yang basah dek air mata itu.
"Syhhh..abang takkan tinggalkan sayang.Abang janji sayang.Cinta ni hanya untuk seorang perempuan bernama Humaira Qistina.Tiada belah bahaginya"janji Riyaz.
Dalam diam,Humaira tersenyum bahagia.Dia harap tiada lagi badai yang menimpa rumahtangganya.
Nk release sekali dgn chapter TERTUKAR CINTA.
Boleh usha2 tgk laa chapter tu..huhuhu
YOU ARE READING
Mr PSIKO(C✔)
Romance"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...