"Doktor,macam mana keadaan isteri saya?"soal Riyaz,sungguh terpapar jelas pada raut wajahnya kerisauan yang tiada tolak banding.
Doktor Anita hanya menarik senyum sebelum mengeleng perlahan.
"Tuan Aidan jangan risau,Puan Humaira dan kandungannya selamat.Cuma dia mengalami sedikit pendarahan sahaja.Tak menjejaskan kandungan bayi itu."terang doktor wanita itu.
Riyaz menarik nafas lega sebelum mengerutkan dahinya.
"Punca pendarahan itu,doktor?"
"Saya dapati dia memakan makanan yang mungkin dicampur dengan sedikit racun arak yang selaras dengan makanan yang boleh membuatkan kandungan Puan Humaira."
Makin berkerut dahi Riyaz.Humaira makan apa?
"Tuan Aidan,Puan Humaira bernasib baik sebab kandungan racun arak itu tidak dicampur terlalu banyak.Hanya 35% sahaja.Kalau banyak mungkin..."Doktor Anita berhenti berbicara sebelum mengelengkan kepalanya.Tidak sampai hati nak meneruskan ayatnya.
Riyaz mengangguk faham.
Riyaz meraup wajahnya berkali kali sebelum melangkah masuk kedalam wad persendirian isterinya.
Humaira sedang berbaring mengiring membelakangi pintu.
Riyaz menarik nafas sebelum dihembuskan perlahan.Dia perlu berlembut.Dia nak tahu punca pendarahan Humaira."Ehem"
Humaira segera mengalihkan tubuhnya ke arah Riyaz.Jelas wajahnya sungguh pucat.
Humaira menarik senyum walaupun kelat.
"Abang"
Riyaz mengemam rapat bibirnya.
"Ya."sepatah saja dia menyahut.
"Em..macam mana anak kita?"soalnya lagi.Dia risau.Tapi melihatkan suaminya seperti lain macam dia ketepikan hal itu.
"Okay je.Kandungan kau okay je"lancar Riyaz menjawab.
Kau?tersentak Humaira.Bibir dikemam rapat.Sabar Humaira.Mungkin ada apa apa yang berlaku sehingga Riyaz berubah.Ke dia salah dengar?
"Abang..kenapa abang.."
"Apa yang kau makan haa?"potong Riyaz
Sekali lagi Humaira tersentak.Sah.Tak salah dengar.Riyaz sudah ubah panggilannya.
"Apa yang kau makan sampai anak aku hampir gugur?"melengking kuat suara Riyaz di dalam bilik privacy itu.
Terhinjut bahu kecil Humaira mendengar suara garau dan kuat milik suaminya.
"Aku tanya ni.Apa yang kau makan?Kau sengaja nak bunuh anak aku ke apa?Jawab laa"
Air mata mula mengalir perlahan.Apa salah dia.Riyaz kata tadi takda apa yang berlaku pada anak mereka.Apa yang dia makan?Kelmarin dia keluar dengan Luna lepas tu dia balik Riyaz yang masak.Jadi apa yang Riyaz makan,makanan tu jugak laa yang dia makan.
Wait!Dia jumpa Luna waktu tu dah order makanan.Adakah....?
"Aku tanya jawab.Bukan menangis"tengkingnya lagi.Sebenarnya dia tak boleh tengok isterinya menangis.
"Humaira..Humaira jumpa dengan Luna tapi masa Humaira sampai tu dia dah order makanan.Lepas tu..ab..abang yang..masak malam tu" takut takut Humaira menjawab.
Riyaz tersenyum sinis.Entah kenapa dia panas hati.
"Jadi kau nak kata Luna punca semua ni?"
Laju Humaira menggangguk.
Dan hal itu membuatkan Riyaz makin panas hati.
Segera dia menerpa ke arah Humaira sebelum tangannya naik hinggap kearah pipi merah Humaira.
"Kau jangan sesekali nak babitkan orang lain.Kalau kau nak bunuh anak aku,kau cakap ajelaa.Tak payah nak fitnah kawan aku"ucapnya kasar sebelum melangkah keluar dari wad itu meninggalkan Humaira yang sudah teresak esak menangis.
Sungguh dia tidak sangka,sanggup Riyaz naik tangan terhadapnya semata mata membela Luna.
Tangannya naik memegang pipi manakala sebelah lagi mengusap lembut perutnya.
"Daddy dah tak sayangkan mommy" ucapnya sendu sebelum tangisannya menjadi makin kuat.
Halah halah halah..Tah betul ke tidak citer aku buat ni?ada ke pendarahan cam tu.hahahaha sebab ramai takmau Humaira gugur..Aku xgugurkan dia..cuma jalan konflik aku tukar sikit.Racun arak?apetuuuuuu??tak tahuu..aku pakai tibaiii je😆😆😆😆
YOU ARE READING
Mr PSIKO(C✔)
Romansa"Kalau aku dapat mengandungkan kau malam ni.Kau mesti takkan dapat lari dari aku sayang." "Saya takkan sesekali terima lelaki yang dah rosakkan saya" "I'm sorry sayang.Abang terlampau sayangkan sayang.Abang taknak sayang pergi dari hidup abang.Hukum...