49 usaha

13.8K 400 12
                                    

Riyaz mematikan enjin keretanya sebelum melangkah keluar.Dia memandang kearah rumahnya.Suram je.Isterinya sudah tidur ke?

Kaki melangkah masuk kedalam rumah.Dia membawa kunci pendua sebab malas nak kacau Humaira yang mungkin sudah tidur.

Jam tangan dikerling sekilas,12.45pagi.Lewat dah ni.Pasti Humaira sudah tidur.

Perlahan dia menutup pintu utama.Ruang tamu masih cerah.
Riyaz mengatur langkah ke arah ruang tamu.Tiada sesiapa.
Kakinya diayun ke tangga menuju ke bilik tidurnya namun dia tertoleh kearah dapur yang juga masih terang berderang.Siapa pulak tu?

Takkan Humaira tak tidur lagi kot.
Dengan perasaan yang ingin tahu dia melangkah ke arah dapur.

Terkedu Riyaz apabila melihat Humaira yang tertidur di ataa meja makan itu sambil menekup mukanya ke meja.Makanan di hadapan terdedah begitu sahaja.Ada sebiji kek di tengah meja.

Humaira masak untuk dia?sebab apa?Perlahan kaki diangkat melangkah kearah Humaira.
Pasti isterinya menunggu kepulangannya sejak petang tadi.Timbul rasa bersalah dalam diri dia.

Perlahan dia mengejutkan Humaira.
Terpisat pisat Humaira mencelikkan matanya.

"Eh abang.Dah pukul berapa ni?abang baru balik ke?Humaira masak ni semua untuk abang.Jom kita makan"dengan suaranya yang serak akibat menangis tadi menyapa Riyaz sambil tersenyum manis.

'kesian isteri aku.Maafkan abang sayang'getus hati Riyaz.

Sungguh dia tidak sepatutnya melakukan begitu kepada isterinya.Sah mereka baru berkahwin tak sampai sebulan takkan dah mengandung.

"Sayang.Kenapa sayang tidur sini?abang baru balik.Ada hal tadi.Sekarang dah lewat dah.Lagipun.."

"Tak apa laa.Humaira faham.Abang naik laa.Rehat.Mesti abang penat kan"cantasnya.Tanpa sebarang kata Humaira terus bangun lalu mengangkat pinggan tersebut ke arah ruangan penyediaan makanan di belakang dapur.

Riyaz mengeluh.Kakinya menapak ke arah tangga sebelum mendaki naik ke bilik tidur mereka.

Humaira mengemam kuat bibirnya.Dia sangkakan Riyaz bakal menghalangnya daripada pergi ke belakang tapi Riyaz buat tidak tahu malah terus naik ke bilik.

Air matanya gugur lagi buat sekelian kalinya.

Sudah berjam jam dia menunggu kepulangan Riyaz bersama linangan air mata sehingga tertidur di meja makan.

Petang tadi selepas Riyaz menghantarnya pulang dia terus menyiapkan makan malam mereka berdua tanda minta maaf atas harapan suaminya itu.Kek juga sempat dia buat.Tapi nampaknya semuanya sia sia.

Dia mengambil kek coklat strawberry itu dengan perasaan sayu sebelum memasukkannya ke dalam peti.Esok dia boleh bawa pergi rumah umi dan abah.Bagi mereka je laa.Mesti diorang suka.

Dia cuba menenangkan hatinya.
Lauk pauk yang berbagai jenis dimasak dia memandang sayu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.Membazir.Ye sangat membazir tapi nak buat macam mana takkan ada yang nak makan pun.

Sebenarnya dia sendiri belum makan sejak balik tadi.Tapi seleranya mati begitu saja.Biar laa.

Riyaz merengut sedikit rambutnya.Humaira masih di bawah.Pasti isteringa merajuk lagi.Apahal kau ni Riyaz.Tak boleh ke kau buat isteri kau happy?

Selepas 5 minit Humaira membuka perlahan pintu biliknya.Dia memandang Riyaz yang hanya duduk diam di birai katil.Senyuman kecil dihulur buat suaminya.

"Kenapa abang tak tidur lagi?dah lewat.Mesti abang penat"ujarnya sambil melangkah ke katil.

Riyaz hanya diam.

Humaira turut diam apabila melihat suaminya hanya memandangnya sahaja.Dia merebahkan dirinya sambil mengiring ke arah suaminya.

Dia tahu berdosa andai tidur membelakangkan suami.
Matanya dipaksa untuk tidur.Tapi tahlaa masih tak dapat terlelap.Mungkin sebab Humaira dapat rasakan Riyaz asyik merenungnya.

Tak lama,Riyaz turut membaringkan dirinya disebelah Humaira.Sesaat dia menarik Humaira rapat kearahnya.Tangan dilingkarkan ke pinggang ramping isterinya.

Tersentak Humaira dengan tindakan refleks suaminya.Namun dia hanya mendiamkan dirinya.Dia mengemam kuat bibirnya.

"Abang tahu sayang tak tidur lagi"bisik Riyaz kepada Humaira membuatkan matanya tercelik.Dia memandang Riyaz yang senyum senget itu.

"Sayang.I'm sorry"ujar Riyaz sambil mengucup perlahan dahi licin isterinya.

"Abang tak sepatutnya letak harapan tinggi.Abang baru sedar.Kita baru kahwin.Takkan laa sayang abang dah mengandung"

"I'm sorry sweetheart.Badly sorry.I love you so much sayang"sambungnya lagi sebelum mengetatkan lagi pelukan.

Humaira hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan.

Doanya cuma satu,dia harap Riyaz boleh terima atas segala apa yang akan berlaku kelak.Tidak kira badai apa yang melanda rumah tangga mereka.Tapi sudut hatinya dia turut takut,andai dia yang goyah jika sesuatu yang mengoncang iman mereka.Dia takut sangat untuk kehilangan lelaki yang sudah mula mendapat tempat di hatinya.

"Sayang..abang nak sayang malam ni boleh?"
Ujarnya dengan nakal.

"Hah?dah lewat ni."perlahan Humaira menjawab.

"It's okay.Kita tidur lepas subuh aje"selamba dia melontarkan ayat itu membuatkan Humaira mencubit lengan kekarnya.

"Auch..aduh sayang.asal cubit abang?sakit tauu"ujarnya sambil membuat muncung itik.

Humaira hanya ketawa melihat muncung suaminya itu.Hilang gusarnya.

"Oh gelakkan abang eh.We'll see sayang"lampu tidur dimatikan oleh Riyaz.

Humaira menjerit terkejut manakala Riyaz ketawa nakal.











Haiiihhhh ahhahaha macam macam.Tak sanggup laa nak buat konflik.Yah kau dari sini Luna dan konflik yang melanda rumahtangga Riyaz dan Humaira.Hahahahhaa

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now