17 Rindu

17.2K 466 7
                                    

LIMA hari berlalu seperti biasa,kelas Humaira sudah bermula seperti yang ditetapkan.Tiada lagi gangguan dari Riyaz setelah malam mereka berbual itu.

Humaira menilik jam di pergelangan tangan kirinya.Dah pukul 2 petang.Kelasnya baru habis.Esok dia akan cuti selama beberapa hari.Perutnya berkeroncong minta diisi,baru dia ingat dia belum makan sejak pagi tadi lagi.

Alahai perut!!kesian kau.Aku busy sampai lupa nak isi kau.Humaira bercakap sendirian sambil melangkah ke kafe yang berdekatan.

Humaira memilih nasi ayam pada waktu itu.Dia mengambil tempat di hujung kafe tersebut kerana dia nak tempat yang tenang meskipun tak berapa tenang.Erk?

Mulut kecilnya terkumat kamit membaca doa makan sebelum memulakan suapan pertamanya.Dia mengunyah perlahan2.Baru sahaja suapan kedua hendak masuk ke dalam mulutnya,dia disapa oleh sesorang dari belakang.

Tersedak dia dibuatnya.Segera dia berpaling melihat gerangan orang yang menegurnya.

"Hai"sapa Iqbal tanpa segan silu menarik kerusi dihadapannya lalu duduk.

"Err hai.Iqbal awak buat apa dekat sini?"soal Humaira sambil menahan pelbagai rasa.Dia risau Riyaz akan melihatnya.Eh  kejap.Riyaz outstation laa.Apa yang nak dirisaukan.

"Tengah teman gf saya makan"Iqbal menongkatkan dagunya dengan kedua belah tangannya

"Iqbal.Awak..."

"Ehem ehem...."deheman seseorang mematikan ayat yang Humaira nak bagi kat Iqbal tadi.

Perlahan2 Humaira memusingkan kepalanya memadang kearah belakang sebelum matanya membulat seketika.


Agak agak sape erk yang berdehem tu?Sooooo sorry sebab terlampau pendek..Nah untuk malam ni.. Inshaallah ada masa aku sambung ye😦

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now