39 kampung

18.4K 491 27
                                        

Setelah hampir 4jam perjalanan,akhirnya mereka berdua sampai juga di kampung tokwan Humaira.Riyaz membetulkan urat urat sendinya.

Sejak mereka berdiam tadi,maka tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari Riyaz dan juga Humaira.Sama sama melayan perasaan yang berkecamuk.

Humaira mengeluh kecil.Tangannya membuka pintu kereta,dia memandang Riyaz sekilas yang sedang memejamkan matanya.Penat laa tu.

Riyaz dapat merasakan Humaira yang sedang memerhatikannya.Sengaja dia menutup matanya.Sengaja untuk menunjukkan dia penat.Halah setakat 4jam memandu apa laa sangat.Dia pernah memandu lebih lama dari ni laa.

Humaira melangkah keluar.Dia melihat kearah rumah tokwannya.Lama dah dia tak balik sini.Hampir setahun tak jumpa tokwan.Apa agaknya tokwan nak lakukan terhadapnya.

Humaira mengalihkan badannya memandang kearah sawah padi yang terbentang luas berhadapan dengan rumah kampung itu.Tenang.Dah petang ni lagi laa.Udara tenang meniup lembut.

Ingatannya kembali ke zaman dulu dulu.Sewaktu dia masih kanak kanak,dia pasti akan bermain bersama dengan sepupu sepupunya.Terutama abang shahizam.Sepupunya itu dia rapat sejak kecil tapi apabila menginjak dewasa keakraban mereka menipis.

Tanpa disedari,Riyaz sudah melangkah pergi ke arah rumah Tokwan.Sempat dia mengerling Humaira yang sedang tersenyum sendirian itu.Berangan aje tau.Dah kahwin dengan orang kaya,kacak lagi,masih nak berangan!

"Assalamualaikum"Riyaz melaung sedikit kuat dari arah depan.

Terkocoh kocoh tokwan berjalan keluar.

"Ye ye..Waalaikumusalam"seorang wanita berusia dalam lingkungan lewat 70an keluar melihat Riyaz yang terpacak di depan rumahnya.

"Ye anak?anak cari siapa?"mata tuanya memandang kearah kereta pemuda itu.Oh ada orang perempuan.Humaira yang membelakangi tokwannya tidak dapat dikenal pasti.

"Err.Saya Riyaz.Suami Humaira"terangnya sambil menunjuk kearah isterinya.

Tokwan terdiam.

"Sayang"dia memanggil Humaira agar mendekatinya.

Humaira segera berpaling
"Eh"

Kaki diatur kearah rumah tokwannya.Tangan dihulur untuk bersalam.

Tokwan hanya diam.Salam bersambut.Riyaz turut bersalam.Riyaz menghulurkan senyuman kecil buat Tokwan.

Tokwan membalas.
"Aku tak paham ni.Humaira hang baru reghti nak balik noh.Apo selama ni tak reghti reghti nak balik?"sindir tokwan.

"Err..Humaira sibuk tokwan."Humaira tersengih bersalah.

"Hmm.Ni apa nama kamu?Segak noh laki hang Humaira.Untung hang.Ni hang jaga Humaira macam mana?Humaira hang kahwin aku takdan nak pi aihh.Tak boleh nak tinggal rumah aku ni.Ada itik lembu kambing ayam kucing apa semua.Takkan aku nak tinggal diorang.Aku minta maaf noh"Humaira dan Riyaz berbalas pandangan sebelum tersenyum mengangguk.

"Ni hangpa await tak habaq nak mai sini?aku takdak masak apa apa ni."tokwan mengerutkan dahinya.

Humaira memandang Riyaz.Riyaz mencebik.

"Takapa tokwan.Kita makan kat luar ye"usul Riyaz.

"Eh mana boleh lagutu.Hangpa letih tu.Biar aku pi cari kat kedai sat.Hangpa masuk laa rehat rehat."tokwan mula menyarung seliparnya.

"Ni Humaira.Kamu guna bilik yang depan sekali noh.Lekaih sikit muka laki hang tu nampak letih tu.Kesian.Aku pergi dulu.Kejap lagi aku balik nak masak"tokwan mula melangkah meninggalkan Humaira dan Riyaz.

"Sayang"

"Hmm?"

"Kau cakap tokwan garang.Tak garang pun"pelik.Garang apa macam tu?

"Dah abang tak tengok lagi macam mana dia punya garang.Tunggu sat lagi garang dia keluar.Time tu jugak abang nak balik kl"Humaira mengukirkan senyuman nakal.

"Ya ke?Weh sedapnya kan kat kampung?best ni kalau kita buat baby"ujar Riyaz selamba membuatkan muka Humaira berbahang.

Kuning nya otak dia.Tak kira kat mana.

"Semalam tu macam tak cukup aje kan sayang?"Humaira buat tak endah dengan Riyaz.Dia melangkah masuk kedalam rumah.Riyaz tersenyum nakal sebelum mengikut langkah isterinya itu.Sempat dia membuat muka melihat susuk tubuh badan isterinya.Ah tak sabar nak tunggu malam!





Buwerk!!ada request suruh update lagi.Hahhaha nah aku belanja.
Agak agak tokwan ni garang ke?

Mr PSIKO(C✔)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang