58 only 3days

15.4K 455 54
                                    

'Kalau dengan mintak maaf boleh kembalikan semua sekali,dah lama orang mati boleh hidup'

Kata kata itu masih tergiang-giang di halwa telinga Riyaz.Dia menyandarkan belakang tubuhnya di kerusi pejabat persendirian dirumah miliknya.Sesaat dia memejamkan matanya membayangkan wajah isterinya.

Selepas malam minta maaf itu berlaku Humaira bersikap dingin dengannya.Sudah seminggu berlalu,dia sabar melayan isterinya,mungkin perbawakan budak tapi Humaira hanya acuh tidak acuh sahaja melayannya.

Dia bertekad,takkan mudah mengalah dengan perangai bidadarinya.Dia kesal dengan sikapnya yang lebih mementingkan Luna.

Kini,Luna juga tidak berjumpa lagi dengannya,mungkin takut.

Tok!tok!tok

Riyaz membuka perlahan matanya.Dia menyuruh orang itu masuk.

Terjengul wajah Humaira,serta merta Riyaz menarik senyuman lebar.

"Come in sayang"arahnya.Senyuman manis masih menghiasi wajahnya.Humaira tidak pergi datang mencarinya.

"Humaira ganggu abang ke?"soalnya sambil berjalan menuju ke arah suaminya.

Terkedu seketika Riyaz.Humaira?Abang?Namun dia mengawal riak wajahnya.

"No.Tak ganggu pun"

Sampai di depan Riyaz,Humaira berdiri tegak sambil matanya tak lepas memandang wajah kacak suaminya.

"Sayang,come sit here"Riyaz menarik Humaira duduk di atas ribanya sambil tangannya melingkar erat di pinggang isteringa itu.Perut wanita itu diusapnya,sedikit membentuk.

Darah merah menyerbu wajah Humaira.Kedudukan mereka sangatlah intim.
Deheman kecil dihasilkan bagi menutup gugupnya.

"Abang"panggilnya apabli melihat Riyaz tak habis2 tersengih.

"Ye sayang.Anything you want?"sungguh prihatin suaminya ini.Tapi sayang....

"Humaira nak mintak satu benda dengan abang boleh?"

"Anything for you my babygirl" sahutnya sambil mengucup pipi Humaira.

Humaira terdiam sejenak.

"Sayang?what do you want?"Riyaz mengusap perlahan pipi isterinya.

"Boleh tak,dalam masa 3 hari ni..."
Ayatnya diberhentikan seketika.Sebak mula menguasai dirinya.

"Hmm?"berkerut dahi sang suami.

"Dalam masa 3 hari aje,kita buat macam dulu,masa sebelum kita ada masalah?"
Bibir diketap kuat,menghalang daripada diri menghamburkan tangisan.

"Sayang,apa sayang cakap ni?3 hari?Abang akan jaga sayang seumur hidup abang.Bukan 3 hari aje abang akan bahagiakn sayang.Abang takkan pernah sakiti sayang lagi.I'm swear"janjinya.

Humaira sakit.Sakit mendengar janji 'keling' suaminya itu.Kerana janji,hatinya terluka parah.

"Just 3 days abang,please?"

Riyaz mengucup keningnya berkali kali sebelum mengangguk kecil.Tanpa ada sebarang kemusykilan,dia mengetatkan pelukan itu.

Dia berfikiran bahawa mungkin Humaira nak extra manja darinya.

"Abang,Humaira serious.Just 3days abang layan Humaira seperti sebelum ni.Humaira dah taknak nangis"serentak dia menundukkan wajahnya ke bawah.Menghalang dari mengalirkan air mata.

Dia perlu bertahan.

Demi diri dia,Riyaz.

Dan.

Anak mereka.

"Sayang.Apa yang sayang nak abang akan bagi kat sayang.Abang janji sayang"usai menuturkan kata kata itu,Riyaz melabuhkan ciuman hangat di tengah kening isterinya itu.






PENDEK ENNN?AKU TAHU PENDEK TAKYAH CAKAP DAH😜CHAPTER LEPAS RAMAI YG GERAM KAT RIYAZ EN..HAHAHAH..DULU KEMAIN SYG DIA..SEKARANG KECAM HIDUP HIDUP LAK..BTW TERUSKAN COMMENTS YE..AKU SUKA BACA COMMENTS KORANG..BOLEH HILANGKAN STRESS😂😆

Eh guys..korang yg baca citer ni mostly pompuan kan??ada lelaki x yg turut serta??

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now