20 maaf

18.1K 514 6
                                    

Humaira merebahkan badannya ke atas katil miliknya.Dia terlampau penat.Penat fizikal dan mental.Perlahan lahan ingatannya tertumpu kepada peristiw tadi.Dia menyelak lengan bajunya.Jelas kelihatan lebam yang masih baru di lengannya itu.

Semua ini akibat amarah Riyaz terhadapnya.Tanpa usul periksa lelaki itu terus menghamburkan kata2 kesat kepadanya.

Empangan air matanya sudah lama bertakung akhirnya pecah jua.Dia tidak kuat.Andai saja abah dan umi tahu tentang perkara ini.Pasti mereka risau.

Matanya dipejam rapat sambil air mata tak habis2 mengalir turun.Deringan telefon menarik perhatiannya.Dia menyeluk telefonnya di tas tangannya itu.Melihatkan nama pemanggil membuatkan dia berasa kesal.Segera Humaira mematikan telefon itu.

Tinggal sebulan lebih sahaja sebelum dia melangsungkan tarikh perkahwinannya itu.Adakah dia mampu?
Terang terangan lelaki itu tidak mahu melepaskan dirinya walau apa pun terjadi kelak.

Ketukan dipintu membuatkan Humaira tersentak.Humaira mengesat air mata sebelum berlalu ke dalam bilik air untuk membasuh muka.Tuala kecil dicapai lalu menuju kearah pintu keluar.Tombol pintu dipulasnya.

Umi tersenyum manis memandang Humaira.Humaira turut membalas senyuman uminya itu

"Ada apa umi?"serak basah suaranya.Umi nya mengerutkan dahi sebelum menggeleng perlahan

"Ni tunang kamu ada kat bawah.Katanya hendak jumpa dengan kamu.Dia call kamu tak angkat.Merajuk ke?"

Humaira tersenyum kelat sebelum menggeleng perlahan.
"Humaira tak larat lah umi.Penat sangat.Umi bagitau dia nanti2 lah Humaira call dia balik"
Humaira mencari alasan.Dia tak masuk bersua muka dengan lelaki itu yang sesedap mulut menghinanya tadi.

"Umi bukan apa.Umi nampak dia kusut tu.Pergi lah jumpa dia kejap aje.Lepastu naik lah rehat dalam bilik"pujuk umi lagi

"Humaira dah jumpa dia kat kolej tadi,umi.Dia nak apa lagi?"
Kedengaran sangat malas Humaira bertanya

"Umi tak tahu lah pulak.Pergi je lah.Tak baik buat macam tu dekat bakal suami.Kalau ada masalah bincang elok2.Alam pertunangan memang lah datang dugaan yang besar macam ni"

Keluhan kecil terbit dari mulutku

"Kejap lagi Humaira turun."







"Sweetheart,I'm really sorry for my mistake"dia cuba menggapai tanganku tapi pantas aku menepis.Mataku mencerlungnya memberi amaran.

"Aku minta maaf.Aku terlampau emosi.Sampaikan tak fikir perasaan kau.Aku tak sedar masa tu apa yang aku cakap.Tapi percaya laa takda niat aku nak hina kau sweetheart.Aku mohon sweetheart.Masa tu aku cuma marah sangat sangat sampai habis perkataan tak sepatutnya keluar.Please forgive me baby"ujarnya bersungguh sungguh.

Humaira tidak mengeluarkan sebarang kata mahupun riak.Dia masih sakit hati dengan apa yang berlaku

Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now