83 meninggal

14.3K 414 20
                                    

Sudah tiga hari Humaira keluar daripada hospital,Riyaz juga telah kembali ke pejabat.Kerjanya makin berlambak.

Sikap isterinya yang dingin itu masih dapat dia tahan.Dia melayan Humaira sepenuh hatinya walaupun isterinya berdiam diri dan dingin dengannya.

Dia juga masih tidak lelah mengucapkan kata maaf kepada isterinya,namun Humaira tetap Humaira.Tetap berdegil.

Humaira versi ini lebih susah ditanggani daripada Humaira yang suka melawan.

Humaira yang ini hanya menurut katanya tanpa membantah tapi dengan dingin.Dia tidak suka dengan keadaan ini.

Rambutnya yang lebat tersisir rapi diraup ke belakang beberapa kali.Hampir putus akal nak pujuk isterinya.

Setiap malam selama 2 hari ni patung beruang besar gedabak tu laa yang isteri dia peluk bukannya dia sebagai suami.Dah laa dia kena tidur kat sofa.Sadisnya.
Mengingatkan hal semalam darah cemburu Riyaz terasa meruap naik.

Flashback

"Sayang,peluk laa abang pulak malam ni.Semalam kan dah peluk dia.Sakit badan abang tidur atas sofa tu"ujar Riyaz sambil bercekak pinggang memandang Humaira yang sedang memeluk patung besar itu.

"No.Saya nak tidur.Tak muat ramai ramai"jawab Humaira bersahaja.

Humaira memeluk erat encik beruang itu.

Riyaz mendengus kasar.Dia berjalan menuju ke sofa berkembar itu.Memang laa empuk.Tapi tu sofa.Bukan katil.Riyaz merebahkan badannya ke atas sofa itu sebelum berkalih memandang Humaira yang sudah dibuai mimpi.

Timbul idea di benaknya,Humaira version mengandung ni kalau dah tidur susah nak bangun.Tak kira,aku kena tidur peluk dia jugak.Ada ke nikah nikah peluk beruang tak bernyawa tu.

Bebelnya dalam hati.

Perlahan dia bangub dari pembaringan lalh melangkah ke arah katil.

Wajah tenang isterinya yang sedang tidur itu dipandannya.

Dia menarik patung beruang itu dengan penuh berhati hati.Tak mahu isterinya terjaga.Kalau terjaga nanya aje.

Yes!!berjaya.Patung itu dicampak me bawah.Patung itu tertonggeng mencium lantai

Tu laa kau.Gatal peluk bini aku.Sekarang kau cium lantai tu puas puas.

Riyaz tersenyum sinis.

Dia merangkak perlahan naik ke atas katil.Baru sahaja tangannya ingin memeluk pinggang bininya,Humaira tersedar.

Dia segera menepis tangan Riyaz sebelum bersusah payah bangun dari berbaring.

"Laaa?kenapa bangun ni sayang?"soalnya tidak puas hati.

Humaira menjenguk ke bawah.Tangannya menjangkau mengangkat patung beruang besar itu sebelum ditarik ke atas katil semula.

"Kenapa abang buang patung saya?Dan kenapa abang tidur sini bukan kat situ?"soal Humaira kembali bersama mulutnya terjuih ke arah sofa tempat penginapan Riyaz semalam.

Riyaz meraup mukanya berkali.Nafas ditarik dalam.

"Sayang.Abang nak tidur dengan sayang laa.Sampai hati sayang tidur peluk benda alah ni.Abang kena korbankan dengan tidur atas sofa tu.Sakit belakang abang"jawab Riyaz.Dia berpura pura sedih.

Humaira terdiam sebentar sebelum bergerak turun dari katil.Dengan perut memboyot tu dia mengangkat sekali teddy bearnya.

Riyaz memandangnya pelik.

"Nak ke mana sayang?"soal Riyaz.

"Saya tidur kat bilik lain aje.Banyak bilik kan.Abang tidur je laa kat sini"jawab Humaira sebelum membuka langkah.

Riyaz mengeluh kasar sebelum bergegas turun dari katil.Dia meraih kasar badan Humaira dari belakang.

Dipeluk erat tubuh badan isterinya.

"Sayang,kenapa dengan sayang ni?Abang tahu abang salah sebab buat sayang macam tu.Tapi percayalaa tu semua rancangan prank aje.Bukannya betul pun abang buat semua tu.Sayang marah abang sampai macam ni sekali.Abang takut sayang.Abang takut abang tak kuat nak tahan amarah abang nanti.Abang takut abang terpukul sayang.Nanti susah sayang.Kita baru aje berbaik.Tolong jangan buat abang macam ni.Abang sayangkan sayang sangat.Jangan nak jarakkan hubungan kita."ujar Riyaz.Dia mengecup bahu Humaira berkali kali.

Humaira terdiam.Air matanya bergenang sahaja.Tapi dia segera mengesatnya menggunakan belakang tangan.

Perlahan dia memusingkan tubuhnya menghadap Riyaz.

"Cuba abang letakkan abang dekat diri Humaira.Apa yang Humaira akan rasa bila abang cakap lepas macam tu?Abang buat Humaira macam langsung tak ada perasaan.Walaupun cuma prank yang abang tengking Humaira macamtu hati Humaira terasa sangat.Sakit.Air mata ni macam dah tak ada erti lagi kalau mengalir pun"jawab HumairaDia menarik senyum senget.Walaupun kelihatan sangat hambar.

"Abang mintak maaf sayang,abang janji abang takkan buat macam tu lagi.Abang betul betul mintak maaf"ucap Riyaz sayu

"Mintak maaf lepas tu buat lagi.Kalau dengan maaf tu boleh kembalikan benda yang lalu tu tak apa.Luka boleh disembuhkan tapi parut tu tetap kekal,abang."

Tanpa sebarang kata Humaira terus melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Riyaz sendirian.

Riyaz mengeluh panjang.Deringan telefonnya membuatkan dia tersentak.

"Hello bos"

"Ye,Luke"

"Dato Faris bos,bapa mertua bos kemalangan dan meninggal semasa perjalanan ke hospital."jelas Luke.

Riyaz terkaku seketika.Berita yang diterima daripada anak buahnya itu bukan berita biasa.Bapa mertuanya meninggal?

Humaira?Macam mana dengan isterinya yang sedang sarat itu?Dia tahu ke berita ini.

Segera dia bergegas pulang ke rumah.Untuk memberitahu isterinya.Dan sekaligus mengambil Humaira untuk melihat jenazah.

Dalam hatinya berdoa isterinya tidak apa apa.Semoga kuat menerima berita ini.





HAAAA HAAAA TAK TAU..HUHUHU TETIBA IDEA CANGGINI DATANG..AK BUAT JE LAAA..HUHUHUHUHU

TAH KENAPA NAK SENDU TETIBA CANGGINI.HMM






Mr PSIKO(C✔)Where stories live. Discover now