Bab 3

8.6K 397 8
                                    

"Hai sayang, sorry i'm late. Lama dah tunggu I ?"sapa Maira.

Daniel hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya menandakan dia okey.

Gila tak okey! Makwe sendiri tu, mesti la sayang.

"You balik KL bila?"tanya Daniel.

"You! I baru je ada depan you. Boleh you tanya I balik bila. Nampak sangat you tak sayang I."

Maira acah-acah merajuk.

"Baby.. look at me. I love you okay. Nobody can replace you in my heart."

Daniel memegang tangan Maira lalu diletakkan pada dada bidangnya.

"Can you believe me?"soal Daniel.

"Of course I believe you. Sorry sayang. Tak jadi nak merajuk dengan you."

Daniel ketawa dengan kata-kata Maira.

"Sayang, tak boleh ke you pindah ke KL? Kat sana banyak lagi sekolah yang you boleh mengajar. Susah tau kita nak jumpa."

"No,baby. I tak boleh. I dah ditetapkan dekat sini. Lagi pun sayang beberapa bulan je lagi kita nak kahwin. Sabar ye. Nanti you akan bosan sebab hadap muka I tiap-tiap hari."

Daniel memujuk pujaan hatinya. Rindu tu memang la rindu tapi nak buat macam mana, kerja.

"Alaaa.. you boleh je kerja dengan papa you. Tak payah la jadi cikgu. Nanti ramai pulak budak yang tergedik-gedik dengan you"

Kata Maira, cuba untuk memujuk Daniel pulang ke KL

"I tak layan la budak. I cuma layan you je."

Daniel mencuit hidung Maira sambil ketawa.

Maira terus menarik hidung Daniel.

Mereka terus ketawa selepas Maira melepaskan hidung Daniel.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

"Assalamualaikum mak long!"laung Daniel memberi salam.

"Waalaikumussalam"

Eby menjawab salam. Pintu rumah dibuka dari dalam.

Daniel berpaling apabila terdengar pintu dibuka.

"Niel nak apa?"

Tanya Eby.

"Mak long ada tak?"

Soalan dibalas soalan.

Eby membuat muka menyampah apabila pertanyaannya tidak dijawab.

"Ada. Mak kat dapur. Tengah masak."

Daniel terus masuk ke dalam rumah tanpa sempat Eby menjemputnya masuk.

Hek eleh mamat nihh. Aku tak jemput pun dia masuk. Sengal betul kau Daniel.

"Mak long."

Sapa Daniel. Dia bersalam dengan Puan Wardi dengan penuh hormat.

"Bila Niel sampai?"

Tanya Puan Wardi.

"Baru je sampai. Mak long masak asam pedas! Sedapnya!"

Kata Daniel dengan penuh teruja.

"Mak masak untuk Eby lah. Bukan untuk Niel. Sibuk je dia nak makan orang punya."

Sampuk Eby.

"Ada aku kisah. Tak ada nama kau pun. Masak sendiri malas, mak long yang masak mengaku dia punya"

Balas Daniel.

Eby hendak membalas kata-kata Daniel tetapi Puan Wardi sempat menghalang sebelum mereka bergaduh.

"Dah.. jangan bergaduh . Siap nanti mak panggil makan. Kita makan sama-sama. Daniel pergi la solat asar dulu"

Kata Puan Wardi.

Daniel sempat meluku kepala Eby sebelum keluar dari dapur.

Eby tidak sempat untuk membalas balik perbuatan Daniel kerana dia terlebih dahulu melarikan diri dari Eby.

Cehh..tahu takut.









































Daniel's GirlWhere stories live. Discover now