Bab 85

13.6K 333 25
                                        

Eby memandang sayu kubur yang masih merah. Tiada lagi ketawa girang anak kecil. Air matanya sudah kering. Menangis sehingga keluar air mata darah pun tiada apa yang berubah.

Puan Wardi mendekati Eby. Belakang anak perempuannya digosok lembut. Dia faham perasaan ibu muda ini. Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan anak yang dikandung selama sembilan bulan.

"Eby..jom kita balik sayang. Dah nak hujan ni." Tiada sahutan dari Eby. Puan Wardi mengeluh halus. Pandangannya juga turut dilemparkan ke arah kubur Darwish.

"Mak, macam mana Eby nak teruskan hidup tanpa Darwish?" soal Eby perlahan. Puan Wardi diam seketika untuk mencari jawapan yang terbaik buat anaknya.

"Eby sayang Darwish kan?" soalan dibalas dengan soalan.

"Kalau Eby sayangkan Darwish, Eby kena redha. Semua ni ketentuan Allah sayang. Mungkin ada hikmah untuk Eby. Masa ni kita belum nampak apa hikmah yang berlaku di sebalik semua ni. Suatu hari nanti sayang akan sedar dan dari situ sayang akan bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Apa yang penting, disini..iman sayang kena kuat." Tangannya diletakkan di dada Eby. Wajah pucat anaknya dipandang dengan penuh kasih. Dia turut bersimpati dengan nasib Eby tetapi dirinya tidak mahu menunjukkan kesedihan kepada Eby.

"Jom kita balik. Kalau hujan susah pula nanti." Eby menggeleng. Masih mahu menemani anaknya.

"Mak pergilah dulu. Nanti Eby menyusul. Eby nak temankan Darwish sekejap." Ucapnya tanpa mengalihkan pandangan dari kubur anaknya. Awan yang semakin gelap tidak menghalang dirinya untuk terus duduk di samping kubur Darwish. Puan Wardi terpaksa mengalah dan bergerak menuju ke kereta.

Hujan mula menitis di permukaan bumi. Hatinya terasa berat sekali untuk meninggalkan Darwish. Maafkan mama,sayang. Maafkan mama..mama sayangkan Darwish. Mama rasa bersalah sebab mama tak benarkan Darwish jumpa dengan papa.

💝

"Mak, Eby mana?" Puan Wardi melemparkan senyuman buat menantunya. Keadaan menantunya nampak berserabut sahaja.

"Dalam bilik. Boleh Daniel bawa naik makanan ni untuk Eby? Dari pagi tadi lagi dia belum makan." Pinta Puan Wardi. Daniel mengangguk lalu mengambil dulang yang berisi makanan menuju ke bilik yang didiami oleh isterinya.

Pintu bilik diketuk lalu dipusing tombol pintu. Kelihatan Eby masih termenung  sambil menyandar di kepala katil.

"Eby.. Ni abang bawakan makanan. Mak kata dari pagi tadi belum makan." Eby hanya membisu. Daniel meletakkan dulang di atas meja bersebelahan katil.

Punggung dilabuhkan di birai katil. Wajah Eby direnung buat seketika. Kenapa aku biarkan isteri aku menderita seorang diri? Kenapa aku sakitkan isteri aku sendiri? Kenapa aku bodoh sangat tinggalkan Eby? Daniel mengeluh halus. Semua masalah ini berpunca dari dirinya sendiri.

"Maafkan Eby.." Daniel tersentak. Eby meminta maaf darinya?

"Eby minta maaf sebab Eby marah abang jumpa dengan Darwish.." Tidak semena-mena air matanya jatuh apabila teringatkan Darwish. Masih lagi tersemat di fikirannya betapa gembira anak kecil itu berjumpa dengan Daniel semasa berada di rumah nenek dan tok babahnya.

"Bukan salah Eby. Abang yang patut minta maaf. Kalau abang tak hilang ingatan semua ni takkan berlaku. Kita hidup bahagia bersama Darwish." Air matanya bergenang di tubir mata. Kehilangan Darwish begitu menyakitkan dirinya.

Daniel berpaling menghadap Eby. Tangan Eby digenggam perlahan. Tangan kecil ini yang selalu membelainya dahulu.

Eby menahan rasa. Rindu? Ya..dia rindukan Daniel. Daniel yang lama. Pada masa yang sama rasa takut jika Daniel akan menyakitkan dia kembali.

Daniel's GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang