Bab 47

4.1K 232 14
                                    

Eby diam membisu memandang wajah mertuanya. Datin Ros ingin menghalau Maira tetapi ditegah oleh Dato' Kamal. Tidak mahu menimbulkan kekecohan di hospital.

Eby setia berada di sisi Daniel. Kalau boleh dia tak nak langsung Maira berada dekat dengan Daniel.

"Auntie, uncle, dah berapa lama Daniel jadi macam ni?" lembut Maira bertanya. Datin Ros tidak mempedulikan soalan Maira. Terpaksa Dato' Kamal membuka mulut.

"Dah nak masuk tiga bulan. Mana suami kamu? Tak datang sekali ke?" Sengaja Dato' Kamal bertanya tentang suami Maira.

Maira senyum segarit. "Saya dah bercerai dengan dia sebab kitorang tak pernah sehaluan dengan dia. Lagipun dia pilihan keluarga saya."

"Jadi kau datang ke sini, nak Daniel balik. Lepas kau ludah,kau nak jilat balik ludah kau tu. Perempuan jenis apa kau ni?!" Datin Ros tidak boleh menahan kesabarannya. Perempuan ini sudah malukan dia sekeluarga dan tidak akan menerima Maira kembali sebagai menantunya.

Maira menunduk. Itu semua salah dia kerana mengikut kata keluarganya sehingga dia yang terseksa. "Auntie, uncle, saya sayangkan Daniel. Saya minta maaf,saya tahu saya salah. Saya dah malukan keluarga auntie dengan uncle. Saya boleh jaga Daniel kalau auntie dengan uncle izinkan." Air mata mula mengalir di pipi. Wajah Daniel dipandang simpati.

Eby sudah cuak mendengar kata-kata Maira. Tak boleh! Abang Daniel milik aku! Abang Daniel sayangkan aku. Malangnya,semua itu hanya berlegar dalam hatinya.

Maira memandang gadis yang tidak mahu berginjak dari sisi Daniel. Perasaan cemburu mula menyerbu dirinya.

"Maira..Daniel dah kahwin. Isteri dia boleh jaga dia. Kamu tak perlu susah-susah nak jaga Daniel." Lembut Dato' Kamal memberitahu kenyataan itu. Daniel dah beristeri, semestinya isteri dia yang ingin menjaga suaminya.

Membulat mata Maira. Tak mungkin Daniel dah kahwin. Kenapa dia tak pernah tahu tentang ni?

"Dengan siapa?" Dato' Kamal menunjuk ke arah Eby. Maira memandang Eby yang masih beruniform sekolah. Tak mungkin budak mentah ni isteri Daniel.

"Uncle,jangan la bergurau. Kalau uncle bencikan saya pun tolong la jangan buat macam ni." Maira seakan-akan merayu. Dato' Kamal tetap jua mengiyakan fakta tersebut.

Maira mengela nafas berat. Susah untuk dia menerima semua ini. "Uncle,auntie, tak apa la. Saya balik dulu ya. In Sha Allah,saya datang lagi melawat Daniel." Tangan dihulur untuk bersalam dengan Datin Ros. Nak tak nak je Datin Ros menyambut.

"Sayang,biarkan dia okey. Yang penting Eby yang jaga Daniel." Eby mengangguk. Tiada wajah yang ceria. Hatinya tetap gusar dengan kata-kata Maira. Macam mana kalau tiba-tiba dia datang nak rampas Daniel darinya.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Tiga bulan Eby tidak lekang menjaga Daniel. Semuanya dia yang menguruskan diri Daniel. Memotong kuku Daniel yang kian memanjang,mengelap tubuh Daniel tiga kali sehari. Walaupun ibu mertuanya ingin menolong,dia menegah. Dia ingin melakukan sendiri. Sebelum ini Daniel yang banyak menjaganya,jadi apalah sangat jika dia yang menguruskan semua.

Selama tiga bulan itu juga, Maira tidak lepas dari melawat Daniel. Dia yang menyibuk nak lakukan semua kerja Eby. Bila hanya mereka berdua sahaja di bilik itu bersama Daniel, Eby selalu dimaki hamun olehnya.

"Kau memang saja je kan nak tunjuk konon-kononnya kau tu menantu mithali. Padahal perangai macam sial!" Dahi Eby ditunjal kuat.

"Kau dengar sini, lepas Daniel dah sedar aku akan ambil balik Daniel dari kau! Aku tahu Daniel masih cintakan aku!" Kain basah dirampas dari tangan Eby lalu badan Daniel dilap dengan lembut.

Eby cuba untuk mengambil kembali kain basah tersebut. Dia tidak sanggup melihat Daniel disentuh oleh perempuan lain. Apa yang Eby dapat hanya tolakan kuat dari Maira sehingga dia terjatuh ke lantai.

Sedang mereka bergaduh, dada Daniel berombak kuat. Eby menjadi cemas melihat keadaan suaminya. Butang merah di kepala katil ditekan berkali-kali.

Beberapa minit kemudian, doktor bersama tiga orang jururawat sampak ke bilik Daniel. Mereka berdua diminta keluar untuk memeriksa keadaan Daniel. Maira menjeling tajam ke arah Eby yang sibuk menekan sesuatu pada telefonnya dengan wajah cemas.

.

"Alhamdulillah. Terima kasih doktor." Dato' Kamal berterima kasih kepada doktor. Selepas enam bulan akhirnya Daniel sudah sedar. Meluru Eby masuk ke dalam bilik lalu memeluk Daniel dengan erat. Eby sudah teresak di bahu Daniel.

"Abang, Eby rindu abang." Dato' Kamal dan Datin Ros masuk ke dalam bilik diikuti dengan Maira.

Daniel menolak sedikit tubuh Eby darinya. "Kau kenapa? Datang sini terus peluk aku siap panggil aku abang." Eby terkejut dengan cara percakapan Daniel. Abang janganlah bergurau..






















Sakit hati esok je la ehh.. Esok pon mungkin double chap sbb sis dh x sabar nk habiskn Daniel's Girl 👯



Please vote and comment💕


Daniel's GirlWhere stories live. Discover now