Rifqie POV
Selesai solat isyak berjemaah, semua ke ruang dapur. Kalau musim cuti sekolah memang macam ni. Penuh satu rumah. Solat pun berjemaah. Nasib baik rumah ni besar.
Semua duduk di meja makan. Budak-budak kecil duduk di bawah. Biasa la cara kampung. Lagipun memang dah biasa dengan cara macam ni walaupun mak ayah berpangkat dato' datin.
Lagipun aku lebih suka dengan cara kampung.Di meja makan masih ada tempat duduk tapi aku sengaja makan dekat bawah ni sebab nak balas balik apa yang budak 'baik' ni buat dekat aku petang tadi.
Masuk je dua orang tu,diorang pun join sekali dengan aku sampai atuk pun tegur.
"Daniel,Rifqie,Hariz..kenapa duduk dekat bawah tu? Dekat sini ada ruang lagi."
"Tak apa la atuk..kitorang makan dekat sini je la. Lagipun kitorang mana boleh berpisah dengan baby ni." Aku menarik geram pipi Eby sampai mengaduh budak tu. Free-free aku dapat jelingan maut. Auchh! Tergoda I hahaha !
Memang tidak boleh dinafikan, kami berempat sangat rapat walaupun selalu bergaduh. Aku pun pelik macam mana Eby boleh rapat dengan kitorang sebab kitorang saling bergurau kasar. Mungkin dengan gurauan kasar macam tu yang merapatkan hubungan kitorang sebagai sepupu.
Aku senyum kepada Hariz yang duduk berhadapan dengan aku. Aku tahu Hariz pun geram dengan Daniel sebab perkara petang tadi. Tapi tak apa malam ni kitorang balas.
💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗
Selesai semua makan,semua lelaki menuju ke ruang hadapan. Buat apa lagi kalau bukan berbual. Tinggal la kaum hawa di ruang dapur.
Tapi bukan bagi tiga orang teruna. Mereka ada idea jahat untuk kenakan Eby.
"Siapa la yang rajin nak basuh pinggan ni ye?" Datin Yasmin,ibu kepada Hariz tiba-tiba bersuara.
Tiga orang lelaki dah tersengih mendengar kata-kata Datin Yasmin. Memang senang la kerja diorang kalau macam ni.
Tanpa rasa bersalah Hariz menyebut nama Eby dan mengangkat tangan Eby yang sedang minum air.
Cepat-cepat Eby menarik tangannya. "Ibu tahu anak ibu rajin. Sayang tolong ya." Datin Yasmin mengusap kepala Eby sambil menyelitkan rambut Eby di telinganya. Sempat Datin Ros mencium pipi gebu Eby sebelum berlalu pergi.
Eby memandang Hariz dengan geram. Suka hati dia je angkat tangan orang. Terpaksa la Eby melakukan aktiviti membasuh pinggan.
Sedang Eby "mengerjakan" pinggan mangkuk dalam sinki, ada lagi seekor chimpanzi pergi meletakkan pinggan-pinggan yang kotor. Siapa lagi kalau bukan Rifqie. Nampak sangat nak balas dendam.
Nenek hanya menggelengkan kepala melihat cucu-cucu lelakinya mengenakan Eby. 'Cucu-cucu aku ni , semua dah ada kerja bagus. Tapi perangai tetap tak berubah. Suka sangat mengusik'
"Pergi la sesiapa tolong Eby. Banyak tu kena basuh, nak kena lap lagi." Nenek mengeluarkan cadangannya. Terus sahaja si Rifqie memberi alasan panas berada di dapur lalu mengheret Hariz keluar dari dapur.
Daniel yang perasan dengan pandangan neneknya terus menuju ke arah Eby. Mana boleh nak menolak kalau dah nenek memberi harapan.
Daniel menolak Eby ke tepi. Dia mengambil kain lalu mengambil pinggan yang telah dibasuh untuk dilap.
Eby memandang Daniel dengan pandangan pelik. "Tak payah nak pandang macam tu. Kalau bukan sebab nenek dah lama aku cabut. Aku ingatkan diorang nak kenakan kau seorang je sekali dengan aku terlibat." Panjang pulak mamat ni membebel. Tak puas hati la tu.
"Dari tadi lagi Eby nampak diorang cari peluang nak kenakan Niel. Tapi Niel je tak perasan." Daniel menunduk memandang Eby. Kenapa la budak ni pendek sangat.
"Maksud kau, kau dah tahu diorang nak kenakan kita?" Berkerut muka Daniel menanyakan soalan itu.
Eby mengangguk kepala. "Eby memang dah nak cabut tadi tapi tak sempat. Ibu tanya soalan maut tadi." Daniel ketawa. Tercebik-cebik mulut Eby bercerita kepada Daniel.
"Tak apa. Esok kita balas balik nak?"tanya Daniel.
"Nak buat apa?"
Daniel menarik Eby ke meja makan seusai selesai kerja mereka. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dapur. Daniel memberitahu rancangannya dengan muka yang bersungguh.
Eby menepuk tangan. Dia tidak sabar untuk esok. Memang habis la Hariz dengan Rifqie nanti.
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Novela JuvenilPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...