Bab 38

4.8K 270 7
                                        

Tangan Eby yang berbalut digosok perlahan. Dari semalam dia belum sedarkan diri. Daniel terpaksa mengambil cuti,tak nak menyusahkan ibu mertuanya. Lagipun Eby tanggungjawabnya. Perbualannya dengan Adrar masih terngiang-ngiang di telinganya.

Daniel mematikan enjin kereta setelah selamat sampai di rumahnya. Dia mengeluh melihat Adrar masih berada di luar rumah,bermain gitar.

Daniel mendekati Adrar lalu melabuhkan penggungnya di kerusi batu. Adrar mengerling sekilas ke arah Daniel dan meneruskan bermain gitar.

"Adrar, aku.."

"Kau tak payah cakap apa-apa Daniel." Nafasnya dihela berat. "Aku tak sangka kau tikam belakang aku. Selama ni aku percayakan kau tapi kau..berseronok dengan Yuya. Aku rasa macam diri aku ni bodoh sangat."

Daniel menunduk. Hanya dia Adrar menceritakan semua rahsianya. "Aku tahu aku jahat,Ad. Tapi ini semua takdir yang telah ditetapkan. Mengelak macam mana pun, semua ni tetap akan berlaku jugak."

Adrar tersenyum sinis. Hebat rakannya bermain kata. "Takdir? Sekarang ni kau bercakap pasal takdir? Bangga aku ada kawan macam kau." Mukanya mula merah menahan marah.

"Dah la Daniel! Beri aku masa untuk terima semua ni.." Matanya dipejam untuk sesaat. "Kau kawan aku..aku takkan musnahkan rumahtangga kau walaupun kau dah buat aku macam ni sekali." Suaranya mula mengendur. Lalu dia bangun meninggalkan Daniel bersendirian.

"Ermmhh..abang.." Daniel terkejut dari lamunannya. Mata Eby terpisat-pisat untuk dibuka,mungkin silau dengan cahaya lampu. Tangannya menutup separuh dahi Eby untuk menghalang Eby daripada silau.

"Abang dekat sini sayang." Rambut Eby dibetulkan sedikit. Dia yang meminta supaya Eby dipindahkan ke bilik VIP. Senang untuk dia menjaga isterinya,auratnya pun terjaga dari bukan muhrim.

Terkebil-kebil mata bulat itu memandang Daniel di sebelah. "Macam mana Eby boleh ada dekat sini?" Daniel menghalang Eby dari berbaring,risau jika tertindih wayar. Bahagian atas katil ditinggikan dan bantal dibetulkan untuk keselesaan Eby. Begitu sayangnya pada gadis bernama Yuya Irdina.

"Abang, jawab la soalan Eby." Tangan Daniel disentuh lembut. Daniel mengeluh perlahan memikirkan jawapan untuk diberi pada Eby.

"Eby pengsan dekat bilik sukan. Cikgu Adrar yang bawa Eby datang ke sini. Abang minta maaf Eby, abang tak ada masa Eby perlukan abang. Maafkan abang." Daniel menyandarkan pipinya pada bahu Eby. Tubuh kecil itu dipeluk sedikit.

"Cikgu Adrar? Habis tu dia.."

"Dia dah tahu pasal kita. Dia marah sangat sebab abang kahwin tak bagitahu dia." Daniel terpaksa menipu Eby. Sama sekali dia tidak akan memberitahu perkara sebenar.

Eby rasa bersalah terhadap Daniel. Semua ni salah dia tapi Daniel yang kena tempiasnya. Seminit kemudian, baru dia teringat tentang Azyanie. Baru sahaja Eby ingin membuka topik tentang Azyanie,Daniel terlebih dahulu memintasnya.

"Kenapa Eby tak cakap yang selama ni Azyanie yang buat pada Eby? Pasal dahi Eby luka dia ke yang buat?" Eby mengelak dari bertentangan mata dengan Daniel. Jelas dari mata Eby mengiakan semua itu.

"Eby minta maaf."

"Bukan salah sayang. Sepatutnya abang yang mengelak dari perempuan tu dari awal lagi." Pipi Eby diusap perlahan. Ada kesan lebam pada pipi gebu,kesan tamparan dari Azyanie.

"Tapi dia dah tahu kita kahwin." Tiada sebarang reaksi terkejut dari Daniel. Eby mula berasa pelik,takkan la Daniel dah tahu?

"Abang tahu. Sayang, abang tak nak cakap pasal ni lagi please." Tubuh Eby dipusing ke arahnya lalu satu kucupan hangat mendarat pada dahi Eby. Daniel ketawa perlahan melihat Eby malu-malu. Kenapa comel sangat budak kecik ni?

Eby tersenyum manja sambil bermain dengan rambut Daniel. Kemudian, tangannya turun ke pipi dan dagu suaminya. Daniel hanya membiarkan Eby menyentuh wajahnya,tidak lepas dari memandang wajah mulus isterinya. Kuat ke diri dia jika ditakdirkan dia berpisah dengan isterinya suatu hari nanti?

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Tamat sahaja waktu sekolah,Daniel bergegas ke keretanya untuk ke hospital. Petang nanti Eby dah boleh keluar.

Ketika dia ingin membuka pintu kereta,tangannya disentuh dengan lembut. Terus dia merentap tangannya untuk menjauhi tangan asing itu darinya.

Dadanya berombak kencang melihat muka yang paling dibenci. "Awak dah tak tahu hukum agama hah!?" Azyanie berlagak biasa,tidak terkesan langsung dengan kata-kata Daniel.

"Alah..sentuh sikit je pun. Tu pun nak berkira." Daniel mula berang dengan perangai tak senonoh Azyanie. Sentuh sikit nak berkira? Kalau bukan disekolah memang dah lama kena lempang, lebih kuat dia buat pada Eby dulu.

"Aku rasa baik kau pergi belajar balik apa yang ustazah ajar kau dulu. Kau memang tak layak jadi cikgu la!" Kesabarannya sudah mencapai tahap maksimum. Tiada lagi awak-saya seperti sebelum ini.

"Habis tu kita kahwin. Senang! Tiada lagi benda yang menghalang kita." Pipi Daniel cuba untuk dipegang namun pantas ditepis oleh Daniel.

"Kau memang dah gila perempuan! Mana maruah kau?! Suka hati kau pijak maruah sendiri demi seorang lelaki!" Suara Daniel mula naik seoktaf. Tidak tahan dengan spesies yang tidak tahu malu.

"Memang! Memang aku dah gila! Aku gilakan kau! Tapi kau buat tak tahu yang aku suka kau,kau lebihkan Yuya perempuan sial tu!" Terus pipinya terasa pijar dengan tamparan Daniel. Terketar tangan Daniel akibat menahan marah yang menggunung.

"Kau jangan nak libatkan Yuya dalam perkara ni. Dia tak ada kena mengena langsung dengan benda bodoh kau ni!" Jari telunjuk Daniel tepat ke arah muka Azyanie. Dia tak suka orang lain bercakap buruk pasal isterinya.

Pintu kereta dibuka lalu keretanya terus memecut meninggalkan Azyanie bersendirian yang memendam perasaan dendam.

Adrar dan Nazrin hanya memerhati mereka berdua dari jauh,tanpa sedikit rasa untuk mencampur hal mereka berdua.

Nazrin mengerling sekilas ke arah Adrar untuk melihat sebarang reaksi Adrar. Tetapi lelaki itu hanya beriak kosong,sekosong hatinya.

"Daniel memang sayang gila kan pada Yuya." Adrar memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Senyuman pahit terukir di bibirnya.

"Macam yang kau nampak Ad. Daniel dengan Yuya sama-sama menjaga hubungan diorang. Kalau tak Yuya takkan sanggup dipukul oleh Azyanie. Kasih sayang antara diorang begitu kuat Ad." Nazrin mula meninggalkan Adrar dan menuju ke arah superbike merahnya untuk pulang ke rumah.

Adrar termenung sambil memikirkan kata-kata Nazrin. Dia nampak Daniel dan Yuya saling melindungi. Tak ada gunanya dia memisahkan mereka berdua.

'Adrar, kau kena maafkan Daniel. Betul kata Daniel,semua ni sudah ditakdirkan untuk aku. Aku kena kuat dan aku perlu move on dari semua ni.'

























Please vote and comment💕

Daniel's GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang