Terpisat-pisat Eby cuba mencelikkan matanya. Ruangan hospital yang di dudukinya diperhati untuk mengingati perkara yang berlaku semalam. Pandangannya teralih apabila pintu dibuka dari luar. Daniel dengan wajah serius mendekati katil Eby.
Eby menunduk daripada memandang muka Daniel tanpa senyuman. Pasti dirinya akan disembur kemarahan Daniel. Terdengar keluhan berat yang dilepaskan oleh Daniel.
"Suka la kau boleh duduk lama-lama dengan aku." Eby memandang Daniel dengan pandangan pelik. Apa maksud dia berlama-lamaan dengan dia?
"Eby tak faham. Kenapa abang cakap macam tu?" Daniel tersenyum sinis. Kau memang pandai berlagak suci budak.
"Tak payah nak berlagak baiklah perempuan. Aku dah naik menyampah tengok muka kau. Dahlah muka tu tak berapa nak cantik, hati busuk!" Tempelak Daniel. Kalau bukan sebab mereka berada di hospital, dah lama muka Eby ditamparnya.
Sedih mendengar kata-kata suaminya. Namun, disabarkan hatinya yang kian sakit. Selagi dia mampu, dia akan bersabar.
"Macam ni la Eby, aku malas nak terikat apa-apa hubungan dengan kau dalam masa yang lama. Cukup dengan status sepupu je. Lagipun, aku tak cintakan kau..."
Eby menadah telinga apa yang hendak dikatakan oleh Daniel. Adakah dirinya akan diceraikan pada waktu ini?
"Aku nak kau gugurkan kandungan kau tu. Lebih cepat kau gugurkan, lebih cepat aku akan lepaskan kau." Tidak berhati perut Daniel berkata begitu kepada Eby.
Eby yang tidak mengetahui dirinya mengandung, menyentuh perutnya yang kempis. Dalam ni ada satu lagi nyawa.. Nyawa yang tidak berdosa.
Kepalanya digeleng perlahan tanda tidak bersetuju dengan cadangan Daniel. Apapun berlaku dia takkan berbuat begitu. Mengugurkan kandungan merupakan perkara berdosa besar jika tiada sebab yang munasabah.
"Eby tak nak.. Eby takkan gugurkan kandungan ni. Dia tak berdosa, kenapa abang nak dia mati? Ni anak abang jugak!" Suara Eby naik seoktaf. Jika dirinya dicaci, dimaki dan diherdik oleh Daniel, dia masih boleh bersabar. Tetapi perkara ini melibatkan nyawa. Nyawa anaknya, dia takkan buat semua tu. Walau apa pun, dia akan lahirkan anaknya itu.
"Kau memang degilkan bodoh!" Rambut Eby dicengkam kuat dari belakang sehingga terdongak kepalanya.
"Kau jangan nak buat aku marah Eby. Aku tak nak anak dalam kandungan kau tu. Tak pasal-pasal sial dia terkena pada aku!" Terus ditolak kepala Eby dengan kuat sehingga terhantuk pada besi katil.
"Abang mengarut! Dia bukan pembawa sial. Dia anak abang, anak yang sah!" Tempik Eby.
Pangg!
Pijar terasa pipinya ditampar oleh Daniel. Lebat air matanya membasahi pipi. Berombak dada Daniel menahan perasaan amarah. Memang menguji kesabarannya.
"Apa salah anak kita?" Daniel mendengus kasar dengan soalan Eby
"Itu anak kau! Bukan anak aku." Ditunjal kepala Eby berkali-kali menyebabkan Eby menangis lebih kuat.
"Kau dah gila ke Daniel!?" Marah Hariz. Mencerlung tajam Daniel memandang Hariz dan Rifqie yang baru sahaja masuk ke dalam wad.
"Bela lagi budah sial ni! Dia dengan budak dalam perut dia tu sama-sama sial. Suka menyusahkan orang!" Terkejut mereka dengan reaksi Daniel. Hariz yang tidak dapat menahan perasaan marah yang membuku dalam hatinya terus menghayunkan penumbuknya ke arah muka Daniel sehingga terjelopok ke lantai sepupunya itu.
Daniel terus bangun dan mengesat darahnya yang mengalir di tepi bibirnya yang pecah. Tidak menghiraukan rasa kesakitan yang menyengat, kolar baju Hariz digenggam. Dia ingin membalas tumbukan Hariz namun sempat dihalang oleh Rifqie.
"Dahlah! Tengok tempatlah nak bergaduh pun." Daniel menepis kasar tangan Rifqie. Sakit hati dengan kedua-dua sepupunya yang menyebelahi Eby.
Dia bergerak ke arah katil Eby. Muka Eby dipegang dan dialihkan ke arahnya dengan kasar.
"Kau dengar sini betina! Kau nak sangat lahirkan budak sial tu,silakan! Aku tak kisah sedikit pun pasal kau. Apa yang penting aku takkan keluarkan satu sen pun duit aku untuk kau dengan budak sial dalam perut kau tu! Simpan dalam kepala otak kau." Muka Eby ditolak sehingga terteleng.
Daniel terus keluar dari wad tersebut. Bahu Hariz dilanggar dengan kasar menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Berdentum pintu wad.
"Eby.. Sabar ya." Simpati melihat perempuan di hadapannya. Pipi Eby yang kemerahan diperhati.
"Kenapa nasib Eby jadi macam ni, Rifqie? Apa dosa Eby?" Kuat tangisannya pecah. Begitu sakitnya hati dia mendengar kata-kata Daniel. Suaminya tidak mahu bertanggungjawab apa yang telah dia lakukan pada dirinya.
"Semua ni ujian untuk Eby. Rifqie tahu Eby kuat. Kalau tak, Eby takkan dapat tempuh semua ni. Apa yang penting Eby sabar, pasti ada hikmah disebalik semua ni berlaku." Lembut Rifqie memberi nasihat kepada sepupunya. Jika dulu, dia selalu mengusik Eby sehingga merajuk gadis ini. Tetapi sekarang, keadaan sedah berbeza. Dia lebih kelihatan matang walaupun usianya masih muda.
"Tapi sampai bila Eby kena sabar? Eby takut, kesabaran Eby akan pudar." Hariz dan Rifqie memandang antara satu sama lain. Betul kata Eby, semua orang akan hilang kesabarannya jika orang yang tersayang kerap melukakan hati dan perasaannya.
"Eby..dahlah. Eby berehat. Hariz tak nak Eby fikir benda ni sangat. Eby sayang baby kan?" Eby mengangguk. Lurus budak ni mengiyakan.
Hariz tersenyum manis. Dah nak jadi mak budak, perangai tetap manja. "Kalau Eby sayangkan baby, Eby berehat dan tak nak menangis macam ni lagi. Nanti baby pun akan sedih juga kalau ibu dia sedih macam ni."
"Mama.. Tak nak ibu." Hariz dan Rifqie tergelak mendengar perkataan yang keluar dari mulut Eby.
"Okey..mama. Eby berehat cukup-cukup. Esok dah boleh keluar." Eby hanya mengangguk dan terus membaringkan tubuhnya. Tudungnya dibetulkan sedikit. Hariz membetulkan selimut Eby. Seperti adik perempuannya, Hana, dia melayan Eby.
Hariz dan Rifqie keluar dari wad apabila Eby mula lena dibuai mimpi. Terdengar keluhan Hariz setelah menutup pintu wad.
"Kenapa?" Tanya Rifqie.
"Entahlah. Aku kesiankan Eby. Sampai bila dia perlu menderita?" Jelas kerisauan pada wajah Hariz.
"Hariz, semua kesiankan Eby. Kita mampu menolong dia setakat yang kita mampu. Apa yang penting doa. Kita tidak boleh putus berdoa supaya Daniel cepat pulih ingatan dan berubah seperti dulu." Hariz mengangguk. Dia selalu mendoakan mereka berdua untuk kembali seperti dahulu. Dia gembira jika kedua sepupunya bahagia bersama.
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Ficção AdolescentePenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...