Bab 4

7.4K 402 0
                                    

Daniel POV

Aku berjalan ke tingkat tiga untuk ke kelas 5 Alpha untuk menggantikan Cikgu Bakri yang tidak dapat hadir ke sekolah.

"Assalamualaikum kelas."

Aku memberi salam kepada pelajar kelas 5 Alpha.

"Baiklah, hari ni cikgu akan ganti Cikgu Bakri. Awak semua boleh buat kerja masing-masing. Kalau tak faham matematik moden atau addmath boleh tanya cikgu."

Aku duduk di meja guru. Apa yang aku perasan, muka budak pendek tu masam je.

Hahahahahaha..

Nampak sangat tak suka aku masuk kelas dia.

Dan satu lagi aku perasan dia asyik garu kepala je. Ada kutu ke budak ni?

Aku berjalan-jalan untuk melihat kerja yang dilakukan oleh pelajar.

Apabila sampai di belakang tempat duduk Eby, aku mengintai kerja yang dilakukan olehnya.

Laa.. buat kerja addmath rupanya. Budak ni memang degil la, aku dah kata boleh tanya aku kalau tak faham.

Dah la stuck di soalan function. Soalan tu kacang je kot.

"Kalau nak cari nilai p dan q, awak kena sonsangkan dulu fungsi ni. Lepas tu, bandingkan dengan fungsi sonsangan yang dia bagi"

Eby berpaling melihat aku yang berada di belakangnya.

"Faham tak soalan ni?"

Tanya aku.

Eby menggelengkan kepala tanda dia tidak memahami apa yang terangkan tadi.

Haishh.. budak ni berapa bulan je lagi nak SPM. Soalan function pun tak boleh buat.

Aku menarik kerusi disebelah Eby lalu duduk disebelahnya.

Aku menerangkan satu per satu tentang soalan itu.

"Faham tak?"

Tanya aku.

"Faham. Terima kasih Niel..ehh cikgu."

Nampak 'nur' di mukanya selepas dia faham apa yang aku terangkan.

Nur beb nur... hahahaha😂






Daniel's GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang