Bab 28

5.6K 314 1
                                        

Daniel memberitahu niatnya untuk pergi sungai,akhirnya semua orang berada di sini. Dah macam berkelah dengan membawa bekalan makanan. Neneklah yang beria nak bawa bekal,takut anak,cucu dan cicit dia lapar.

Eby hanya memerhati Daniel bersama Hariz dan Rifqie sambil duduk di atas batu besar.Macam budak-budak diorang bermain air. Hariz sekarang bekerja sebagai engineer. Suka sangat melukis plan bangunan. Rifqie pulak sebenarnya dia doktor. Dah ada klinik sendiri sekarang ni.

Daniel? Mestilah sebagai guru,guru addmath. Otak bijak kan mestilah pandai. Tapi dalam masa yang sama dia juga menolong Dato' Kamal di syarikatnya. Dia mungkin akan berhenti bekerja sebagai guru untuk bekerja di syarikat keluarganya suatu hari nanti. Hanya menunggu waktu yang menentukannya. Kadang-kadang kesian juga melihat dia keletihan.

"Eby! Jauhnya termenung. Datanglah sini." laung Rifqie. Bukannya jauh sangat jarak antara mereka nak melaung bagai.

Eby menggelengkan kepala. Tak mahu la. Tak pasal-pasal air sungai ni bertukar warna merah pulak. Daniel kehairanan. Tadi beria mengajaknya datang sungai,bila dah ada dekat sini tak nak mandi pulak.

"Kenapa ni? Eby sakit ke?" Daniel bertanya apabila berada di hadapan Eby. Air sungai cuma setakat lutut dia je. Dia memerhatikan segenap wajah Eby. Nampak pucat sedikit.

"Eby sakit perut je. Eby 'cuti'." Daniel cuba menghadam kata-kata Eby. Sakit perut pun ada cuti ke?

"Ermm..Niel tak fahamlah Eby. Apa kaitan sakit perut dengan cuti?" Alahhh..kenapa dia ni slow sangat?

"Eby..period.."katanya perlahan. Terus wajahnya disembamkan pada bahu Daniel. Malulah nak cakap!

Daniel yang mula faham dengan situasi Eby mula ketawa perlahan. Kesiannya..sebab period muka pucat macam ni.

"Hoii..tahu la dah kahwin. Tak payah nak tunjuk sweet depan kitorang pulak. Peluk-peluk bagai." Hariz menjerit. Tak puas hati la tu.

"Ehh..biarlah bini aku. Sibuk je kau. Pergi main jauh-jauh la kau." Ceitt..senang je dia menghalau orang. Hariz mencebik. Menyampah.Senang hati Nek Yam dan Pak Hisham melihat cucu mereka bahagia.

"Tak boleh tahan ke sakit tu? Kalau tak kita balik,kita pergi klinik." Pantas Eby menggeleng. Tak nak balik lagi. Daniel mengeluh perlahan. Dia cuma risaukan keadaan Eby.

"Niel..nak dukung. Eby tak nak baju Eby basah. Boleh tak?" Matanya dikerdipkan beberapa kali. Minta simpati.

Daniel senyum melihat keletah Eby. Kalau minta sesuatu je mesti kerdipkan mata. Daniel membelakangi Eby, menyuruhnya naik ke atas belakangnya. Terdengar sorakan kecil Eby. Leher Daniel dipaut kemas manakala tangan Daniel memegang di bahagian peha Eby.

"Yeayyyy!" Kuat Eby bersorak sehingga melepaskan tangannya di leher Daniel.

"Eby! Jangan lepas. Nanti jatuh." Leher Daniel dipaut kembali apabila ditegur oleh Daniel. Perlahan-lahan Daniel mendekati Hariz dan Rifqie. Eby yang berada atas belakang Eby menyepak bahu Rifqie sehingga lelaki itu mengaduh.

"Niel,kau tengok bini kau! Suka hati je sepak aku." Dia mendengus kuat. Terkekek Eby ketawa.

"Padan muka kau!" Daniel menjelirkan lidah kepada Rifqie. Laki bini sama je perangai.

"Dulu bukan main bergaduh,bertikam lidah. Sekarang ni,manja je Eby dengan Daniel." Kata Pak Hisham. Gembira hatinya melihat mereka bahagia. Dia agak risau dengan keputusan Daniel untuk berkahwin dengan Eby dulu. Tapi sekarang sudah terbukti yang Daniel dapat menjaga Eby dengan baik.

"Itulah ayah. Lepas balik sekolah,Daniel mesti akan datang ke rumah dulu,berjumpa dengan Eby. Lepas asar baru dia pulang ke rumah sewa dia. Tak boleh berenggang langsung." Ceria Puan Wardi bercerita. Mereka semua memanjat rasa syukur atas kebahagiaan mereka berdua.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Lepas solat subuh,tiada seorang pun yang tidur. Awal-awal lagi Pak Hisham melarang mereka tidur kerana hari ini akan diadakan majilis kesyukuran untuk Eby dan Daniel.

Tapi bukan pada Eby,dia masih lagi terlentang tidur di atas katil,dibuai mimpi. Sukalah dia dapat tidur puas-puas,tak boleh solat.

Daniel menggeleng melihat Eby. Kepalanya diusap sayang. Kesian pula nak dikejutkan, tapi apa pula orang kata. Dahlah majlis ni untuk mereka berdua. Kena la membantu.

"Eby..bangun." Bahunya ditepuk perlahan. Eby yang terasa diganggu menolak tangan yang berada di bahunya. Daniel ketawa perlahan. Haish..budak ni.

Bahu Eby ditepuk sekali lagi. Kali ini dia menggeliat kecil. "Janganlah ganggu.." Bantal dipeluk ketat. Tak nak bangun ye.. Daniel mula tersenyum nakal.

Mukanya dirapatkan pada muka Eby. Rambut Eby yang menutup sebahagian mukanya diselit pada telinga. Bibir pink Eby diperhati,dan dikucup perlahan bibir itu. Eby yang terasa bibirnya hangat,terus dibuka matanya. Membulat matanya memandang Daniel.

"Bangun pun..liatnya dia nak bangun. Kena bagi kiss dulu ehh" Daniel tersenyum nakal. Bantal peluknya dipukul pada muka Daniel.

"Niel jahatttttttt!!!!!"Kuat Eby menjerit sehingga pintu bilik diketuk oleh Nek Yam. Mulut Eby ditekup dengan tangan kasar Daniel.

"Daniel,Eby..kenapa kat dalam tu? Eby okey ke?" kalut Nek Yam bertanya. Risau sesuatu berlaku pada cucu-cucunyq.

"Kitorang okey je nek!" Daniel menjawab. Keluhan lega terlepas setelah bunyi derapan kaki Nek Yam semakin jauh dari bilik mereka. Daniel kembali memandang Eby dan mengalihkan tangannya dari mulut Eby.

Matanya dibulatkan. Geram dengan perangai Eby,pagi-pagi buta pun dah menjerit. "Pergi mandi cepat,kalau tak Niel bagi lebih dari kiss nanti." Arah Daniel beserta dengan ugutan. Kalut budak itu bangun lalu keluar dari bilik untuk pergi ke bilik air. Nak mandi!

..

Majlis kesyukuran berjalan dengan lancar walau diadakan secara kecilan. Semua mengeluh lega seusai majlis selesai. Semua berkumpul di ruang tamu untuk melepaskan penat lelah. Eby sudah bersandar keletihan pada Daniel. Dia banyak menolong walaupun majlis ini untuk dia dan Daniel.

"Niel..dahaga." Adu Eby manja. Daniel bergerak ke dapur dan mengambil segelas air oren. Air oren dihulurkan kepada Eby dan kembali duduk bersila di sebelah Eby. Bismillah dibaca sebelum meminum air oren itu.

"Untungnya orang tu..nak air suami ambilkan. Haishh..untungnya dapat suami mithali." Sindir Rifqie. Eby menjeling geram. Sibuklah mamat ni! Air oren yang lebih itu dihabiskan oleh Daniel. Tidak diharaukan kata-kata Rifqie,cemburu lebih. Hahaha!

"Auchh..so sweet. Air tak habis suami yang tolong habiskan." Giliran Hariz pula bersuara.
Siap dengan gaya nak pengsan lagi.

"Carilah calon kalau nak sweet macam diorang. Tak mainlah sindir-sindir orang ni. Macam ni la perangai orang bujang cemburu lebih. Hahhahaha!" Pedas kata-kata Rizki. Hariz dan Rifqie pula yang terdiam. Tidak tahu untuk membalas kata. Semua ketawa melihat gelagat mereka,nak kenakan orang tapi kena batang hidung sendiri.

Dengkuran halus mula kedengaran di sebelah Daniel. Semua memandang ke arah bunyi itu. Boleh dia tidur dalam keadaan yang bising macam ni. Kalau dah penat,dah tak dihiraukan dah keadaan bising ke tidak.

"Daniel,pergilah bawak Eby tidur dalam bilik. Kesian dia tidur macam tu. Sakit leher nanti." Jatuh kasihan melihat cucu kesayangannya kepenatan.

Perlahan Daniel menepuk pipi Eby yang lena di bahunya. Terpisat-pisat dia membuka mata,merah matanya menahan kantuk.

"Jom masuk bilik." Tangan Eby dipimpim berjalan ke arah bilik tidur mereka. Hampir saja Eby melanggar dinding di sebelah pintu bilik tidur mereka,berjalan sambil tidur itu la jadinya. Gamat ruang tamu itu ketawa dengan karenah Eby. Macam-macam hal.








Line internet sis mcm siput😤 Hahahahaha! Tak kesah la, asalkn dpt update. Chap lps sis ada tnya dua wtk antagonis tu, semua jwb dngn betul dh cuma pasangannya salah. Btw,thniah! Walaupun satu je yg betul😂 yg satu lgi salah.

Sis brterima kasih sgt readers sis yg support story ni. Tk kira la yg selalu vote,comment,silent readers. Silent readers pon sis sayang jugak sbb buat sis rasa brsemangat nk terus update. And sis boleh ingat,orang yg slalu vote and comment. Tq so much💖

Please vote and comment.

Daniel's GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang