Bab 49

4K 257 20
                                        

Daniel memandang Eby di sebelahnya yang ralit melihat pemandangan di luar. Sejak dia berkata yang dia akan berkahwin dengan Maira, Eby jarang bercakap dengannya. Hanya perkara tertentu sahaja dia akan bercakap,selepas itu dia akan senyap.

Selepas keluar dari hospital, Dato' Kamal mencadangkan Daniel dan Eby tinggal di rumahnya. Senang untuk Daniel mendapatkan rawatan di terperinci. Eby hanya mengikut sahaja kehendak mertuanya.

"Sayang,okey ke tinggal dekat sini?" Datin Ros bertanya lembut. Risau jika menantunya tidak selesa.

"Mama ni macam tak biasa pulak Eby duduk sini." Eby tersenyum manis. Dato' Kamal menolak kerusi roda yang diduduki Daniel masuk ke dalam rumah.

"Daniel dengan Eby duduk dekat bilik bawah ni. Mama dah suruh Mak Timah tolong kemaskan." Datin Ros masuk ke dapur dan beberapa minit kemudian dia keluar bersama sedulang jag air.

Dato' Kamal memandang sekilas menantunya. "Eby, kenapa ni? Eby okey tak?" Prihatin Dato' Kamal bertanya. Dia perasan Eby dan Daniel sekarang ni agak renggang. Dia tidak boleh salahkan Daniel sepenuhnya sebab bukan dia sendiri yang nak lupakan Eby. Mungkin ada hikmah setiap perkara yang berlaku.

"Eby okey papa. Papa,mama Eby nak masuk ke bilik ya. Eby nak berehat." Minta Eby dengan sopan.

"Ye la..bawa Daniel sekali." Eby menolak Daniel dengan berhati-hati masuk ke dalam bilik. Tudungnya di buka lalu disangkut pada penyangkut di almari.

Eby membuka ikatan rambutnya yang panjang separas pinggang lalu disikat penuh cermat. Daniel hanya memerhati setiap tindak-tanduk Eby.

"Abang nak mandi?" Bersahaja Eby bertanya. Daniel hanya memberi gelengan. "Aku nak tidur. Penat." Eby membantu Daniel berbaring di atas katil. Selimut ditarik menutup separuh badan suaminya. Kemudian, tubuhnya dibaringkan di sebelah Daniel. Baru sahaja dia ingin terlelap, tiba-tiba Daniel bersuara.

"Sape suruh kau tidur sebelah aku? Ada aku izinkan ke?" Dingin suara itu berkata. Eby menghela nafas berat. Dia dah malas mahu bergaduh dengan Daniel. Ada sahaja perkara yang dia tidak puas hati.

Dia turun dari katil tanpa mengambil satu bantal lalu dibaringkan tubuhnya di atas lantai yang sejuk beralaskan lengannya. Kalau itu yang boleh buat Daniel puas hati, biarlah. Dia redha.

Tidak semena-mena air matanya mengalir. Macam ni ke nasibnya selepas ini? Terus dibenci oleh suami sendiri?

Daniel bangun sedikit dari baringannya untuk melihat keadaan Eby di bawah. Rasa kasihan ditolak jauh dari sudut hatinya. Bantal di sebelah diambil lalu dibaling ke bawah. Tepat terkena pada kepala Eby yang berbaring menyenggeng.

"Kalau aku tak bagi bantal nanti kau mengadu dekat mama dengan papa pulak. Lepas tu kata aku jahat la, tak pandai jaga kau la. Tahu tak aku menyampah dengan perangai kau? Mengada-ngada je lebih." Daniel mendengus kasar. Begitu pedih hatinya dengan kata-kata Daniel. Bantal yang dibaling Daniel tadi dibiar sahaja.

Begitu benci ke Daniel pada dirinya? Ya Allah, kuatkanlah diri aku. Lembutkanlah hati suamiku, Ya Allah.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Eby menolong Datin Ros dan Mak Timah menghidangkan makan malam. Datin Ros perasan mata Eby sedikit bengkak. Mesti Daniel buat perangai dalam bilik tadi.

Eby mencedok nasi ke dalam setiap pinggan. Dato' Kamal yang menolak Daniel dijeling sekilas. Kemudian,lauk-pauk di hidang oleh Datin Ros dan Mak Timah.

"Eby,kenapa makan sikit je?" Tegur Dato' Kamal apabila Eby menguis-nguis nasi di dalam pinggan dengan sudunya. Wajah menantunya yang murung dipandang. Eby senyum pahit sambil menggeleng.

"Sengaja la tu. Nak tumpuan dari papa dengan mama." Kata Daniel tanpa mempedulikan perasaan Eby.

"Daniel,watch your words." Dato' Kamal menegur Daniel. Daniel memasamkan wajahnya. Perempuan ni memang sengaja buat perangai.

"Kenapa dengan mata tu? Eby nangis ke sayang?" Eby menggeleng perlahan. Kepalanya ditundukkan dan mengerdipkan matanya beberapa kali. Terasa dengan kata-kata Daniel. Eby..jangan nangis.

"Kalau dah tahu diri tu manja, sibuk nak datang sini jugak kenapa? Buat semak je dia ada dekat sini." Kali ini air matanya tidak dapat ditahan. Eby bangun dari duduknya dengan muka yang basah dengan air mata.

"Eby datang sini sebab Eby nak jaga abang. Eby tak nak menyusahkan mama dengan papa,abang tanggungjawab Eby bila abang sakit." Dia terus berlari keluar dari dapur. Dato' Kamal dan Datin Ros mengeluh dengan perangai Daniel.

Kolam di tepi rumah ditujunya. Tempat di mana kali pertama Daniel mengubah panggilan antara mereka. Abang..Eby rindukan abang yang dulu.














Ya,ya..sis pun sakit hati juga dengan Daniel ni. Tapi nak buat mcm mna Eby ni dia jnis yg baik and penyabar😌 Ramai yg nk Eby lari jauh dri Daniel. Ok..sis akn tunaikn tpi tk sampai diorang bercerai. Eby akn tinggalkn Daniel and masa tu lelaki tk guna tu akn menyesal seumur hidup dia hohohoho😈 jht tk sis😂






















Please vote and comment💕

Daniel's GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang