Daniel memasukkan pakaian ke dalam beg pakaian. Dia menutup rapat pintu biliknya lalu mengunci pintu bilik itu.
Mikael,Adrar dan Nazrin yang melihat Daniel dengan beg pakaian berasa hairan. Nak lari dari rumah ke? Ke dah jumpa minah bangla?
"Niel,kau nak pergi mana dengan beg bagai ni?"tanya Mikael. Lepas solat Jumaat,terus si Daniel mandi dan bersiap untuk keluar.
"Aku nak balik rumah nenek dan atuk aku. Ada majlis kesyukuran." Terang Daniel. Dia bersalam dengan rakan-rakannya dan mengambil kunci kereta yang digantung pada dinding.
Setelah siap memakai kasut,Daniel berpaling ke arah rakannya. "Aku balik petang Ahad."
Mereka hanya mengangguk. Untung Daniel ada saudara yang tinggal berdekatan.💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
"Niel lewat." Eby menghentakkan kakinya. Daniel tersengih atas kelewatannya. Kalau bukan sebab Puan Wardi yang menyuruhnya,dah lama dia pergi dengan mereka. Entah-entah dah sampai rumah nenek dan atuk. Dari rumahnya ke kampung bukan lama sangat pun, 45 minit je.
"Sorry. Tak sengaja." Daniel mengambil beg pakaian di tangan Eby lalu diletakkan tempat penumpang di belakang. Pintu sebelah penumpang di buka untuk Eby.
Masuk ke dalam kerera,Daniel memakaikan tali pinggang keledar kepada Eby. Semua dia nak buat. Tak bagi langsung Eby melakukan sendiri.
Sempat dia mencium sekilas pipi Eby sebelum keretanya meluncur laju. Geramlah pipi pau ni....
"Assalamualaikum." Sampai di hadapan rumah nenek dan atuknya,terus Eby meluru ke arah atuknya, Pak Hisham yang baru selesai berkebun.
"Waalaikumussalam..sampai je terus peluk atuk ye. Nanti melekat bau busuk dekat Eby baru tau." Pak Hisham tetap membalas pelukan cucu bongsunya itu. Manja sangat.
"Tak busuklah atuk. Mana nenek?" Manja dia bertanya.
"Kat dapurlah. Semua dah ada kat dalam." Eby mengangguk. Nampak je kucing kesayangan atuknya, Oyin,terus didukung si gebu itu. Dahlah gemuk..makan banyak.
Pak Hisham memeluk pula cucu lelakinya. Dia langsung tidak menyangka Daniel akan berkahwin dengan Eby. Selama ini kuat hatinya berkata yang Daniel dan Eby akan bersatu dan dia bersyukur sangat kata hatinya benar.
"Atuk sihat?" Sopan Daniel bertanya
"Sihat orang-orang tua,Niel. Niel dengan Eby okey?" Daniel tersenyum. Eby sudah menghilang ke dalam rumah bersama Oyin.
"Okey je atuk..."Daniel memandang ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada orang di situ.
"Tapi Niel tak sangka yang Eby tu jenis yang cemburu,tapi tak nak mengaku." perlahan dia berbisik dengan Pak Hisham.Kuat Pak Hisham ketawa. Ada-ada je dua orang cucunya ini. "Biasalah orang perempuan. Cemburu,tak nak mengaku. Macam nenek kamulah."
Kali ini Daniel yang kuat ketawa. Tak sangka atuknya beritahu dia perkara ini.
"Amboii..kuatnya dua beranak tu ketawa. Tak nak masuk dalam rumah ke?" Tegur Nek Yam. Terkejut mereka berdua. Nasib baik isterinya tidak mendengar apa yang dikata kepada cucunya. Mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah sambil menceritakan banyak perkara.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
"Niel,kita balik bila?"Tanya Eby selepas selesai solat berjemaah dengan Daniel.
"Petang Ahad. Kenapa?" Dah masak dengan perangai Eby,suka sangat duduk di kampung lama-lama.
"Eby nak mandi sungai lepas ni boleh?" Terbayang kesejukan air sungai. Heaven!!
Muka yang tersenyum comel dengan mata terpejam membayangkan air sungai itu dicubit sayang. Suka sangat mandi sungai."Yelah..dalam pukul 5 kita pergi. Ajak Hariz dengan Rifqie sekali." Eby bersorak riang apabila Daniel mengizinkan. Belum sempat dia ingin membuka pintu,tangannya dicapai oleh Daniel.
"Pakai tudung dulu. Kat luar ada Hariz dengan Rifqie. Niel tak nak diorang tengok aurat Eby. Semua tu,Niel sorang je boleh tengok." Lembut Daniel menegur tetapi terselit ketegasan dalam kata-katanya. Sebab sayang la dia tegur.
Untuk pertama kali,Eby nampak Daniel bertegas. Sebelum ini,Daniel selalu menayangkan perangainya yang gila.
Emak dan ayahnya juga banyak kali menasihati dia tetapi dia hanya memakai ketika ditegur sahaja. Kalau tak ditegur tudungnya entah ke mana.Eby mengambil begnya lalu dicari tudung sarung,tak nak berselendang,tak pasal-pasal selendang tu melayang ke atas kepala orang lain. Sedang dia mencari tudung yang sesuai, Daniel menghulurkan satu beg kertas ke arahnya.
"Nah..Niel ada belikan tudung sarung untuk Eby masa Niel keluar ke pekan tadi dengan atuk." Beg kertas itu bertukar tangan. Eby mengeluarkan tudung sarung yang berwarna pink belacan itu dan disarungkan pada kepalanya.
Daniel membaiki awning tudung isterinya. Dia memandang muka bujur sirih itu setelah selesai membaikinya. Kenapa comel sangat ni?
"Cantik." pujinya ikhlas. Eby cuma tersenyum malu apabila dipuji sebegitu. Badan sasa Daniel dipeluk kemas sambil mendongakkan kepalanya untuk memandang Daniel.
"Terima kasih Niel." Eby menjengketkan kakinya lalu satu ciuman mendarat di dagu Daniel. Nak cium di pipi dia tak sampai,jadi dagu la yang menjadi mangsa. Terkedek-kedek dia berlari keluar meninggalkan Daniel berseorangan di dalam bilik.
Senyuman terukir di bibir Daniel. Dagunya disentuh,masih terasa kehangatan bibir budak kecik itu. Nakal!
Makin hari makin bergula pulak story ni. Auchh..hahaha! Biarlah diorang happy dulu sebab ada dua orang yg cuba utk pisahkan diorang ni😢
Cuba teka siapa dua orang tu?
A. Adrar
B. Maira
C. Nazrin
D. Hariz
E. Azyanie
F. RifqieSis nk tahu sama ada readers sis ni dpt teka ke tidak watak antagonis yg akn muncul dlm beberapa bab lgi😈
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Roman pour AdolescentsPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...