Daniel termenung di dalam kereta sambil memerhatikan rumah yang sudah lama tidak dijejaki. Tidak lepas matanya memandang wanita berusia 50-an. Sungguh dia rindu pada wanita itu.
Datin Ros perasan kereta yang tidak dikenalinya kerap berada di luar rumahnya. Hatinya risau jika penjahat yang ingin mencerobohi rumah mereka.
Dato' Kamal mencuit Datin Ros yang leka memandang di luar pagar. Apa yang diperhatikan pun dia tidak tahu.
"Abang nampak tak kereta hitam dekat luar tu?"
Dato' Kamal turut mengalihkan matanya ke arah kereta hitan yang dimaksudkan oleh isteri. "Kenapa? Ros kenal ke?"
Datin Ros menggeleng. "Ros tak tahu. Tapi selalu kereta tu ada dekat sini. Bila tuan punya kereta tu nampak Ros pergi dekat, cepat-cepat dia beredar."
Dato' Kamal mula risaukan keadaan isterinya bila dia berseorangan dengan Mak Timah di rumah. Dia berjalan ke arah kereta tersebut lalu mengetuk cermin kereta yang agak gelap.
Daniel tersentak dari lamunannya. Dato' Kamal di luar dipandang. Masih berkira-kira untuk keluar. Pasti akan mengundang kemarahan papanya jika tahu dirinya di dalam kereta.
Cermin kereta masih diketuk. Dato' Kamal tidak akan berhenti selagi tuan punya kereta tidak keluar. Akhirnya, Daniel membuka pintu kereta. Dato' Kamal mengundur sedikit untuk memberi laluan kepada tuan punya kereta.
Membulat matanya melihat Daniel di hadapannya. Datin Ros terus menerpa ke arah mereka selepas menyedari bahawa itu anak kesayangannya. Jadi, selama ini Daniel yang memerhati mereka dalam diam.
"Ya Allah Daniel! Anak mama.." Tubuh tegap Daniel dipeluk erat. Lepas segala rindu terhadap anaknya. Daniel membalas pelukan mamanya. Terhambur tangisan kekesalan yang dipendam selama ini. Banyak dosanya terhadap papa dan mamanya.
"Niel.. Jangan menangis sayang." Pipi Daniel yang basah dengan air mata dilap dengan penuh kasih sayang.
"Ma..maafkan Niel. Banyak dosa Niel pada mama dengan papa. Niel anak derhaka ma.."
Daniel bergerak ke arah Dato' Kamal. Tangan tua milik papanya dipegang lalu dicium dengan syahdu. "Pa.. Niel minta maaf. Niel dah kurang ajar dengan papa. Niel melawan cakap papa. Niel.."
Terhenti katanya apabila Dato' Kamal menariknya ke dalam pelukan. Belakang Daniel ditepuk perlahan. Hatinya bersyukur anaknya sudah sedar dengan kekhilafannya.
"Papa maafkan. Apa pun berlaku, Niel tetap anak papa, darah daging papa."
"Niel, abang.. Jom kita masuk. Kesian dekat Daniel panas dekat luar ni." Dato' Kamal hanya mengangguk. Menurut isterinya masuk ke dalam rumah yang tidak lepas memegang tangan anak lelakinya.
Mereka perasan anaknya seperti mencari seseorang. Kuat hati mereka mengatakan Daniel sedang mencari Eby tetapi malu untuk bertanya.
"Niel..Eby tak ada dekat sini." Tegur Dato' Kamal.Kecewa sahaja riak wajah Daniel. Namun, tetap memberi senyuman kepada orang tuanya.
Datin Ros menghidangkan minuman dan kuih yang dibuat olehnya pagi tadi. Daniel diperhatikan setelah melabuhkan punggung di sofa bersebelahan suaminya. Anaknya kelihatan kurus, jelas wajahnya yang mencengkung.
"Kenapa Niel tak datang dengan Maira?"
Daniel mengeluh halus mendengar nama Maira. Semakin lama semakin hilang rasa cinta terhadap Maira. Dia terlalu taksub dengan dunia modelnya sehingga dirinya sebagai suami diabaikan.
"Ma, Niel malas nak bercakap pasal dia. Niel datang sini sebab Niel nak jumpa mama dengan papa..dan juga Eby." Perlahan suaranya menyebut nama Eby. Patutlah selama ini dia tidak ternampak isterinya. Hanya mama dan papanya sahaja yang kelihatan.
"Mama, papa.. Ingatan Niel dah pulih. Niel dah ingat siapa Eby. Niel nak minta maaf pada Eby." Terkejut kedua orang tuanya. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah kerana menyembuhkan anak aku.
"Maira tahu?" Daniel hanya membalas dengan gelengan.
"Kenapa tak bagitahu dia?"
"Kalau dia dan daddy dia tahu pasal ni, nyawa Eby dan anak Niel dalam bahaya. Niel tak nak merisikokan nyawa diorang." Gambarnya bersama Eby di atas kabinet dipandang. Dulu, dia cukup benci melihat gambar itu. Dato' Kamal dan Datin Ros turut memandang gambar anak dan menantunya.
"Mama, papa.. Bila anak Niel dah lahir bagitahu Niel ya."
"Ya sayang. Nanti mama bagitahu." Sedih hatinya melihat Daniel yang sangat rindu akan isterinya dan anak yang bakal dilahirkan.
Maafkan papa sayang..papa tak dapat bersama sayang semasa sayang dilahirkan. Tapi papa janji, papa akan cuba untuk berjumpa dengan sayang dan mama. Papa janji sayang.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
"Mak!" Terkocoh-kocoh Puan Wardi berlari ke bilik Eby apabila terdengar Eby menjerit.
"Mak sakit!" Rasa menyengat di bawah ari-arinya. Basah bahagian bawah bajunya dengan air ketuban.
"Abang! Eby dah nak bersalin. Tolong angkat Eby letak dalam kereta. Air ketuban dah pecah dah tu." Kalut suaminya pergi ke bilik anaknya. Eby di dukung dan diletakkan di dalam kereta. Terus pecut keretanya pergi ke hospital yang berdekatan.
"Okey Puan.. Bila saya cakap push puan teran."
Eby mengangguk dalam kesakitan. Palang besi katil di tepi digenggam erat untuk menampung kekuatan.
"Okey puan! Push!"
Eby meneran semampu yang mungkin. Tulangnya dirasakan seakan-akan patah. Nafas ditarik kemudian meneran kembali sehingga dia hampir kehabisan tenaga.
"Puan, tahan puan. Sedikit lagi. Ikut kata saya. Saya kira sampai tiga kemudian puan teran." Dengar tak dengar suara doktor berkata.
"1..2..3.. Push!"
Eby meneran lagi seperti arahan doktor. Tidak tertanggungnya rasa sakit. Beberapa minit kemudian, terdengar suara bayi menangis. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Anak mama dah lahir. Selamat datang sayang..
.
"Comelnya cucu nenek." Puan Wardi mendukung cucu. Bayi itu tersenyum apabila diagah oeh atuk dan neneknya.
"Eby..bagi susu dekat baby ni. Kesian ni, cucu nenek lapar. Dari tadi lagi menangis lapar." Eby mengambil anaknya lalu disusukan putera sulungnya. Tersenyum melihat anaknya dengan mata terpejam. Dah tidur dah..
Aisy Darwish.. Putera mama. Mama minta maaf sayang sebab sayang membesar tanpa seorang ayah. Tapi mama janji mama akan penuhi segala kemahuan sayang selagi mama mampu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, mama, papa." Bajunya di jatuhkan apabila ayah mertuanya masuk. Anaknya sudah tertidur di pangkunya.
"Alah..cucu tok ma dah tidur. Tok ma dengan tok pa baru je sampai." Dahi cucu sulungnya dicium perlahan. Cucunya bergerak kecil apabila terasa tidurnya terganggu.
Eby tersenyum melihat anaknya merengek. Punggung anaknya ditepuk perlahan sehingga kembali terlena.
Datin Ros mengambil cucunya lalu diletakkan di tempatnya. Kesian melihat menantunya lenguh memangku cucunya. Gambar cucunya diambil beberapa keping. Nak ditunjukkan kepada Daniel betapa comelnya anaknya.
Eby tergelak dengan perlakuan ibu mertuanya. Ni mesti dia tidak boleh berenggang dengan cucu dia nanti.
"Eby, dah namakan baby?" Tanya Dato' Kamal.
Eby mengangguk. "Aisy Darwish."
"Cantik nama cucu tok ma. Macam tuan dia ni." Tidak lepas Datin Ros mencuit Darwish.
"Dah, dah lah Ros. Kesian dekat cucu tu tak dapat tidur. Asyik dicuit-cuit dia." Tegur Dato Kamal. Isterinya mula menarik muncung tidak puas hati. Sibuk je dia. Eby tergelak melihat muncung ibu mertuanya. Habislah Darwish nanti, pasti kena lenyek dengan tok ma..
Please vote and comment💕
![](https://img.wattpad.com/cover/118417134-288-k530363.jpg)
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Fiksi RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...