Daniel mematikan enjin keretanya setelah selamat sampai di sekolah. Begnya diambil disebelah penumpang lalu pintu kereta ditutup dan dikunci.
"Hai Daniel." Daniel berpaling ke arah suara tersebut setelah memastikan kereta telah dikunci. Senyuman biasa diukir kepada Azyanie yang baru sahaja menutup keretanya.
"Hai." Ringkas Daniel membalas sapaannya. Dia berlalu dari situ tanpa menghiraukan Azyanie yang membaiki tudung bawalnya di cermin kereta.
"Ehh..Daniel. Tunggulah saya." Berlari anak mengejar langkah Daniel yang besar. Daniel hanya beriak biasa dengan Azyanie berada di sisinya sambil menjawab salam yang diberi oleh pelajar.
"Awak,free tak lepas sekolah nanti?" Dengan tidak tahu malu dia bertanya sambil tersenyum manis kearah Daniel yang memandangnya.
"Kenapa?" Soalan tadi dibiarkan tidak berjawab.
"Saja. Nak ajak awak makan dekat D'Flora Cafe."
"Saya tak boleh pergi. Saya dah janji dengan emak saudara saya nak pergi rumah dia lepas balik sekolah." Tak apa la tipu sunat sekali sekala. Lagipun rasa rimas jugak kadang-kadang dengan Azyanie. Dia tahu perasaan Azyanie terhadapnya cuma dia butakan hati dan matanya. Buat tak tahu sebab dia sayangkan Eby.
"Okey tak apa lah kalau macam tu. Tapi kalau esok macam mana?" Daniel berhenti secara mengejut,memandang Azyanie yang berdiri disebelah dengan pandangan tidak percaya. Kau dah kenapa nak desperate sangat. Kalau aku dah tak tu maknanya aku tak naklah.
"Maaf Azyanie. Esok pun saya ada hal." Daniel mengeluh berat. Kakinya laju dihayun ke arah Nazrin dan Adrar yang berada di tangga menuju ke arah pejabat,meninggalkan Azyanie berseorangan.
'Tak apa Daniel. Kau jual mahal dengan aku. Kalau aku tak dapat kau,budak tu pun tak akan dapat kau jugak.' Pemegang beg kain yang berisi buku-buku pelajarnya digenggam dengan perasaan marah yang membuak-buak sehingga berkedut.
"Kau kenapa Daniel? Macam mengelak dari Azyanie je?" Adrar tersengih nakal kepada Daniel. Dah tahu dah kawan dia seorang ni memang hot. Pergi mana-mana pun ada je perempuan yang suka.
"Aku rimaslah dengan dia. Asyik menempel je dengan aku. Kalau dia bukan cikgu kat sekolah ni dah lama kena sembur dengan aku." Daniel sudah menunjukkan sisinya yang satu lagi. Jelas mukanya bengang dengan Azyanie.
"Sabar bro. Sesetengah perempuan memang macam tu. Kau tak payahlah layan sangat." Adrar menepuk bahu rakannya perlahan untuk menenangkannya. Nazrin hanya senyap mendengar.
"Niel." Nazrin memanggil setelah Adrar masuk ke dalam pejabat. Daniel memandang wajah rakannya yang serius.
"Kau jaga Yuya elok-elok. Kau jangan tanya aku kenapa sebab aku sendiri pun tak tahu. Dari firasat aku la, dalam masa terdekat ni Azyanie mungkin akan tahu yang Yuya isteri kau. Dan aku dapat rasa Yuya akan dalam bahaya."
"Tak mungkin dia akan tahu rahsia ni kecuali ada orang yang beritahu dia." Tajam Daniel memandang Nazrin. Jangan cakap kawan dia tikam belakang.
"Aku kata mungkin Niel. Aku nampak macam mana Azyanie cuba rapat dengan kau. Dia akan sedaya upaya untuk kenal rapat dengan kau dan dengan tak sengaja dia tahu perkara ni. Mana tahu kalau dia ikut kau pergi rumah mak mertua kau. Dari situ dia akan tahu siapa Yuya kepada kau."
Daniel mula risau dengan kata-kata Nazrin. Ada juga betulnya sebab Azyanie memang jenis yang suka tahu rahsia orang.
"Kalau perkara tu terjadi,aku akan cakap Yuya sebenarnya sepupu aku."
"Sepupu?" Daniel mengangguk perlahan. "Yuya sebenarnya sepupu aku sebelum dia jadi isteri aku. Terbuntang matanya. Jadi Yuya sebenarnya sepupu Daniel selama ini.
"Kau memang banyak rahsia Daniel. Sebab tu aku nasihatkan kau supaya berhati-hati terutamanya Yuya,kau kena lebih alert tentang Yuya. Dah ahh aku masuk dulu. Adrar dah nak keluar."
Nazrin memboloskan diri ke dalam pejabat setelah Adrar keluar dari pejabat.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Eby mengemaskan pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam beg pakaian. Pakaian Daniel yang ditinggalkan di rumah jugak dimasukkan ke dalam beg yang sama. Bukannya pergi lama sebab tu dia guna satu beg je. Awal-awal lagi dia melarang Daniel membawa baju dari rumah sewanya.
Semua ni idea Daniel la. Tak boleh cuti lebih dua hari sikit mesti ada je dia nak pergi mana-mana. Sekarang ni nak pergi pantai selama 3 hari 2 malam. Semua dia nak angkut,sampai nenek dan atuk dekat kampung kena angkut jugak. Hariz dengan Rifqie di KL pun dia ajak datang. Apa lagi dua orang tu rela diorang ambil cuti sebab nak join sekali. Amaran Azyanie terhadapnya dilupakan sebentar,sekarang ni dia cuma mahu meluangkan masa dengan Daniel dan keluarganya.
"Eby,dah siap ke belum?" Eby yang duduk di atas lantai mendongak kepalanya memandang Daniel berdiri.
"Dah siap dah. Nenek dengan atuk datang dengan siapa?" Botol perfume yang Daniel beli di masukkan ke dalam beg solek. Dia bukan jenis yang bersolek tebal macam remaja sekarang ni. Biasa-biasa je.
"Dengan Hariz. Diorang dah nak sampai chalet. Kita je belum bertolak lagi. Mak,ayah dan semua dah pergi dah. Tinggal kita berdua je sekarang ni." Eby tersenyum tidak bersalah. Salah dia juga sebab tertidur lepas balik sekolah tadi sehingga baju lupa nak dikemas. Lebih-lebih lagi dia tidak boleh solat, Daniel pula pergi ke masjid,solat Jumaat. Lagi la syok dia tidur.
"Jom! Eby dah siap. Nanti lambat pula sampai." Tangan Eby disambar oleh Daniel lalu menundukkan kepalanya memandang dalam mata Eby.
"Eby lupa sesuatu." Sebuah senyuman nakal dihadiahkan kepada Eby. "Sini." Bibirnya yang merah tanpa sedikit kesan merokok ditunjuk. Darah mula menyerbu ke arah muka Eby. Merah pipi budak itu.
Daniel ketawa perlahan,suka menyakat Eby. Comel bila pipi gebu itu mula merah. "Tak apa la kalau Eby tak nak.." Nafas lega kedengaran apabila mendengar kata-kata Daniel.
"Biar abang yang buat." Bibir munggil itu dicium sekilas. Beg yang berada di tepi katil diambil lalu keluar dari bilik meninggalkan Eby bersendirian. Kuat tawanya kedengaran.
"Abang jahatttttt!" Lagi kuat Daniel ketawa setelah satu rumah bergema dengan suara Eby menjerit. Tak padan dengan tuan kecik,suara dah macam harimau!
Tolong sis please...sis xtahu sama ada nk keluarkan wtk antagonis yg satu lgi tu dlm ni atau nk buat Daniel's Girl 2.
Sis rasa mcm pelik pulak nk keluarkn wtk antagonis yg kedua dlm ni sbb Azyanie pun belum mampus lagi. Oopppss!🙊
So,sis nk thu sama ada readers sis nk Daniel's Girl 2 atau nk stay dlm ni je. Kalau bgi sis,story akn kurang menarik klau wtk antagonis yg kedua ni keluar dlm ni sbb Daniel dgn Eby bru nk bhgia *well kbykn cite mlayu*😂
Tpi xkesahh laa.. Sis cuma nk thu isi hati dan isi perut readers sis je. Kk..just joke. I love my readers 😊
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...