Daniel mendekati Eby yang sedang ralit membaca majalah di ruang menonton. Tak habis-habis pasal Liam Payne. Kalau dia dah minat memang tak boleh berhenti.
"Eby." Panggil Daniel.
Eby mengerling sekilas ke arah Daniel dan menyambung semula bacaannya. Daniel duduk bersila di sebelah Eby yang meniarap.
Daniel menarik rambut Eby yang disanggul sehingga terdongak kepala Eby kerana geram melihat Eby tidak mempedulikannya.
"Arghhh...sakitlah gila!" Eby menjerit kuat sambil menampar-nampar tangan Daniel.
Daniel ketawa melihat muka Eby yang cemberut. "Itulah! Hadap lagi majalah tu. Kan dah kena tarik rambut."
"Niel nak apa? Hidup tak tenteram ke kalau tak ganggu Eby?" Eby menjeling sambil menyanggul semula rambutnya telah longgar akibat ditarik oleh Daniel.
"Tak. Sebab kau selalu tak layan aku." Kata Daniel bersahaja.
"Alah..sabarlah. Kan tak lama lagi nak kahwin dengan Kak Maira. Nanti Kak Maira layanlah Niel." Eby memerli Daniel.
"Yang itu lain. Maira layan aku cara lain." Daniel membuat muka merenyamnya dihadapan Eby. Secara percuma dia mendapat penampar dari Eby.
Daniel menjegilkan matanya melihat Eby membuat muka tidak bersalah. Terus dia menggeletek pinggang Eby. Daniel tahu Eby sangat sensitif di bahagian pinggang. Mengekek Eby ketawa kerana tidak tahan pinggangnya di geletek.
"Niel..dahlah..hahaha.." Eby menarik tangan Daniel untuk memberhentikan perbuatannya. Tetapi perkara lain yang berlaku.
Daniel terjatuh di atas Eby yang berbaring.Mereka bertatapan mata buat seketika. Jantung Daniel berdegup dengan kencang melihat Eby sedekat ini. Perasaan apa ni?
Tangan kanan Daniel naik mengelus pipi kiri Eby manakala tangan kirinya menongkat badan di sebelah leher Eby.
Eby berdehem kerana tidak selesa dengan perlakuan Daniel. Daniel tersedar dengan perbuatannya dan terus bangun daripada menindih Eby.
Daniel berdehem untuk menghilangkan rasa janggal antara mereka berdua. Ini kali pertama dia merasakan keadaan yang sangat awkward apabila bersama Eby.
"Err..sorry Eby. Aku tak sengaja." Eby yang baru bangun dari pembaringan melihat ke arah Daniel.
Daniel terpegun melihat muka Eby yang kemerahan. Kenapa aku rasa Eby makin cantik? Daniel berpaling ke arah lain dan meraup mukanya atas kesalahannya kali kedua.
"Aku cuma nak bagitahu kau, yang kau jadi pengapit aku nanti masa aku kahwin." Daniel memberitahu niatnya yang dari tadi disimpan. Selesai memberitahu Eby, dia cepat-cepat berlalu dari situ. Tidak betah untuk berlama di situ.
Eby masih keliru dengan apa yang telah berlaku. Dia hanya memandang Daniel yang pergi dari ruang menonton.
💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗
"Daniel, makanan tu kongsi dengan kawan-kawan tau. Mak long bungkus lebih untuk kawan-kawan Daniel jugak." Pesan Puan Wardi.
"Baiklah. Terima kasih mak long." Daniel bersalam dengan kedua ibu bapa saudaranya. Dia mengerling ke arah Eby yang berdiri di sisi Encik Idris. Budak ni senyap je lepas petang tadi.
Daniel mendekati Eby. Dia menunduk sambil berbisik kepada Eby. "Aku minta maaf pasal petang tadi. Aku tak sengaja." Dia mengusap kepala Eby dengan kuat sehingga rambut Eby berserabut.
"Makkkk!!!" Eby mencubit tangan Daniel kuat sehingga Daniel mengerang kesakitan.
"Dah, dah... Dah malam dah ni. Esok kan sekolah." Encik Idris menghentikan pergaduhan itu. Kalau dibiarkan mereka berdua akan berlarutan hingga lewat malam.
"Yelah pak long, mak long. Niel balik dulu." Daniel masuk ke dalam kereta dan dalam beberapa minit keretanya mula menghilang dari pandangan mereka.
Daniel sampai di rumah sewanya pada pukul 9.30 malam. Jarak dari rumah ibu bapa saudaranya dengan rumah sewa mengambil masa dalam 15 minit sahaja.
Daniel masuk ke dalam rumah sambil membawa makanan yang dikirim ibu saudaranya. Dia menegur rakan-rakannya di ruang tamu.
"Korang dah makan ke?"tanya Daniel.
"Kitorang makan burger je tadi. Mika yang pergi beli tadi. Kau punya ada kat dapur." Balas Nazrin
"Korang kenyang ke makan burger je. Kalau tak aku nak panaskan lauk yang mak long aku bagi ni." Mikael dan Nazrin mendekati Daniel. Kecur liur mereka melihat lauk-pauk itu.
"Tak apa la Niel. Kau pergi duduk. Biar aku dengan Mika yang buat. Kau bawak balik makanan ni pun kitorang dah bersyukur." Nazrin membawa masuk makanan itu ke dapur sambil mengheret Mika.
Bising rumah itu dengan ketawa mereka berdua di bahagian dapur. Ni la jadinya kalau anak teruna masuk dapur.
Daniel mendekati Adrar yang sedang termenung. Mata je yang pandang skrin televisyen tapi roh entah ke mana.
"Adrar." Panggil Daniel sambil menepuk sedikit bahu rakannya.
Adrar tersedar dari lamunannya. Dia mengangkat sedikit keningnya tanda bertanya kepada Daniel.
"Termenung je. Ingat siapa? Makwe ehh.." Gurau Daniel. Daniel tahu susah untuk Adrar menerima mana-mana perempuan dalam hidupnya selepas kematian tunangnya.
Adrar tersenyum dengan pertanyaan Daniel. Memang dia teringatkan seseorang. Teringatkan Yuya Irdina.
"Tak ada sesiapa pun Niel. Siapa la yang nakkan aku ni?" Sedih suara Adrar membalas.
"Hek eleh...ramai orang nakkan kau. Kau je yang memilih." Daniel menonton rancangan siaran di kaca televisyen.
"Aku nak tanya kau Adrar. Kau ada apa-apa ke dengan budak yang kita jumpa dekat library tu." Tanya Daniel dengan berhati-hati.
"Yuya..nama dia Yuya Irdina." Adrar mengeluh apabila menyebut nama itu. Sebab budak itu dah melakukan sesuatu dengan perasaanya.
"Haah..Yuya Irdina."
"Entahlah Niel. Aku pun tak tahu macam mana nak cakap..." Daniel menanti Adrar menyambung percakapannya dengan penuh debaran.
"Aku rasa aku dah sukakan budak tu."
Dushh!!
Biar betul Adrar Rafiqie sukakan budak pendek tu!? Entah mengapa dia rasa berdebar.
"Hahahahahah!!! Kau ni buat kelakarlah Adrar malam-malam ni. Dia tu budak lagi kot." Mati ketawa Daniel melihat muka Adrar yang serius.
"Aku serius Niel. Lepas arwah Reen, dia orang pertama yang berjaya buka pintu hati aku." Jelas kesedihan dalam kata-katanya.
Daniel terdiam seribu bahasa. Kenapa aku rasa tak sedap hati? Ya Allah..kenapa aku rasa gelisah. Aku dah ada Maira. Tak lama lagi aku dah nak kahwin.
"Aku tak tahu la Adrar. Ni pasal hati dan perasaan. Kalau boleh kau jangan paksa budak tu kalau dia tak nak. Mencintai tak semestinya memiliki Adrar. Kadang-kadang dengan melihat dia bahagia pun dah cukup untuk kita." Panjang Daniel memberi nasihat kepada rakannya. Dalam masa yang sama dia berharap agar Adrar menyimpan sahaja perasaannya terhadap Eby.
"Mungkin lepas dia habis sekolah, aku akan beritahu dia. Doakan aku kawan. Mudahan dia dapat terima aku." Kata-kata Adrar merunsingkan Daniel.
'Kenapa aku perlu runsing? Aku cintakan Maira. Eby hanya sepupu aku je. Tak..aku tak cintakan Eby. Aku hanya takut rahsia ni bocor je.' Daniel menafikan perasaannya. Dia berperang dengan perasaan sendiri.
"Daniel! Adrar! Jom makan." Laung Mikael dari dapur. Mereka berdua saling berpandangan lalu menuju ke dapur.
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...