Kaki Eby kini semakin pulih dan dia sekarang sibuk dengan segala persiapan untuk SPM. Dia rindukan Daniel tapi ditahan untuk sementara waktu. Sudah sebulan Daniel terlantar di hospital,dan selama sebulan itu tidak lepas dia melawat Daniel.
"Abang..bangunlah. Eby perlukan abang. Eby nak abang temankan Eby belajar pagi-pagi." Eby berdiam seketika menahan sebak.
"Abang tahu tak,sekarang ni Cikgu Adrar yang selalu tolong Eby. Dia yang ajar Eby kalau Eby tak faham. Kalau boleh Eby nak abang yang ajar Eby.
Lusa Eby dah nak SPM, jadi selama dua minggu lebih Eby tak datang melawat abang. Eby minta maaf ya abang. Eby akan rindukan abang." Tangan Daniel diusap perlahan. Dia tahu Daniel mendengar setiap butir katanya.
"Abang..Eby janji Eby akan dapat keputusan cemerlang. Abang nak tengok Eby berjaya kan? Abang.." Eby sudah tidak boleh menahan diri dari menangis. Tubuh Daniel yang kaku dipeluk.
"Abang bangun la..Eby nak abang..isk..isk..Eby rindu abang peluk Eby. Eby rindu abang belai rambut Eby..Eby rindukan usikan abang. Abang.." Wajahnya disembamkan pada bahu Daniel. Tangisannya dilepaskan,tidak peduli jika orang lain nampak keadaannya. Tanpa disedari air mata Daniel turut mengalir dari tepi matanya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Pada pagi hari pertama Eby mula menghadapi ujian besar,Adrar, Nazrin dan Mikael yang menemaninya menggantikan Daniel. Mereka ingin memberi semangat kepada isteri rakannya untuk berjuang di dalam dewan nanti.
"Ish! Awak ni Yuya dah jangan membaca lagi." Buku Eby ditutup oleh Mikael. Adrar dan Nazrin memandang rakan mereka dengan tajam.
"Kau ni Mika. Biar la dia nak membaca. Mana tahu apa yang dia baca tu keluar nanti." Nazrin mengempuk kertas kerja Eby yang tidak berapa tebal di kepala Mikael. Tanpa diduga perbuatan mereka mengundang ketawa Eby.
"Haa..tahu pun budak kecik ni nak senyum. Macam ni la kitorang nak tau,lepas ni tak nak sedih-sedih boleh?" Adrar mula mengusik Eby. Bibir dicebikkan mendengar kata Adrar. Sama je perangai dengan Daniel.
"Mana ada saya kecik. Saya dah besar la cikgu." Eby menghayunkan kakinya yang pendek tanda tidak puas hati.
Meletus ketawa mereka bertiga melihat karenah Eby. "Dah..simpan semua barang. Nak masuk dewan dah sekarang. Kitorang tunggu dekat sini okey bila awak dah habis exam." Eby hanya mengangguk mendengar kata Adrar sambil meminum air untuk menghilangkan rasa gugup.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Pintu rumah diketuk dengan kuat bagai hendak roboh dibuatnya. Azyanie yang masih mamai,terus keluar dari bilik tidur dan dibuka pintu rumah tanpa berfikir siapa gerangan yang bertandang ke rumahnya pada waktu malam.
Buka sahaja pintu rumah, tubuhnya terus ditolak masuk dengan kasar. "Kau nak apa datang sini!?" Terus Azyanie memekik marah kepada orang di hadapannya.
"Kau tanya aku nak apa? Kau tahu tak sebab kau polis sekarang ni tengah memburu aku. Aku tak nak masuk penjara bodoh!" Pipi Azyanie ditampar dengan kasar.
"Kau yang bodoh! Aku suruh kau pisahkan diorang,bukannya buat diorang macam ni!" Azyanie menolak-nolak tubuh Amran. Wajah Amran sudah merah menahan marah di dada.
Tubuh Azyanie ditolok ke dinding sehingga frame tejatuh mengena di atas kepalanya.Darah mula keluar. Tidak cukup dengan itu, pasu bersaiz sederhana di ambil lalu di lemparkan ke arah Azyanie. Amran tersedar akan perbuatannya setelah melihat tubuh Azyanie yang lemah tidak bergerak.
"Apa yang aku dah buat?!" Rambutnya ditarik dengan kasar. Pipi Azyanie ditepuk perlahan. Tak aku tak bunuh perempuan ni. Aku tak bunuh dia!
"Arghhhh!!" Sofa yang berdekatannya disepak kasar. Azyanie yang terkulai dipandang. Aku perlu buat sesuatu. Ya. Aku tak boleh tinggalkan perempuan ni dekat sini.
Hmm..sis pun xtahu kenapa sis rajin sgt malam ni. Mungkin sebab korang kot yg support sis. Elelelele😆
Please support and comment💕
![](https://img.wattpad.com/cover/118417134-288-k530363.jpg)
YOU ARE READING
Daniel's Girl
أدب المراهقينPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...