Bab 32

5.3K 272 3
                                    

Eby menjengukkan kepalanya apabila terdengar pintu utama ditutup. Dia tersenyum lega melihat Daniel membuka tali lehernya lalu membuka beberapa butang atas kemejanya. Hee..hensemnya suami siapa la ni yee..

Hidung Eby ditarik perlahan,suka sangat berangan. Senyum sorang-sorang pulak tu. Daniel ketawa kecil melihat wajah Eby yang tidak berpuas hati.

"Tak nak kongsi dengan abang ke berita gembira tu?" Sejuk hatinya melihat isterinya tersenyum. Tapi kenapa senyum ni macam ada makna?

"Abang.." suaranya seperti memerli Daniel.

"Kenapa tiba-tiba panggil abang pulak ni?" Berkerut dahi Daniel. Budak ni mengigau ke aku yang tersasul?

"Tadi Niel bahasakan diri Niel 'abang'." Comel Eby melihat Daniel,macam minta coklat.

"Taklah! Niel tak ada sebut pun perkataan abang."

"Ada!! Niel yang sebut nak nafikan lagi. Eby dengar tau." Kakinya dihentak perlahan. Tak nak mengaku kalah.

Daniel ketawa dengan karenah Eby. Tak padan dengan umur 17,perangai kalah budak 7 tahun.

"Tapikan kalau Eby terus panggil abang boleh tak?" Tangannya dililit di pinggang Daniel sambil mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah kacak Daniel.

'Dia dah mula buat muka innocent dia dah..'

"Yelahh. Abang tak kisah nak panggil apa-apa pun,asalkan maksud dia baik je." Perkataan 'abang' ditekankan. Bibirnya di darat pada batang hidung Eby. Mengekek budak kecik tu ketawa. Geli terkena kumis Daniel. Badan sasa Daniel dipeluk ketat. Suka menghidu bau badan Daniel,bau maskulin..

"I love you,abang." jelas terpancar riak terkejut pada wajah Daniel. For the first time, she says this three words. Senyuman terukir pada dua ulas bibirnya.

"I love you too,baby."

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

"Yeayyy! Dah sampai." Riang Eby menepuk tangan setelah Daniel meletakkan sedulang makanan dihadapannya.

Kerusi dihadapan Eby ditarik lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. "Ni sebab baby abang dapat markah addmath lebih tinggi seperti dijanjikan. Untuk SPM nanti abang beli hadiah special kalau baby dapat A."

Eby hanya mengangguk. Mulutnya sudah penuh dengan burger. Kalau dapat makan sampai kembung pipi. "Makan elok-elok Eby."

Tisu diambil lalu mengelap mulut Eby yang comot dengan sos. Pandangan orang disekeliling tidak dipedulikan,bukan ganggu diorang pun.

"Abang,ermm..abang bagitahu cikgu Nazrin perkara sebenar ke?" Daniel memandang ke arah Eby menyuapkan kentang goreng ke mulutnya.

"Humm..terpaksalah abang bagitahu perkara sebenar. Dia marah sangat pada abang. Tapi Eby jangan risau, abang percaya dia takkan cerita pada sesiapapun."

Eby mengukir senyuman risau. Kalau orang atasan tahu mungkin Daniel akan dibuang kerja kerana guru dan pelajar tidak boleh menjalinkan sebarang hubungan.

"Eby! Berangan pulak budak ni." Pipi Eby ditepuk perlahan. Siang hari pun boleh dia berangan macam ni. Eby tersengih malu apabila tersedar dari angannya. Mulalah pipi nak bertukar warna merah.

"Abang! Bukan ke tu cikgu Azyanie?" Eby menunjukkan ke arah pintu masuk. Daniel berpaling ke belakang,laju jantungnya berdegup. Janganlah dia perasankan aku dekat sini.

"Err..macam ni Eby pergi tandas dulu,lepas tu abang call baru Eby pergi ke kereta okey?"
Bergegas Eby berlalu ke tandas sebelum Azyanie perasan kehadirannya di situ.

"Eh..Daniel. Awak pun ada dekat sini? Seorang je ke?" Daniel mengangkat kepalanya memandang Azyanie. Pandai kau Daniel berpura-pura tiada apa yang berlaku.

"Eh taklah. Saya dengan kawan saya tadi tapi dia dah balik. Saya tak habis makan lagi,membazir pulak kalau tak habiskan." Cepat-cepat dia menerangkan keadaan,bohonglah kalau dia cakap dia seorang. Tengok bekas makan tu pun dah tahu,dua orang makan.

"Ouhh..dengan siapa? Adrar? Nazrin? Ke Mikael?" Dia duduk di kerusi bertentangan dengan Daniel tanpa disuruh. Tak tahu malu betul,dahlah banyak tanya.

"Taklah. Saya memang ada ramai kawan dekat sini sebab saya selalu datang sini masa kecik-kecik dulu." Memang tak dinafikan dia ada ramai kenalan di sini. Itu pun sebab abang Eby yang selalu ajak bermain dengan dengan rakan-rakannya.

"Masa kecik? Awak lahir dekat sini ke?" Aduhhhhh...kenapa banyak tanya pulak ni. Telefonnya dibuka lalu dihantar pesanan ringkas supaya Eby tidak keluar lagi dari tandas.

"Tak..saya ada mak saudara saya dekat sini. Kerap jugak la saya datang ke sini." Daniel tersenyum paksa. Nak menjaga hati perempuan gedik di hadapannya.

"Ouhh..Azyanie. Maaf ye. Saya dah kena balik,ada kerja sikit. Saya minta diri dulu ye." Terus Daniel meninggalkan Azyanie berseorangan di meja itu.

'Elehh..dengan kawan konon. Padahal dengan budak perempuan tu. Macamlah aku tak nampak budak tu tadi. Aku masuk je dah lesap.'
Daniel masuk ke dalam keretanya lalu mendail nombor Eby.

"Hello..Eby dah boleh keluar ke abang?"

"Haah..tapi keluar cepat-cepat tau. Dia ada dekat dalam lagi."

"Okey..tunggu tau." Terus panggilan diputuskan. Eby mengintai sedikit ke arah meja mereka duduk tadi. Dah kosong.

Cepat-cepat dia berjalan ke arah pintu kedai itu sebelum Azyanie yang berada di kaunter memesan makanan perasan akan dirinya.

Eby mengeluh lega setelah masuk ke dalam kereta Daniel. Daniel ketawa perlahan melihat Eby tercunngap-cungap. Mesti berlari ni kalau dah macam nak semput ni.

"Eiiii! Kenapa ketawa?" Bahu Daniel ditampar. Orang penat ni boleh dia ketawa. Daniel tersenyum manis. Tangannya digosok atas belakang Eby untuk mengurangkan lelah dia tu. Kesian baby dia penat sampai merah muka.

"Dah ok? Kita balik ye?" Eby mengangguk. Enjin kereta dihidupkan lalu kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut.













Sis minta maaf bebanyakkkkkkkkkkkkk😢😢😢😢 Ada masalah teknikal. Penat tulis panjang2 lps tu trgntung mcm tu je. Hilang entah ke mana.Nasib baik ada tengku_Qaisara yg tolong ckp. *sorry sis mention awk, klau tak story trgntung sepi mcm awk ckp😂*

Btw,chap ni dh tak trgntung. Sorry sgt2🙏 Lps ni sis akn make sure stiap bab takkan trgntung mcm ni lgi.😁

Sayang awak2 semuaaaaaaaaaaa😘


Please vote and comment💞

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now