Daniel berjalan ke arah bilik guru dengan membawa buku-buku pelajarnya yang baru dikutip tadi dan beberapa bukunya yang tebal sehingga menghalang pandangannya. Tanpa sengaja dia melanggar seseorang.
"Aduhh.." Suara itu mengerang kesakitan. Badan besar sangat,sampai terlanggar orang pun,orang tu yang terpelanting. Dia steady je.
"Sorry,Azyanie. Saya tak sengaja. Tak nampak awak ada di depan saya." Kalut Daniel meminta maaf. Mana tahu kaki dia patah ke apa.
"Tak apa. Saya tahu awak tak sengaja. Lain kali,awak minta pelajar tolong bawa buku. Bukan main banyak lagi awak bawa buku ni seorang." Daniel tersengih mendengar kata-kata Azyanie. Memang ada pelajar yang ingin membantunya tetapi dia yang menolak tidak mahu pelajarnya ketinggalan semasa guru mengajar.
"I'm so sorry. Kaki awak okey tak? Nak saya bawa pergi klinik?" Kaki Azyanie sudah kebiruan. Teruk ke kaki dia terseliuh?
Azyanie mengangguk perlahan. Macam mana nak pergi ke kelas kalau kaki dah bengkak macam ni. Daniel membantu Azyanie bangun lalu didudukkan di bangku yang berdekatan.
"Awak tunggu sekejap. Saya letak buku dahulu. Lepas tu kita pergi klinik." Dia mengangkat kembali buku-buku yang diletakkan tadi lalu berjalan masuk ke dalam bilik guru.
Beberapa minit kemudian, Daniel kembali semula. Azyanie cuba untuk bangun,namun dia terduduk kembali akibat tidak dapat menahan kakinya yang sakit. Dia mencuba sekali lagi,dia sempat barpaut pada lengan Daniel sebelum jatuh terduduk.
Daniel berdehem. Azyanie segera melepaskan lengan Daniel lalu berpegang pada dinding koridor. Daniel berjalan di belakang Azyanie sambil memerhatikannya daripada terjatuh.
Azyanie merasakan hari ini merupakan hari bertuah baginya walaupun kakinya terseliuh. Daniel yang menawarkan untuk menemaninya ke klinik. Dia senyum sembunyi. Sudah lama dia menantikan saat seperti ini bersama Daniel.
Dari jauh Eby memandang mereka berdua. Daniel membuka pintu sebelah penumpang untuk Azyanie. Lalu kereta Toyota Vios itu meninggalkan kawasan sekolah.
'Niel pergi mana dengan Cikgu Azyanie?'
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Adrar memeriksa buku latihan pelajarnya selepas selesai mengajar topik baru dan memberi latihan yang baru kepada pelajar-pelajarnya.
"Cikgu,soalan nombor 4 saya tak fahamlah."
"Haah la cikgu. Saya pun tak faham." sampuk Ayra di hadapan Eby.
Eby hanya tengok soalan itu. Kalau budak pandai matematik kata tak faham,dia lagilah pening.
Adrar bangun dari tempat duduknya dan mengambil marker pen di atas meja. Dia membaca soalan lalu menulis kata kunci soalan pada papan putih.
Semasa menerangkan soalan tersebut,dia menegur Eby yang tidak menumpukan perhatian. Budak ni kalau dia ada masalah mesti banyak termenung.
"Yuya Irdina. Awak ada masalah ke?" Eby menggeleng menandakan dia tiada masalah.
Adrar kembali memeriksa buku setelah soalan tadi telah selesai.Kali ini,dia memeriksa buku Eby. Okey..tiada masalah cuma soalan yang KBAT sahaja yang
ada sedikit kesalahan. Adrar memanggil Eby untuk kesekian kali.Eby bergerak ke arah Adrar. Dia menerangkan soalan itu kepada Eby satu per satu. Eby mengangguk kepala apabila dia mulai faham.
"Yuya,untuk trial ni saya nak awak dapat A. Ujian lepas awak dapat B+. Jadi tidak mustahil awak boleh dapat A. Saya kagum dengan awak, first exam awak dapat D dan sekarang ni awak banyak meningkat. So,banyakkan lagi latihan okey." Adrar memberi harapan kepada Eby. Eby tersenyum bahagia,tidak sangka mendapat pujian daripada cikgunya.
Adrar menghulurkan buku Eby. Dia tidak sengaja tersentuh jari Eby sehingga buku itu terjatuh ke atas lantai."Maaf,Yuya." Eby hanya mengangguk tanpa memandang wajah Adrar. Dia mengingatkan dirinya sendiri yang dia sudah menjadi isteri orang.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Sudah menjadi rutinnya setiap hari selepas waktu sekolah Daniel akan pulang ke rumah mak mertuanya. Mestilah nak tengok cinta hati.
Eby mengerling sekilas apabila terdengar pintu rumah dibuka lalu dia kembali menonton televisyen.
"Tak nak salam ke?" Pelik. Selalunya dia yang akan datang kepadanya untuk bersalam. Eby bergerak ke arah Daniel lalu mengucup tangan si suami apabila ditegur.
Daniel memegang kemas tangan Eby. Dia dapat rasa yang Eby berperangai pelik hari ini. Masa nak balik tadi pun,dia tidak memandang langsung mukanya. Masam mencuka raut wajah kesayangannya.
Daniel menunduk untuk melihat wajah Eby. Dia melarikan bebola matanya,tak nak bertentangan mata dengan Daniel. Tak tahu ke aku tengah cemburu?
Tangan Daniel naik mengusap pipi mulus itu dan memegang dagu Eby yang berbelah itu untuk mendongakkan kepalanya.
"Kenapa masam je ni? Hmm..ada yang tak kena ke?" Lembut Daniel bertanya.
Eby menggelengkan kepalanya. Tangan Daniel yang berada di mukanya dileraikan. Dia kembali berbaring di atas sofa,sambung menonton rancangan McGyver.
Sah! Memang ada sesuatu yang disorokkan. Dia mengangkat kaki Eby lalu duduk di situ dan meletakkan semula kaki Eby ke atas ribanya.
Daniel menahan ketawa melihat wajah Eby. Makin panjang pula muncung dia. Sebelum kahwin,Eby tak berperangai seperti ini. Kalau tak puas hati,dia akan berterus-terang. Bila dah kahwin dah pandai main sorok-sorok rahsia."Kenapa dengan baby Niel ni? Senyap je. Ada masalah ke dekat sekolah?" Daniel mengurut perlahan kaki kanan Eby. Nak ambil hati budak kecik ni..
Eby tidak tahan untuk menyimpan persoalan itu lama-lama. Dia nakkan jawapan. Dia bangun dari perbaringan lalu menghadap Daniel.
"Selepas rehat,dalam pukul 10 lebih,Niel pergi mana?" Serius mukanya memandang Daniel.
Daniel berfikir dahulu. Dalam 10 lebih..Ohh..Daniel memandang Eby dengan senyum sinis. Kes cemburu ke ni? Tak sangka pulak budak ni cemburu.
Daniel tidak dapat menahan ketawa dari terlepas dari mulutnya. Eby ditarik ke dalam pelukannya. Rambut yang dilepas sehingga paras bahu itu diusap sayang.
"Niel keluar dengan Cikgu Azyanie." Sengaja tidak diberitahu lokasi,mahu menduga Eby.
"Pergi mana?" Laju dia bertanya. Daniel tidak lepas dengan senyuman. Sakit hatilah. Orang tengah marah ni dia boleh senyum memanjang.
"Hmm..Niel pergiiii..."Suaranya dileretkan. Kepala Eby dicium. Wangi. Eby yang tidak sabar mula menggoyangkan badannya ke kiri dan kanan. Untuk kesekian kali dia terrawa dengan gelagat Eby.
"Niel pergi klinik je. Tadi Niel bawa buku banyak sangat sampai tak nampak orang kat depan. Jadi Niel terlanggarlah Cikgu Azyanie sampai terseliuh kaki dia. Takkan Niel nak biarkan sebab salah Niel jugak." Panjang Daniel menerangkan keadaan yang sebenar. Tak nak ada salah faham antara mereka berdua.
"Betul ni? Niel tak tipu?" Bulat mata Eby memandang Daniel. Alahaii..isteri aku ni. Comel tahap nak kunyah-kunyah.
"Tak. Bukan Niel dapat apa-apa pun kalau menipu Eby. Tak naklah cemburu macam ni." Eby meletakkan pipinya di dada Daniel. Saja nak bermanja.
"Mana ada cemburu. Eby tanya je." Dalih Eby.
"Yelah tu.. Kalau Eby cemburu pun lagi Niel suka. Sebab cemburu tu kan tandanya sayang." Daniel menunduk memandang kesayangan di dadanya. Dia tersenyum melihat pipi itu kemerahan. Malulah tu..
Dalam diam, dia memanjatkan rasa syukur. Mengharapkan kebahagiaan terus berkekalan.
'Ya Allah, kekalkanlah sinar bahagia dalam rumahtanggaku ini. Berikanlah rahmat-Mu kepada kami Ya Allah. Amin.."
Sis tak tahu kenapa,kalau bab sweet2 ni rasa nk menyorok dalam selimut je. Tak nk tulis. Malulahhh..🙈
Please vote and comment, my loves💜
*Auchh..ramainya 'love' saya. Hehehehe..*
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Roman pour AdolescentsPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...