Eby pergi ke bilik guru tanpa memberitahu rakan-rakannya terlebih dahulu. Dia orang yang pertama keluar dari kelas selepas tamat waktu terakhir.
Keadaan bilik guru sudah lengang kerana ramai guru yang sudah pulang. Rakan-rakan Daniel juga tidak kelihatan. Mungkin sudah balik.
Eby perlahan-lahan mendekati Daniel yang berada di mejanya. Dia menanda buku-buku latihan pelajarnya. Khusyuk betul dia membuat kerjanya.
Daniel berpaling apabila terasa seperti ada orang yang berdiri di sebelahnya. Dia berhenti melakukan kerjanya setelah memandang Eby.
"Kau okey tak?" Dengan perlahan Daniel bertanya kepada Eby. Eby tidak memandang wajah Daniel itu. Sakit hati!
Melihat kebisuan Eby, Daniel mengemas barang di atas mejanya lalu mengheret Eby mengikutinya ke kereta. Nasib baik tiada orang yang lalu semasa dia kena heret.
"Aku hantar kau balik. Tapi sebelum tu teman aku makan." Kata Daniel. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Di perpustakaan tadi bukan main dia tak nak layan Eby. Tapi dia tak boleh, dia tidak sanggup untuk berbuat begitu.
Eby terpaksa mengikut Daniel apabila Daniel telah menolaknya masuk ke dalam kereta di sebelah pemandu. Daniel masuk ke dalam kereta Toyota Vios itu dan menghidupkan enjin lalu dia memandu keluar dari kawasan sekolah.
Tanpa mereka sedari, mereka telah diperhatikan oleh seseorang.
'Tak guna budak!'
💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗
D'Flora Cafe. Tempat Daniel selalu datang bila berserabut dengan kerjanya.
Eby terpegun dengan decoration kafe ini. Cantik. Banyak bunga yang menghiasi di setiap ruang kafe ini. Bunga hidup pula tu. Kafe ini tidak terlalu sempit dan tidak terlalu luas. Hanya ada 10 buah meja sahaja.
Eby sangat teruja melihat bunga-bunga di situ. Apabila dia jumpa bunga ros berhadapan dengan kaunter, dia duduk bercangkung untuk menghidu bunga itu. Dia tersenyum setelah menghidu bau bunga ros. Dia juga tidak mempedulikan Daniel yang telah duduk di meja berdekatan dengan tingkap.
"Adik suka bunga ros?" Tegur satu suara. Eby memandang ke arah suara itu. Cantiknya kakak ni. Pipi Eby mula memerah bila ditegur oleh kakak itu. Tetapi dia tetap mengangguk juga. Kakak itu hanya ketawa melihat gelagat Eby. Comel.
"Nama kakak Farah. Owner kafe ni." Kata wanita itu lalu mengambil sekuntum bunga ros itu. Dia menghulurkan kepada Eby.
"Eh, akak tak apalah. Eby cuma nak hidu bau bunga itu je." Lembut dia menolak sehingga tersasul membahasakan dirinya Eby.
Kak Farah tersenyum dengan gelagat Eby. "Tak apa. Kak Farah bagi bunga ni dekat Eby." Eby terkejut apabila Kak Farah memanggilnya Eby. Baru dia ingin bertanya, Kak Farah terlebih dahulu berkata. "Tadi adik yang bahasakan diri adik tu Eby. Lagipun sesuai je dengan Eby. Comel macam tuan dia."
Eby tersengih dengan pujian Kak Farah. Dia mengambil bunga ros itu apabila Kak Farah menghulurkannya.
"Eby datang dengan siapa?" Tanya Kak Farah. Eby menunjukkan ke arah Daniel yang memerhatikan mereka berdua.
"Ouh..dengan Daniel."
"Kak Farah kenal?" Soal Eby.
"Dia selalu datang sini buat kerja dia. Kiranya macam pelanggan tetap la."

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...