Eby yang aru keluar dari dewan peperiksaan,Daniel cuba dekati. Dia tersenyum melihat Eby menggeliat kecil,mungkin lega exam addmath telah pun tamat. Malangnya, Adrar terlebih dahulu menegur Eby yang duduk di kerusi batu.
Langkahnya terhenti di depan koperasi,hanya memerhati dua makhluk yang bergelak ketawa yang tidak jauh darinya.'Eby..Niel rindukan Eby. Kenapa senyuman tu bukan untuk Niel?'
"Daniel, kau tercegat kat sini kenapa?" Bahunya ditepuk oleh Mikael. Nazrin disebelah Mikael dipandang. Nazrin seakan-akan mengerti perasaan Daniel ketika ini. Cemburu.
Daniel tersenyum pahit. "Tak ada apa-apa la. Aku cuma nak panggil Adrar je tapi dia tengah berborak dengan budak tu."
Mikael mengangguk mendengar penjelasan Daniel. Mereka bertiga menuju ke arah Adrar dan Eby setelah Mikael memaksa Daniel untuk mengikut mereka sekali.
"Macam mana exam,Yuya?" Jelas riak Eby terkejut mendengar Nazrin menyebut namanya. Dia bukan pelajar popular di sekolah,jadi peliklah kalau cikgu yang tidak mengajar kelasnya mengenali dirinya.
"Ermm..boleh la cikgu." Kekok Eby membalas pertanyaan Nazrin. Wajah sugul Daniel dipandang. Kesian jugak melihat rakannya begini,dah la tiba-tiba tak jadi kahwin dengan Maira. Eby tidak mempedulikan kehadiran Daniel,sehabis mungkin dia mengawal diri untuk tidak berpaling ke arah Daniel.
Daniel berpaling ke arah suara yang memanggilnya dari tingkat 1. Wajah Azyanie terpacul di koridor sambil menggamit Daniel untuk ke datang kepadanya.
Eby menahan perasaan melihat cara Azyanie memanggil Daniel. Dia perasan lenggok Azyanie seperti menggoda Daniel.
Daniel meninggalkan mereka berempat kerana kehadirannya di situ seperti tidak wujud. Adrar perasan Eby memandang Daniel tidak lepas, menaiki tangga menuju ke arah Azyanie yang menunggunya.
'Niel..Eby rindu Niel. Kenapa Niel rapat dengan cikgu Azyanie?"
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Genap dua minggu mereka tidak saling menegur. Masing-masing ego walaupun rindu menggunung di dada.
"Eby,mak nak tanya boleh?" Eby terhenti dari memotong sayur.
"Tanyalah. Kenapa nak mintak izin pulak?" Tak pernah Puan Wardi meminta izin kalau nak bertanya apa-apa.
"Eby bergaduh dengan Niel ke?" Puan Wardi memerhati segenap wajah Eby untuk mencari jawapan.
"Taklah." Sepatah dia menjawab. Tidak berminat untuk menjawab panjang.
"Habis tu kenapa mak tengok Eby dingin je dengan Daniel?"
"Mak sayur ni Eby dah basuh. Eby nak pergi bilik air kejap." Soalan Puan Wardi dibiarkan. Puan Wardi mengeluh perlahan,tidak suka anak menantunya bergaduh.
..
Selepas makan tengah hari, Eby mengutip pinggan di atas meja makan dan diletakkan di dalam sinki untuk dibasuh.
Daniel berbual-bual dengan ayah mertuanya di ruang tamu. Puan Wardi yang mengajak Daniel untuk makan tengah hari bersama setiap hujung minggu.
"Daniel..ayah nak cakap sikit. Ayah bukan nak menyebelahkan anak ayah,tapi ni nasihat lelaki kepada lelaki. Kalau Daniel sayangkan Eby,turunkan ego. Semua tu takkan menjatuhkan maruah kita kalau kita dulu yang meminta maaf. Lebih baik rendahkan ego sebelum kehilangan orang tersayang." Panjang nasihat ayah mertuanya. Daniel menunduk untuk menghadam nasihat itu.
Daniel tersenyum. Sedikit sebanyak nasihat itu meresap ke dalam hatinya. Lalu dia meminta izin melihat Eby di dapur.
Dia memerhati gerak-geri Eby membasuh pinggan sambil menyandar pada dinding. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slack bewarna khaki. Rindu nak dengar suara budak ni merengek bila diusik. Rindu nak bermanja dengannya. Semua tentang Eby dia rindu.
Eby ralit melakukan kerjanya sambil melayan perasaan. Terus terhenti kerjanya apabila terasa sepasang tangan sasa melingkari pinggangnya.
"Eby.."Seperti tidak terkeluar suara Daniel menyebut namanya.
Eby masih kaku berdiri dengan Daniel memeluknya dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Eby.
"I miss you.." Tangan Daniel cuba dirungkaikan dari pinggangnya. Daniel tidak menghiraukan Eby yang berusaha untuk melepaskan diri darinya malah pelukan makin diketatkan.
"Please stay sayang.. Niel rindukan Eby. Niel minta maaf sebab Niel tak jujur dengan Eby. I'm so sorry.." Air mata lelakinya perlahan mengalir turun. Terdengar esakan kecilnya.
"Niel sayang Eby. Niel tak nak kehilangan Eby.. You really important in my life because you're my queen,my soul and my life.." Daniel berhenti seketika. Tepi kepala dicium sayang.
"Niel cintakan Eby.. I just want you,only you. Not anyone else." Eby tidak menahan tangisan. Dia tewas,tewas dengan rindu terhadap lelaki ini.
Tangan Daniel disentuh lembut,dia berpusing menghadap Daniel. Wajah Daniel yang basah diperhati,dia rindukan lelaki ni. Tangannya naik mengusap pipi Daniel,diusap sayang.
Tangan Eby di pipinya dipegang. Tidak lepas mata Daniel memandang wajah kekasih hatinya. Eby menyembamkan mukanya ke dada bidang Daniel. Tubuh sasa itu dipeluk erat,melepaskan rindu.
"Eby rindukan Niel..tsk..tsk..jangan tinggalkan Eby. Eby takut.." Daniel membalas pelukan Eby. Jujurnya,dia juga takut kehilangan Eby.
"Niel pun rindukan Eby. I'm sorry sayang." Tidak berhenti dia meminta maaf dari Eby. Cukuplah selama dua minggu ini dia menanggung rindu pada Eby. Sesungguhnya Eby penguat semangatnya. Kepala Eby dicium,jelas bau strawberi. Bau inilah yang sentiasa dirinduinya dan sentiasa tersemat dalam ingatannya..
Sis dh mngntuk sbnrnya tpi tahan je nk update this chap and layan Hawaii five-0 😳
Please vote and comment.

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Genç KurguPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...