"Eby nak pergi sekolah jugak!" bentak Eby.
"Tak boleh Eby. Eby belum sihat lagi. Kalau jadi apa-apa susah." pujuk Daniel dengan lembut.
"Tak nak! Dah banyak hari Eby tak pergi sekolah. SPM makin dekat,Eby tak nak la ketinggalan." Eby menggoyangkan tangan Daniel,meminta simpati.
"Abang jugak yang cakap nak tengok Eby berjaya. Tapi kenapa abang tak bagi Eby pergi sekolah?" Sambungnya lagi setelah tiada respon dari Daniel. Semenjak ini dia terlalu sensitif. Cepat sangat rasa sedih.
"Memang abang nak Eby berjaya tapi sekarang Eby masih sakit lagi sayang." Bahu Eby diusap perlahan.
"Tak nak abang. Eby nak pergi jugak. Kalau abang tak nak hantar, Eby boleh pergi jalan kaki." Eby bangun dari birai katil lalu mengambil baju sekolah yang telah digosok. Bilik air ditujunya untuk memakai baju sekolah.
Daniel mengeluh perlahan. Hatinya berat untuk biarkan Eby pergi sekolah walaupun dia juga berada di situ. Sebelum ni dia terlepas pandang sehingga Azyanie mencederakan isterinya. Tapi kali ini dia perlu lebih berhati-hati.
Daniel berpaling apabila mendengar pintu bilik air dibuka dari dalam. Isterinya sudah berbaju sekolah. Daniel mengeluh seketika. "Abang hantar Eby pergi sekolah. But please be careful. Abang tak nak Eby sakit lagi." Tangan Eby yang berbalut dipegang dengan lembut,tidak mahu menyakitkan isterinya. Jelas raut wajahnya yang risau.
Eby mula senyum. Tubuh Daniel didakap erat seperti tidak mahu melepaskannya. "Terima kasih abang. Eby janji Eby belajar bersungguh-sungguh." Daniel mengelus perlahan pipi Eby,dia boleh nampak kesungguhan Eby. Dia tidak patut menghalang isterinya itu.
"Ye lah.. Belajar elok-elok. Cepatlah dah nak pukul 7.30 pagi. Nanti sampai lewat pulak."
Eby bergegas menyarungkan tudung sekolahnya setelah ditegur oleh Daniel.💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Daniel mencicip sedikit kopi yang disediakan oleh Eby. Kerjanya masih banyak lagi yang belum siap ditambah lagi dengan buku-buku pelajarnya yang belum ditanda. Eby yang duduk bersila berhadapannya dipandang seketika. Khusyuk dengan kerja sekolah. Bilik Eby tidak terlalu luas sebab itu mereka hanya menggunakan meja jepun yang bersaiz besar.
Eby memandang sekilas ke arah Daniel apabila terdengar keluhan berat suaminya. "Abang okey?" Pen diletakkan di atas buku lalu beralih ke arah Daniel. Rambut Daniel yang berserabut dirapikan dengan lembut.
Tangan Eby yang membetulkan rambutnya dipegang kemas dan tubuh Eby diangkat sedikit untuk diletakkan di atas ribanya. Tubuh kecil isterinya dipeluk dari arah belakang, dagunya diletakkan di atas bahu Eby. Begitu dekat dengan leher Eby sehingga terasa haba nafasnya.
"Abang penat la sayang. Kerja abang masih banyak lagi. Macam tak ada guna abang minum kopi,rasa lagi mengantuk ada la." Daniel memejamkan matanya. Tiba-tiba pula datang mood nak bermanja dengan Eby.
"Abang rehat la dulu. Abang jangan la kerja kuat sangat nanti abang jatuh sakit. Kalau abang sakit nanti Eby rindu abang." Tangan Daniel di pinggangnya diusap. Daniel ketawa perlahan mendengar kata-kata Eby. Hidungnya digeselkan perlahan pada leher Eby sehingga merengek geli budak kecik tu.
"Setiap saat abang rindukan baby abang. Kalau boleh abang nak ikat Eby dekat pokok belakang rumah tu,tak nak bagi Eby pergi jauh-jauh." Eby mengerutkan dahinya. Sampainya hati nak ikat kita dekat pokok.
"Abang tak sayang Eby la tu abang nak ikat Eby dekat pokok. Pokok banyak kerengga tau,kalau dia gigit Eby macam mana?"
"Abang sapu ubat lepas tu abang bunuh kerengga tu. Suka hati je gigit baby abang." Dakapannya dieratkan lagi.
"Hmm...tak baik tau bunuh kerengga tu. Tu kan tempat dia jadi abang kena letak Eby tempat lain la." Eby menyandar pada dada Daniel dan mendongak sedikit untuk memandang Daniel yang menunduk melihatnya.
"Nak letak dekat mana?" Daniel bertanya.
"Dekat sini." Dada sebelah kiri Daniel disentuh sambil mempamerkan wajah yang comel buat suaminya. Daniel memandang Eby dengan wajah tidak percaya. Betul ke ni siteri aku,tak pernah pulak dia nak bercakap macam ni. Namun, bibirnya terukir jua senyuman manis buat isteri tersayang.
"Sayang sentiasa ada dekat sini. Tak pernah sekali pun abang buang." Pipi gebu Eby dicium berkali-kali. Eby mula mengekek ketawa, tidak tahan geli terkena kumis Daniel.
Rambut Eby dibetulkan setelah reda dari tawa. Habis merah mukanya kerana terlalu banyak ketawa. "Jom tidur sayang. Abang mengantuklah." Tanpa menunggu balasan Eby, terus tubuh itu didukung. Terdengar jeritan kecil Eby apabila dia mula berdiri dan tangan kecil itu berpaut pada lehernya,takut jatuh ke bawah.
Daniel bergerak ke arah katil dan dibaringkan Eby di atas tilam. "Tapi abang, Eby belum siap lagi kerja sekolah." Eby memerhati Daniel menuju ke arah suis lampu,kemudian bilik mula kegelapan, hanya diterangi dengan cahaya bulan dari luar.
"Abang kejutkan Eby pukul 4 nanti. Abang pun tak siap lagi kerja abang. Kita buat kerja sama-sama okey. Kan Eby jugak yang kata kalau penat kena berehat. Sekarang ni abang berehat dengan isteri abang la ni." Eby ditarik masuk ke dalam pelukannya. Sayup-sayup kedengaran Daniel berzikir. Sudah menjadi rutin, setiap kali tidur Daniel akan membaca doa dan berzikir terlebih dahulu. Kemudian dihembuskan perlahan pada ubun-ubun Eby.
Eby berasa sangat tenang dengan perbuatan suaminya. Bagaimana hidupnya jika suatu hari ditakdirkan Daniel tiada disisinya? Mampukah dia menempuhi semua itu?
3 hari sis x sempat nk update sbb sis busy sgt. Sorry ye sape yg trtunggu-tunggu tu *ada ke yg tunggu😂* doakan sis ehh sbb esk sis ada ujian 😅 dan mungkin xdpt update esk. Kalau sis ada masa sis updte okehh😘
Please vote and comment💕

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Fiksi RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...