Daniel mendekati ibu bapanya di ruang berehat. Hubungan antara Dato' Kamal dengan Daniel masih belum pulih. Tetap dingin. Masing-masing tinggi dengan ego dalam diri.
"Ma, lusa keluarga Maira ajak pergi rumah diorang. Nak bincang tentang tarikh perkahwinan Niel dengan Maira." Terjegil mata kedua ibu bapanya. Apa dah merasuk anaknya ni?
"Niel fikir balik Niel nak terus nikah je. Malas nak bertunang bagai." Sambung Daniel apabila tiada balasan dari orang tuanya.
"Niel.. Sekarang ni Eby pregnant. Kenapa Niel sikit pun tak kesiankan dia?" Daniel mendengus kasar dengan soalan mamanya.
Sikit-sikit budak bebal tu!
"Ma benda ni tak ada kena mengena dengan dia pun. Dia pregnant ke dia sakit ke, Niel tak kisah. Apa yang Niel nak, Maira yang jadi isteri Niel." Keras suaranya menyatakan kemahuannya.
"Sampai aku mati pun aku takkan pergi. Isteri seorang pun tak tahu nak jaga, ni dua isteri lagi huru-hara!" Marah Dato' Kamal lalu mendaki anak tangga menuju ke arah bilik yang kediami olehnya dan si isteri.
Daniel mencebik. Datin Ros menyandar pada sofa. Kalau anaknya berterusan bersama Maira tanpa sebarang ikatan, perkara itu akan menjadi dosa. Tapi bagaimana dengan Eby, boleh ke dia terima dengan keadaannya yang berbadan dua?
"Ma.." Panggil Daniel apabila Datin Ros kelihatan termenung jauh. Datin Ros tersentak lalu memandang ke arah anaknya. Senyuman pahit terukir pada bibirnya.
"Esok mama bagi jawapan ya. Mama naik atas dulu. Kepala mama sakit." Terus dia beredar dari ruang berehat. Daniel menghembus nafas kasar. Kalau mereka tak nak pergi, biar aku seorang je yang pergi nanti.
Dapur dituju untuk minum air. Serabut dengan perangai mama dan papanya yang selalu menangkan menantu kesayangan mereka. Daniel menuju ke dapur untuk menghilangkan rasa kering di tekaknya.
.
Daniel mengeluarkan kemeja berwarna coklat cair yang baru dibelinya dari beg kertas. Dia keluar dari bilik lalu terpekik menjerit nama Eby dari tingkat atas. Namun, tiada sahutan dari Eby.
Terus hatinya berasa panas. Tingkat bawah dituju lalu membuka pintu bilik Eby. Kosong. Kemudian, dia menuju ke dapur. Kelihatan Eby baru sahaja menyuapkan nasi ke mulut.
Rambut Eby dicengkam kasar dari belakang sehingga terdongak. "Kau pekak ke sial?! Dari tadi aku menjerit panggil kau macam orang gila, kau sedap je melantak dekat dapur ni!" Eby mengerang kesakitan di kepala.
"Abang lepaslah. Eby minta maaf, Eby tak dengar. Eby lapar." Sayu suara Eby meminta simpati dari sang suami. Rambut Eby dilepaskan dan kepala Eby ditolak-tolak kasar.
"Kau lapar? Kesiannya dekat kau.." Nasi di dalam pinggan diambil lalu disuap kasar ke mulut Eby. Nasi diambil lagi dan disuap lagi ke sehingga mulut Eby penuh dengan makanan.
"Makanlah!" Pipi Eby ditampar bertalu-talu. Mak Timah berasa kasihan melihat Eby diperlakukan sebegitu oleh Daniel. Dia uba menegur perbuatan Daniel.
"Daniel..janganlah buat Eby macam tu. Kesian dekat dia tak boleh nak makan." Perlahan Mak Timah menegur Daniel. Daniel geram dengan Perangai Mak Timah. Kenapa semua orang sayang sangat dekat budak tak guna ni!?
"Mak Timah diam! Ini urusan rumah tangga aku! Mak Timah jangan sibuk masuk campur dalam hal ni! Ingat sikit kau tu orang gaji je dalam rumah ni." Terpana Mak Timah dengan sikap Daniel. Mana perginya Daniel Shah yang dulu? Yang hormat orang tua tanpa mengira darjat?
Bergenang air mata orang tua itu. Dialah yang menjaga Daniel dari kecil apabila Dato' Kamal dan Datin Ros sibuk dengan urusan pekerjaannya. Dia yang menyuap Daniel makan apabila anak itu merengek lapar. Sekarang keadaan sudah berbeza, tiada lagi Daniel yang lemah-lembut dan menghormatinya sebagai orang tua.
Wajah Eby dicengkam kuat dan ditatap dengan penuh jijik. Kenapa aku bodoh sangat sampai boleh kahwin dengan budak mentah ni?
"Kau dengar sini Eby, selagi kau ada dalam rumah ni aku seksa hidup kau. Aku akan buat kau seperti tinggal di neraka. Faham!?" Wajah Eby ditampar lagi apabila tiada balasan.
"Fa-faham.." Pedih tekaknya untuk menelan makanan yang banyak di dalam mulutnya.
Terenjut bahunya apabila Daniel menolak pinggan nasinya sehingga berterabur nasi dan lauk di atas lantai. Eby diheret turun dari kerusi lalu ditolak ke lantai. Eby sempat menongkat tubuhnya dari terhempap kuat.
"Abang.." Tidak tersentuh hati lelakinya melihat isterinya yang lencun dengan air mata. Semakin kuat sendu isterinya apabila nasi yang kotor di atas lantai di masukkan ke dalam mulutnya. Tidak peduli tangannya kotor asalkan hatinya puas melihat Eby terseksa.
Mak Timah ingin menghalang tetapi Daniel memberi amaran supaya tidak datang mendekati.
"Kau jangan nak ludah balik! Telan!" Arah Daniel. Eby terpaksa menelan makanan yang sudah kotor kerana takut Daniel menyakitinya lagi. Mama minta maaf..mama bagi anak mama makanan kotor.
Setelah berpuas hati, dia melepaskan wajah Eby. Baju yang dibawa turun bersama tadi diambil lalu dilemparkan ke muka Eby.
"Kau basuh baju aku. Esok aku nak pakai. Kau tak buat apa yang aku suruh, memang kau menempah maut." Kaki Eby disepak sebelum beredar dari situ. Eby hanya mampu menangis kesakitan. Perutnya yang sedikit timbul disentuh perlahan.
"Mari sini,nak. Biar Mak Timah yang basuh." Tubuh Eby dipeluk. Baju yang dilempar Daniel di ambil dan diletakkan ke tepi. Diusap perlahan kaki Eby yang sedikit kebiruan. Semakin kuat esakan Eby di bahu Mak Timah.
"Mak.. Eby nak mak. Eby sakit dekat sini mak.."
Alhamdulillah ayah sis dh boleh keluar🙆 mcm sis jnjikan sis akn updte dan tadaaaaa! Sis dh updte😇
Please vote and comment💕
ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Teen FictionPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...
