Bab 25

5.9K 324 4
                                    

Eby melangkah malas masuk ke dalam kelasnya. Nak cuti lagi! Nak tidur puas-puas.

"Yuya! Kau pergi mana cuti semingu? Aku pergi rumah,kau tak ada." Hani menegur. Macam aku ni duduk 10 batu dari dia.

"Aku pergi KL, rumah mak saudara aku. Kenapa?" Eby membuka buku latihan addmath yang dibeli oleh Daniel semalam. Dahlah dia nak periksa jawapan,siap bagi amaran lagi suruh siapkan.

"Saja je..ingatkan nak ajak kau lepak. Nasib baik kakak ipar aku ada, bawak aku pergi jalan-jalan kat Port Dickson. Hilang jugak bosan aku. Dahlah kau tak cakap pergi KL. WhatsApp pun tak balas." Dah macam burung belatuk je Eby ni. Mengangguk je kerja. Tak masuk dalam kepala pon rungutan sahabatnya itu. Main angguk je.

"Masyaallah..kenapa kawan aku seorang ni rajin buat addmath?" Kata Ayra tiba-tiba. Eby menjeling ke arah Ayra. Menyindir je kerja yang ni sekor.

"Aku dah bertaubat. Dapat hidayah masa cuti seminggu. Korang ada dapat hidayah tak nak lulus Biologi?" Pedas Eby menyindir. See the leg la nak sindir tu. Hahaha!

"Alhamdulillah..kawan aku dah dapat hidayah. Tak apa doakan kitorang cepat sedar ehh.. Trial pun dah nak dekat." Eby menjulingkan mata ke atas. Menyampah betul. Kuat mereka ketawa dengan reaksi Eby. Akhirnya mereka diam apabila guru Sejarah melangkah masuk ke dalam kelas.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Daniel mengetuk bilik Eby sebelum masuk. Mana tahu isteri dia tak pakai baju ke apa..naya je nanti. Dia memulas tombol pintu apabila Eby membenarkan masuk.

"Eby, buat apa tu? Gigih betul Niel tengok." Daniel membuka ikatan tali leher. Beberapa butang baju kerjanya dibuka dan lengan bajunya dilipat hingga paras siku. Eby berpaling ke arah suara itu,ingatkan emak dia rupanya Daniel. Eby berhenti membuat latihan lalu bersalam dengan suaminya.

"Eby buat latihan addmath yang Niel suruhlah. Tapi banyak yang Eby tak boleh jawab. Niel tolong ajarkan boleh?" Eby mencebikkan bibirnya. Tak sukalah tak boleh jawab soalan ni,selalu je jawapan salah sampai terkoyak buku.

"Boleh..tapi teman Niel makan dulu. Niel laparlah. Tadi lepas solat zohor dekat sekolah terus je masuk mesyuarat." Eby tak tahu sama ada dia salah dengar ke apa,dia rasa cara Daniel bercakap macam manja je. Hehehe..

"Okey..Niel pergilah mandi dulu. Eby panaskan lauk kejap." Dia mengemaskan dahulu buku-buku yang berselerak di atas meja. Kemudian, dia melintasi Daniel untuk keluar dari bilik.

Daniel sempat memegang tangan Eby sebelum dia membuka pintu untuk keluar. Lalu satu kucupan hangat singgah di pipi gebu itu.
Bulat mata perempuan kesayangannya.

"Itu upah untuk Eby sebab Eby dah layan Niel dengan baik. Thank you my love." Daniel mengusap lembut kepala Eby. Kemudian,dia mengambil tuala Eby yang disangkut pada penyidai lalu masuk ke dalam bilik air. Dia tidak kisah berkongsi tuala dengan isterinya.

Eby memegang pipinya yang dicium tadi. Panas pipinya menahan malu.

..

Eby menghidangkan lauk-pauk yang dipanaskan tadi. Nasi dicedokkan ke dalam pingagan Daniel. Sedari tadi Daniel tidak lepas memerhati Eby yang melakukan kerja. Sekarang ni, hanya tinggal mereka berdua di rumah.Yang lain semua pergi ke pasar malam. Ceitt..

"Eby tak nak makan ke?" Prihatin Daniel bertanya. Risau kalau terjadi apa-apa pada Eby semasa ketiadaannya nanti. Petang nanti dia dah kena balik ke rumah sewanya. Tidak mahu rakan-rakannya mengesyaki apa-apa.

"Tak apa..lepas ni Eby makan. Niel makanlah dulu." Lembut Eby menolak. Daniel menarik kerusi disebelahnya lalu menyuruh Eby duduk di sebelahnya. Eby duduk tanpa banyak soal.

Daniel membasuh tangannya kemudian membaca doa makan. Dia menyuap nasi ke mulutnya. Matanya dikerling ke arah Eby yang bermain dengan telefonnya. Suka sangat budak ni godek telefon orang. Gallery pun penuh dengan gambar dia je.

"Eby makanlah sikit. Niel suapkan." Eby ingin menghalang tetapi Daniel tetap berdegil nak suapkan. Nak tak nak dia membuka mulut. Jari Daniel sengaja digigit sedikit. Daniel menjegilkan matanya.

"Nakalnya budak ni..main gigit-gigit jari Niel. Niel gigit pipi tu baru tahu." Daniel mengacah untuk menggigit pipi Eby.

Cepat-cepat kedua pipinya ditutup dengan tangannya. Nanti monster dekat sebelah dia ni gigit betul-betul. Daniel ketawa bahagia dengan karenah Eby. Ada-ada je isteri aku ni..

"Wahhhh..terbau bunga-bunga cintalah dekat sini. Mak tak bau ke?" Choii..mulut! Orang baru nak rasa bahagia, si mulut lembik ni dah balik, siapa lagi kalau bukan kak long Eby, Kak Faz.

"Mak pun ada terbau jugak." Puan Wardi menarik nafas dengan kuat. Saja la tu nak kenakan orang.

"Makkkk.." Rengek Eby. Tak sukalah kalau emaknya bersekongkol dengan kak longnya.

"Mak mana roti john Eby?" Patutlah tak nak makan,dah pesan makanan kegemaran dia.

Puan Wardi menghulurkan plastik itu kepada Eby. Anak dia tak pesan pun dia akan beli juga. Dah tahu anaknya suka makanan ini.

"Niel nak?"Eby menyuap roti john yang telah dipotong ke mulutnya. Daniel membuka mulutnya,dia ingin Eby menyuapkannya.
Dengan spontan Eby menyuapkan Daniel di hadapan Kak Faz dan Puan Wardi.

"Auchhh..so sweet.."








Sebab sis tak boleh tido,sis belanja satu chap untk korang😘

Please vote and comment🙆

Daniel's GirlWhere stories live. Discover now