Hariz membimbit beg pakaian Eby manakala Puan Wardi memimpin tangan Eby keluar dari hospital. Semua pakaian dan barang Eby dikemas oleh Datin Ros dan dibawa ke hospital kerana Eby tak nak pulang ke rumah kerana takut terserempak dengan Daniel walaupun sudah berkali-kali dipujuk.
Dato' Kamal juga datang bersama Datin Ros untuk menghantar menantu mereka. Walaupun sedih untuk berpisah dengan menantu mereka, mereka mengekalkan wajah dengan riak biasa supaya Eby tidak dapat mengesan kesedihan mereka berdua.
Hariz meletakkan beg Eby di dalam kereta kemudian kembali semula kepada mereka. Matanya tertangkap kereta yang mencurigakan berhampiran kereta ibu saudaranya. Orang di dalam kereta itu terlalu asyik memerhatikan Eby sehingga tidak sedar mereka diperhatikan oleh Hariz.
Namun, Hariz tidak mempedulikan mereka. Mungkin mereka menunggu seseorang. Dari segi jenis kenderaan seperti kereta orang kaya. Orang yang ditunggu itu mungkin orang yang ternama.
Senyuman diberi kepada Eby setelah sampai di hadapan mereka. Tidak putus nasihat Datin Ros kepada Eby kerana terlalu risau dengan menantu dan bakal cucunya. Dato' Kamal menggeleng perlahan dengan perangai isterinya. Kalau dah sayang macam-macam kata nasihat dia berikan semasa hendak berpisah.
Eby melihat nombor di telefonnya apabila berdering. Dia meminta diri untuk menjawab panggilan dan menjauhi mereka sedikit. Hariz memerhati gerak laku Eby menjawab panggilan. Entah mengapa hatinya berasa gusar. Seperti ada perkara buruk yang akan berlaku kepada sepupupnya.
"Helo.."
Senyap.
Tiada suara yang menyahut di sebelah sana. Hanya deruan nafas yang kedengaran. Eby melihat telefonnya untuk kesekian kali. Panggilan masih berhubung dengan nombor ini tetapi tiada sepatah pun yang dia dengar.
"Helo.. Siapa ni? Kalau tak nak bercakap jangan call." Tegas suara Eby memberi amaran. Semasa dia ingin menekan butang merah, matanya terpandang seseorang mengacukan pistol ke arahnya dari dalam kereta. Tubuhnya terasa kaku kerana terlalu takut.
Bangg!!
Semua menjerit ketakutan apabila tembakan dilepaskan berdekatan mereka. Hariz terus berpaling untuk mencari Eby. Pandangannya terhalang dengan orang ramai yang berkeliaran melarikan diri kerana takut mereka yang menjadi mangsa.
"Eby!" Jerit Hariz.
Terasa luruh jantungnya melihat kesan darah di atas lantai di tempat Eby menjawab panggilan tadi. Eby..kenapa semua ni berlaku?
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Dato' Hisyam tersenyum mendengar berita dari orang suruhannya. Hatinya begitu gembira kerana dapat menumpaskan saingan anaknya. Kasihan kau Eby. Aku pun tak nak buat lau macam ni tapi aku terpaksa sebab kau merampas kebahagiaan anak aku.
Daniel masuk ke dalam biliknya dengan bersahaja. Wajah gembira orang tua itu dipandang.
"Apa yang daddy gembira sangat tu?" Tegur Daniel dengan bersahaja.
Dato' Hisyam memandang tepat ke arah mata Daniel. Selepas itu, dia ketawa kuat sehingga bergema satu bilik. Daniel hanya tersenyum nipis.
"Kamu nak tahu? Rancangan kita hari tu dah berjaya." Terus mati senyuman Daniel. Eby..dia dah mati ke? Tak mungkin. Aku tak nak masuk penjara.
Dato Hisyam menegur Daniel untuk bertenang setelah melihat wajah itu bertukar puacat. "Rileks Niel. Kalau diorang bocorkan rahsia ni, memang diorang tempah maut. Polis takkan tahu semua ni."
Bahu Daniel ditepuk-tepuk. Dia tahu Daniel tidak pernah terlibat dalam perkara begini. Lagipun orang suruhannya memang pakar dalam perkara ini.
"Daddy, Eby..dia masih hidup kan?" Mertuanya hanya mengangkat bahu menjawab pertanyaan Daniel.
"Daddy tak tahu dan daddy tak nak ambil peduli. Lantak dialah nak hidup ke nak mati ke. I just don't care about her. Kalau mati pun lagi bagus kan? Niel dengan Maira pun akan lebih bahagia." Terkejut Daniel dengan respon Dato' Hisyam.
You don't care about her but I care about her. Kalau jadi apa-apa memang semua orang akan tahu aku puncanya sebab orang tahu aku yang benci sangat pada dia. Daniel hanya mampu berkata dalam hati. Diam memikirkan keadaan Eby sekarang. Rasa menyesal pula kerana mengikut rancangan orang tua dihadapannya.
.
Maira menempel dengan Daniel apabila melihat lelaki itu begitu kusut. Bahu Daniel diurut lembut. Daniel membiarkan tangan Maira di bahunya dan menikmati urutan itu. Sedikit sebanyak dapat melegakan bebanannya. Kepalanya sakit dengan tiba-tiba tetapi tidak diberitahu kepada Maira. Terasa denyutan samakin kuat. Dipicit-picit perlahan dahinya.
Wajah Eby tersenyum bahagia seakan-akan di hadapan matanya. Betul ke Eby isteri aku yang aku agungkan dulu? Kenapa aku tak percaya?
"Abang, I love youuuuuuu!!"
"Eby sayang abang ketat-ketat. Seketat simpulan tali mati."
"Yuya Irdina loves Daniel Shah so much!"
Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Setiap kenangannya bersama Eby seperti ditayang di mindanya.
"Sayang kenapa ni? You sakit kepala lagi ke?" Daniel menepis tangan Maira di kepalanya lalu naik ke atas menuju ke biliknya untuk berehat. Dia masih tidak boleh menerima yan g Eby isterinya yang sah.
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Roman pour AdolescentsPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...