Daniel tersedar bila terdengar orang ketawa di dapur. Dia menutup mukanya dengan bantal. Apa yang bising sangat dekat dapur tu?
Daniel bangun dari pembaringan dan duduk bersandar pada sofa sambil melihat jam di dinding. 3.30 petang. Dia melihat Hariz dan Rifqie masih terbongkang tidur. Terus idea jahat datang untuk kenakan dua orang sepupunya.
Dia masuk ke biliknya dan mengambil dua marker pen. Dia mendekati Hariz. Marker pen dibuka dan muka Hariz diconteng. Macam-macam dilukis pada muka Hariz. Dilukis misai kucing, telinga arnab dan yang paling penting bentuk love di hidung Hariz. Bibirnya digigit menahan ketawa. Sedang Daniel khusyuk 'kerjakan' muka Hariz, bahunya ditepuk kuat oleh seseorang dari belakang.
'Alamak! Takkan la si Rifqie ni dah bangun. Mampus la aku. Dia pun aku tak sempat buat apa-apa.'
Daniel berpaling ke belakang dan mendongak dengan perlahan-lahan. Rifqie jangan buat bising.
Daniel melepaskan nafas lega setelah melihat orang di belakangnya tadi. 'Ishh..budak ni buat aku berdebar je la'
"Niel buat buat apa tu hahhh?!" Sergah Eby.
"Tak nampak aku tengah mengajar dekat sini?"sindir Daniel.
Eby menjuihkan bibirnya mendengarkan jawapan Daniel. "Daripada kau tercegat kat situ meh sini tolong aku." Daniel menghulurkan satu lagi marker pen kepada Eby.
"Nak buat apa dengan benda ni?" Duhh..lurus bendul la pulak budak ni. "Kau buat macam ni dekat Rifqie,"sambil menunjukkan muka Hariz yang telah di 'make up'.
Eby mengangguk lalu mendekati Rifqie yang dibuai mimpi. Eby mula menconteng muka Rifqie. Dilukis gambar siput dalam cerita kartun SpongeBob Squrepants di atas dahi, gambar bunga dan yang paling berharga ditulis oleh Eby di pipi kiri Rifqie 'Saya kunyit'. Eby tergelak dengan apa yang ditulisnya. Dia memanggil Daniel untuk melihat hasil seninya.
Daniel tergelak melihat apa yang ditulis oleh Eby. Aduhh..budak ni. Boleh tahan jugak kejam dia.
Mereka berdua melakukan high five setelah siap melakukan kerja mereka. Daniel masuk ke dalam biliknya mengambil tuala untuk mandi manakala Eby pula menuju ke luar rumah untuk mengambil beg pakaiannya di dalam kereta.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Daniel POV
Selesai mandi, aku duduk di sebelah Eby di meja makan. Cehh..sedap je budak ni melantak bubur kacang hijau yang nenek buat. Dah la masih panas.
Aku terus mengeheret mangkuk yang berisi bubur ke arah aku setelah Eby meletakkan sudu di dalam mangkuk.
Dengan muka tak bersalah, aku menyuap bubur kacang ke mulut aku dan membuat muka betapa nikmatnya dapat makan bubur kacang dekat Eby.
Hahahaha! Budak ni dah keluar asap dah.
Aku buat-buat tak nampak jelingan budak pendek kat sebelah ni dan meneruskan suapan sehingga mangkuk itu menjadi kosong. Wauu..sedapnya!
"Daniel..nak mengusik Eby la tu kan. Pergi ambil yang lain untuk Eby,"mama menegur.
Baru sahaja aku ingin membuka mulut papa pulak mencelah,"Go now Daniel Shah."
Aku bangun dan mencedok bubur kacang yang masih panas ke dalam mangkuk. Aku meletakkan mangkuk itu betul-betul di hadapan Eby.
Huh! Sengih ye kau..tak apa nanti kena la kau budak.
Aku duduk kembali di meja makan sambil menghadap telefon. Tiba-tiba pula budak dekat sebelah aku ni ketawa.
"Kau kenapa?" Eby menjuihkan bibirnya ke suatu arah. Terus aku ketawa melihat makhluk yang 'kacak' tu.
"Astaghfirullahalazim..Rifqie kamu ni datang dari mana ni!?" Haa amik kau..nenek dah mula nak membebel.
"Kenapa nek? Tahulah Rifqie ni handsome." Puihh! Handsome kau! Kau tengok muka kau kat cermin nanti kau sendiri pengsan.
"Saya kunyit,"tetiba pulak Eby membaca perkataan yang ditulis di pipi Rifqie.
Aku ketawa perlahan dan bangun mengambil cermin yang tergantung di dinding. Aku menghulurkan cermin itu kepada Rifqie. "Kau tengok muka kau yang handsome tu"
"What the..tangan mana yang gatal conteng muka aku ni!!"jerit si Rifqie. Terus je si pondan tu masuk bilik air. Hahahaha! Kesian kau bro..
Masuk je Rifqie dalam bilik air, aku dan Eby gelak tak ingat dunia.
" Amboi! Gelak tu dah macam segala mak bapak setan masuk dalam mulut tu." Abang Rizki, abang kepada Rifqie yang acah hot tu menegur kitorang.
Semua orang hanya menggeleng melihat perangai kami berdua.
YOU ARE READING
Daniel's Girl
Подростковая литератураPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...