Kediaman Dato' Kamal dan Datin Ros meriah dengan sambutan hari lahir Daniel. Ramai kenalan mereka berdua menghadiri majlis tersebut, tidak dilupakan juga rakan-rakan Daniel zaman sekolah dan universiti.
Eby kelihatan begitu canggung dengan situasi sebegitu. Hanya diam duduk di kerusi batu berdekatan kolam sambil melayan perasaan. Lagi pula, dia berasa tidak sedap badan dari pagi tadi lagi.
Daniel yang memakai baju kemaja berwarna maroon dipandang. Kemudian, matanya pula beralih ke arah Maira di sebelah Daniel. Bibirnya terukir senyuman pahit. Mereka berdua sedondon dengan warna pakaian yang sama. Dia terpaksa memujuk hatinya yang lara. Dia sedar, dia tidak sesuai untuk berdiri bersebelahan Daniel. Begitu kerdil dirinya jika dibandingkan dengan Maira.
"Eby.." Dia berkalih ke arah suara yang memanggil namanya. Lupa pula dia yang dua orang lagi sepupunya juga datang untuk memeriahkan majlis ini.
Hariz dan Rifqie melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan Eby. Eby hanya tersenyum pahit memandang mereka berdua.
"Eby sakit ke?" Hariz mula risau dengan keadaan Eby. Pucat sahaja muka itu. Nak harapkan Daniel, sampai tahun depan pun dia tidak pedulikan Eby. Tahulah dia tu lupa ingatan tapi takkan sampai kebajikan isteri pun dia lupakan. Dah naik lenguh mulut Dato' Kamal dan Datin Ros memberitahu bahawa Eby isterinya yang sah.
"Kenapa Hariz dengan Rifqie pandang Eby macam tu?" Terasa agak kekok bila mereka berdua memandangnya begitu dalam.
"Eby tak cemburu ke Maira rapat dengan Daniel?" soal Rifqie. Pandangannya beralih ke pasangan sejoli itu. Mesra sahaja mereka berdua.
Eby mengeluh dengan soalan Rifqie. Cemburu? Hatinya begitu sebati dengan perasaan itu. Daniel sudah membenci akan dirinya.
"Diorang sepadan. Siapa Eby nak bergandingan dengan Abang Daniel?" Mengendur suara Eby berkata. Perasaan sedih cuba diusir dari dirinya. Dia tak mahu nampak lemah di hadapan dua orang sepupunya.
"Eby isteri dia. Masih bergelar isteri yang sah. Mamat ni memang nak kena hempuk dengan kuali baru nak ingat siapa bini dia." Marah Hariz. Dulu, bukan main dia jaga Eby. Sekarang ni, buang macam sampah.
"Tak apalah. Abang Daniel akan kahwin dengan Kak Maira jugak. Dua minggu lagi diorang dah nak bertunang." Bulat mata Hariz dan Rifqie. Dua minggu lagi nak bertunang? Kenapa mereka tidak tahu?
Sedih mencengkam hatinya. Tidak lama lagi, Daniel akan ceraikan dia. Dia akan pulang ke pangkuan keluarganya semula.
Eby berdehem untuk menghilangkan rasa loya. Kepalanya mula berdenyut kuat. Terus dia berlari masuk ke tandas apabila tidak dapat menahan rasa loyanya. Semua benda yang dimakan tadi dimuntahkan ke dalam sinki. Tekaknya terasa perit.
"Eby, okey tak?" Suara Hariz kedengaran diluar pintu. Badannya terasa lemah untuk membuka pintu.
"Sayang..okey ke kat dalam tu?" Datin Ros mengetuk pintu tandas berkali-kali. Tombol pintu dipulas dengan harapan ianya tidak berkunci. Keluhan lega terdengar lalu segera memboloskan diri. Belakang Eby digosok perlahan.
"Kenapa muntah ni? Eby ada salah makan ke?" Risau Datin Ros melihat Eby yang muntah tidak berhenti. Mukanya kelihatan sangat pucat. Eby berkumur untuk menghilangkan rasa pahit dan masam muntah.
"Mama, Eby tak larat..." Tubuh kecil itu melorot jatuh setelah menghabiskan katanya. Datin Ros sempat menyambut Eby sebelum menyembah lantai. Kalut keadaan ketika itu dengan tubuh Eby yang longlai.
"Daniel!" Rifqie mendekati sepupunya bersama Maira. Daniel mengangkat keningnya bertanya mengapa.
"Pergi ke tandas cepat."
"Huh?" Pelik dengan pernyataan Rifqie. Nak buat apa pula dekat tandas. Tubuh Daniel ditolak ke tandas. Sampai sahaja di hadapan tandas, matanya terhidang dengan mamanya memangku Eby.
"Kenapa ma?" Wajah Eby yang pucat diperhati. Rasa kasihan menjentik tangkai hatinya. Segera perasaan itu diusir jauh dari sudut hati.
"Niel, dukung Eby. Bawa dia pergi hospital. Teruk dia muntah ni." Arah Datin Ros.
"Kenapa mesti Niel?" Begitu sekali dia tidak mahu menolong Eby. Mencerlung Datin Ros memandang Daniel. Sanggup dia berkata begitu.
"Eby isteri kau gila! Takkan kau nak suruh aku ataupun Rifqie yang dukung dia." Tengking Hariz. Panas betul hatinya mendengar kata Daniel.
"Stop it! Jangan nak bergaduh. Bawa dia cepat Daniel!" Mahu tak mahu Daniel mencempung juga tubuh Eby selepas dimarah oleh mamanya. Tubuh itu diletakkan disebelah pemandu. Lalu kereta dipandu laju menuju ke hospital. Maira ditinggalkan di majlis itu tanpa memberitahunya dulu.
"Maaf, boleh saya tahu siapa keluarga Yuya Irdina?" Seorang doktor perempuan keluar dari wad dengan memegang maklumat pesakit. Daniel hanya mengerling ke arah doktor tanpa memberi respon. Datin Ros yang tiba beberapa minit yang lepas memeperkenalkan dirinya.
"Kenapa dengan menantu saya doktor?" Doktor hanya tersenyum melihat Datin Ros. Sayang sangat dekat menantu dia..
"Encik ni suami dia ke?" Lembut doktor yang bernama Zahirah bertanya. Daniel mengangguk selepas dapat mencerna perkara yang ditanya oleh doktor.
"Datin dan encik jangan risau. Puan Yuya Irdina hanya sakit biasa sahaja."
"Sakit apa doktor? Jangan buat saya risau." Jelas wajah tua itu berkerut risau. Daniel hanya beriak biasa walaupun hatinya melonjak untuk mengetahui perkara tersebut.
"Tahniah encik, datin! Puan Yuya Irdina mengandung hampir dua bulan." Terkejut Datin Ros mendengar kenyataan itu. Takkanlah, Daniel..
Daniel membisu. Apa yang mamanya dan Doktor Zahirah berbual tidak diendahkan. Hatinya gusar. Macam mana dia nak lepaskan Eby kalau dia dah terikat dengan anak dalam kandungannya? Lagipun, itu anak dia.Terasa dirinya bodoh kerana terlalu mengikut nafsu ketika itu. Dia mengeluh berat. Dia perlu fikirkan cara untuk mengelak dari semua ini.
"Daniel..apa dosa Eby pada kamu? Niel jugak yang tak nak dia tapi sekarang apa yang Niel dah buat? Niel kena bertanggungjawab. Anak dalam kandungan Eby tu anak Niel. Anak yang sah." Teramat sedih dirinya dengan kelakuan anak tunggalnya. Diri menantunya dipermainkan oleh anak sendiri.
Datin Ros terus meninggalkan Daniel berseorangan di ruang menunggu. Kusut fikiran Daniel memikirkan perkara ini. Dia perlu menunggu lagi tujuh bulan untuk menceraikan Eby. Dia nekad, walau apa pun berlaku dia tetap akan bertunang dengan Maira dalam dua minggu lagi. Dan dia akan terus berkahwin selepas seminggu dari hari pertunangannya.
Please vote and comment💕

ANDA SEDANG MEMBACA
Daniel's Girl
Fiksi RemajaPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...