Eby menghampiri bilik sukan dengan pelbagai perasaan. Takut,benci,sedih dan semua perasaan itu bercampur baur. Tombol pintu dipulas dengan tangan yang terketar.
Matanya disajikan dengan wajah menyinga Azyanie sebaik sahaja pintu itu dibuka. Air liur ditelan perit. Apa pula yang cikgu Azyanie buat pada aku kali ni?
Wajahnya ditundukkan seolah dia melakukan kesalahan yang paling besar. "Kau memang yang jenis tak faham bahasa kan bodoh!" Kepala Eby ditunjul-tunjal kuat. Eby mengundur ke belakang untuk menjauhi tunjalan Azyanie.
"Aku tak faham kenapa Daniel kahwin dengan kau!" Jerit Azyanie. Jelas reaksi Eby terkejut. Selama ini dia ingat Azyanie membencinya kerana rapat dengan Daniel di sekolah. Macam mana dia boleh tahu?
"Terkejut? Pelik macam mana aku boleh tahu?" Senyuman sinis terhias pada bibirnya yang bergincu merah terang. "Ni Azyanie la bodoh! Semua benda aku tahu!" Tubuh Eby ditolak sehingga jatuh terduduk di atas lantai. Eby meringis kesakitan,kesakitan di tangannya mula terasa.
Rahang Eby dicengkam kuat dengan tangan kanannya. "Cikgu..sakit.." Eby bersuara perlahan. "Hati aku lagi sakit bila tengok kau dengan Daniel bahagia!" Satu tamparan kuat hinggap di pipi kanan Eby sehingga darah di tepi bibir mengalir perlahan.
Tangisan Eby mula pecah. Abang..sakit.. "Aku dah bagi amaran pada kau tapi kau yang tak nak dengar. Aku bagi peluang sekali lagi pada kau Yuya Irdina! Tinggalkan Daniel dan kau bebas. Aku takkan ganggu kau lagi." Eby menggeleng dengan air mata lebat gugur di pipinya.
"Tak! Saya takkan tinggalkan Daniel! Saya sayangkan dia dan dia pun sayangkan saya!" Kuat Eby menjerit membalas kata-kata Azyanie. Sekali lagi,pipinya terasa pijar ditampar dek Azyanie.
"Kau jangan nak degil sial!" Tudung Eby ditarik kebelakang dengan kasar sehingga terdongak kepalanya. Wajah Eby yang basah dengan air mata ditatap dengan perasaan benci. Terus wajah itu ditolak kasar,tersembam pada lantai keras yang sejuk.
Mata Azyanie tertancap pada tangan Eby yang berbalut. Ada tompokan darah pada balutan. Tanpa sedikit perikemanusiaan,tangan kecil itu dipijak dengan kasut tumit tingginya.
"Arghhh! Cikgu sakit." Raungan sakit Eby hanya didengari oleh mereka berdua. Semakin lama semakin banyak kesan darah pada balutan itu. Azyanie tersenyum puas. Itu musibahnya kalau tak nak dengar kata aku.
Sebatang kayu hoki diambil di rak berdekatan. Terus kayu hoki itu dihayun untuk memukul Eby yang semakin lemah. Eby hanya memejamkan mata dengan rapat. Wajah Daniel yang tersenyum bermain di fikirannya. Abang,Eby sayangkan abang.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Daniel bergegas ke hospital setelah menerima panggilan daripada Nazrin. Dia terpaksa menghabiskan kelasnya 15 minit awal untuk melihat Eby. Ya Allah, selamatkanlah isteri aku. Sampai sahaja di wad matanya dihidangkan dengan tiga orang rakannya dan isterinya yang masih belum sedarkan diri.
"Niel,macam mana kau tahu kitorang ada dekat sini?" Mikael bertanya perlahan,takut mengganggu pesakit lain.
Soalan Mikael dibiar dibawa oleh angin. "Siapa yang bawa dia datang hospital?" Jelas suaranya seperti menahan tangis.
"Aku." Adrar membalas dingin. Adrar yang duduk di kerusi dipandang. Buat masa sekarang ni,rasa cemburu ditolak ke tepi. Hanya nyawa Eby yang penting.
"Apa doktor cakap?"
"Kenapa kau nak tahu pasal dia?" Keras suara Adrar bertanya. Nazrin dan Mikael dapat merasakan suasana ketika ini semakin tegang.
"Kalau korang nak bergaduh, dekat luar. Jangan nak menganggu ketenteraman pesakit dekat sini." Nazrin seakan menghalau dua orang rakannya dari wad.
Adrar keluar dari wad dengan perasaan bengang. Kemudian,diikuti dengan Mikael apabila Nazrin menyuruhnya memantau Adrar.
"Siapa yang buat Yuya macam ni Naz?" Kepala Eby diusap sayang. Nazrin boleh nampak kasih sayang Daniel pada Eby begitu utuh. Nafas dihela dengan perlahan. "Azyanie."
Berdesing telinga Daniel apabila mendengar nama itu. "Daniel,tak ada guna lagi kau sorok rahsia kau dari Adrar. Dia dah tahu Yuya isteri kau." Jelas dia terkejut. Akhirnya perkara ini berlaku juga.
"Macam mana dia boleh tahu?" Tudung yang membaluti kepala Eby dibetulkan, aurat isterinya perlu dijaga.
"Sebenarnya.."
Adrar berlari anak ke arah bilik sukan di blok hujung. Lupa yang dia ada kelas masa terakhir yang tamat pada pukul 3.00 petang.
Sampai sahaja di hadapan bilik sukan dia mendengar suara Azyanie menjerit marah.
"Aku tak faham kenapa Daniel kahwin dengan kau!"
Daniel? Kahwin? Takkan la Daniel Shah? Habis tu siapa lagi kalau bukan dia yang Azyanie tergilakan?
Dia terkejut dengan suara mengerang kesakitan. Dia kurang jelas mendengar bait-bait yang dikatakan.
"Tak! Saya takkan tinggalkan Daniel! Saya sayangkan dia dan dia pun sayangkan saya!" Suara itu..dia kenal. Suara gadis yang dicintai dalam diam.
Tak mungkin Daniel berkahwin dengan Yuya. Tak mungkin Yuya yang menggantikan tempat Maira. Semua itu tak mungkin..
Pang! Kuat bunyi tamparan dari dalam. Dia masih berkira-kira untuk terjah masuk ke dalam. Tapi kalau dia tak masuk nyawa Eby dalam bahaya.
Beberapa minit kemudian, raungan sakit terdengar lagi. Dia tidak betah berdiri di situ tanpa berbuat apa-apa. Tombol pintu itu dipulas perlahan tetapi dikunci dari dalam.
Dengan kiraan 3,pintu itu ditendang dengan kuat. Terpampang Azyanie yang menghayunkan kayu hoki untuk memukul Eby. Kayu hoki itu sempat dipegang dan direntap kasar.
"Apa yang kau nak buat Azyanie?!" Bahunya terhinggut dengan jerkahan Daniel. Terpancar wajahnya yang ketakutan. Terus dia berlari keluar tanpa sempat dihalang oleh Adrar.
Eby yang lemah dipandang simpati. Matanya tertutup rapat masih basah dengan air mata. Esakan kecil masih kedengaran.
Tubuh Eby didukung. Kuat pegangan tangan kecil itu di dadanya seolah-olah tak nak melepaskannya.
"Abang Daniel.."
Sakit hatinya mendengar perkataan yang keluar dari mulut Eby. Tubuh itu terasa longlai selepas menyebut nama Daniel. Adrar menepuk sedikit pipi gebu Eby namun tiada sebarang tindak balas.
Kakinya dihayun laju ke arah keretanya. Dia perlu ke hospital sebelum terjadi perkara buruk pada Eby.
"Jadi dari situ dia tahu. Aku tak tahu macam mana Azyanie boleh tahu pasal ni. Aku rasa baik kau berterus terang pada dia sebelum keadaan bertambah buruk." Nazrin memandang wajah murung rakannya.
"Adrar ada tanya aku, pasal kau dan Yuya selepas dia cerita pada aku. Aku cuma cakap tunggu kau sendiri yang bagitahu dia. Tak apa la Niel. Aku gerak dulu. Kau jaga Yuya baik-baik." Bahu Daniel ditepuk perlahan lalu berjalan meninggalkan Daniel dengan Eby.
'Aku doakan kau kuat Daniel.'
Yeayyy! Siap jgk chap ni🎉 Bukan main payah dia nk siap. Taip2 lps tu delete. Naik lenguh jari sis 😂 Hope korang enjoy😘
Please vote and comment💕
YOU ARE READING
Daniel's Girl
أدب المراهقينPenulisan untuk story ni agak kebudak-kebudakan pada awalnya, but chap 30+ dah ada perubahan. Thanks for reading,vote and comment this story💜 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eby a.k.a Yuya Irdina, seorang gadis yang brutal. Dalam kasar ad...